Coretan di pagi hari


Mata masa 2009 warna biru Turquise

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...:)

Selamat pagi dunia...Semoga pagi yang begitu segar dan ceria ini memberi kita semua satu perasaan yang membina untuk meneruskan kehidupan. Bangkit dari masa silam yang begitu menggerunkan dan mengerikan..(saja jer buat ayat pagi-pagi ni)

Hari ini dah 1 Zulhijjah rupanya. Sedar tak sedar lagi 9 hari kita semua bakal menyambut Hari Raya Aidil Adha..begitu cepat masa berlalu hingga aku tak menyedarinya waktu yang berlalu dengan begitu pantas sekali. Semalam kawan mengingatkan yang hari ini 1 Zulhijjah, kalau tidak memang diri ini terus tak sedar, dengan kesibukan examnya. 1-9 Zulhijjah, banyak manfaat dan fadilatnya andai kita berpuasa. Tadi baru aku baca buku agama yang dah lama tak ku buka, rasa terkilan dengan kekhilafan diri ini..Kalau dulu, kitab itu hari-hari buka, sekarang, duduk aja kitab tu di tepi bantal tidur, menunggu tuan membuka tapi tak terbuka jugak. Ouh, sekarang ini tengah menyiapkan past year question, kena siap sebelum petang, biasalah proses meng'compile' dengan kawan-kawan bakal berlangsung petang nanti. Tadi, bangun, sahur makan roti coklat dan buah epal dan air mineral. Satu diet yang seimbang untuk wanita/gadis berusia 22 tahun. Tak tahu nak guna wanita/gadis. Gadis kot lagi nampak muda..Hikhik.Lepas subuh, terus berteleku di meja, hurm, sekarang duduk lepak depan laptop nak menulis entry untuk blog peribadi yang dah tak terurus ini. 

Rabu, final exam last paper Health Risk Assessment, whoa, aku akan buat yang terbaik, Insyaallah. Semoga Allah bersama dengan aku. Memang Allah sentiasa bersama dengan hambanya yang sentiasa mengingatinya. Aku kadang-kadang terleka dan terlalai juga dengan keindahan dunia ni. Tapi, setiap kali aku tersasar dari landasan, bagai ada satu kuasa tarik aku balik. Semoga aku dapat mengingati semua nota-nota penting. Iya, aku harus ingat itu semua. 3 paper yang berlalu, rasanya macam takut sahaja..semoga dipermudahkan olehNYA..

Masa pergi ambil air sembahyang tadi, uwaa..airnya sangat sejuk, maklumlah kawasan yang masih hijau, seketika aku teringat keterujaan aku dahulu, yang sanggup bangun awal pagi untuk mandi semata-mata ingin berjumpa satunya orang yang aku sayang dan cinta. Dek kerana cinta itu, segala air yang sejuk tak terasa. Hebatnya penangan cinta, dan cinta itu juga yang memusnahkan diriku. Aku tak menyalahkan dia, tapi aku salahkan diri aku kerana tak istiqamah dalam pendirian. Dan keputusan terbaik yang aku ambil, jauhkan diri dari dia. kerana andai kami bersama, banyak keburukan dari kebaikan.

Banyak betul wang yang habis iya sekarang, sejak pakai kereta ni, duit minyak banyak jugak yang digunakan. 180km duit minyak dalam rm30. padahal pergi class jer tu. Mungkin kawasan fakulti berbukit, tambah aku bawa auto lagi, lambat jalan terus tekan minyak banyak2. Lagipun jarak dekat selalunya makan minyak kan. Kalau jarak jauh barulah save sikit. Jarak fakulti pergi balik dah dekat 17km dari rumah aku la. Jadi RM10 minyak hanya bertahan untuk 3x ulang alik ke fakulti. Terasa jugak itu. Belum campur pergi makan ke pergi mana lagi itu. Itu tak masuk servis kereta lagi. Yang orang tak nampak kosnya. 

Sampai disini sahaja aku nak membebel..sebab nak sambung buat kerja. Google Chrome tak leh upload gambar, ni pakai Flock..memandangkan aku dah tak pakai mozilla sekarang. Okey, Good Luck for myself..Hehe.Rabbuna Yusahhil.:)

~Keep us close to You.Until the end of time..Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fee khair~

0 comments: