Cahaya Bulan

Assalamualaikum wbt...

Tadi selesai mandi, aku terpandang cahaya bulan Zulhijjah dari tepi tingkap rumah aku nih..serius, Subhanallah, begitu indahnya cahaya bulan penuh itu..aku teruja sangat2 tengok kat bulan tu...dan-dan tu jugak aku teringat pasal anak bulan Zulhijjah tahun lepas..masa itu, aku baru lepas balik dari kampus, untuk cuti semester akhir. Waktu itu, awal Zulhijjah, jadi nampak anak bulan jer la..Cantik jugak..aku ingat lagi, aku pandang anak bulan itu, dari tingkap kereta...Hurm..

"Mi, cuba pandang langit, cantik kan anak bulan Zulhijjah tu"

Bulan zulhijjah, banyak kenangan aku rasanya, dari kenangan sakit ape tuh ek..lupa la plak namanya, masa matrik dulu kena..orang pabggil apa eh..yang macam bentuk ular melingkar dekat badan tuh..apa-apa jer la aku tak ingat nama penyakit tuh...so, alkisahnya jadilah raya haji 2006 sebagai raya tidur aje...sebab tak larat nak bangun...hehe..zulhijjah 1st dekat u, wawa...aku bermuram durja kerana 1st time sambut tanpa si dia yang tersayang sebab dah tak der jodoh...zulhijjah nextnya means 2008, uwaa...yang ini sadis benar, kerana nak beraya punya pasal, aku sanggup berdiri dari stesen Jerantut ke Stesen K.Krai naik plak kete api local...xder aircond dan sangat buruk...hukhuk...2009, hurm, aku sebenarnya agak gembira tahun nih even aku dapat kejutan n shocked dengan apa yang menimpa, namun, sebab adanya balik cinta hati aku buat sementara sahaja, cukup buat aku bercahaya...

Dan tahun ini, apa perasaan aku iyer..sukar nak dirungkaikan apa yang aku rasa...Semoga kedatangan Zulhijjah yang ini, raya korban, pengorbanan aku tak sia-sia..semoga tahun depan yang bakal mendatang akan memberi aku kebahagiaan yang aku impikan...Kita hanya mampu untuk merancang, Allah yang menentukannya...:)

~Keep us close to You.Until the end of time..Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fee khair~

0 comments: