Jom Jalan-Jalan 1



Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh..
Sempena musim cuti akhir tahun ini, aku sahaja nak kongsi beberapa lokasi menarik untuk percutian semua, tak kisah la, percutian keluarga ke, honeymoon ke, trip bersama kelas ke, trip dengan kawan-kawan ke..jogging ke...yang penting sekali tempat itu boleh korang semua enjoy..

Namanya ialah Bukit Tinggi yang terletak di Pahang. Jaraknya dari KL dekat sahaja..dalam 45-60 minit..ala dalam sejam jer kot..hehe..sure korang rasa terhibur kat sini. dan aku yakin masa-masa cuti sekolah ni, banyak aktiviti yang akan ada dekat sini...aku dah ke sini kalau tak silap 4 kali kot. Lupa la pulak weh berapa kali pergi..

Untuk sesiapa yang bercadang nak menginap di sini, bolehlah menginap di sini, tapi aku cakap awal-awal, dia punya hotel agak mahal..so, spare la duit banyak-banyak..hehe..Kalau time school holiday, rates hotel boleh cecah RM250.00 untuk bilik paling murah...yang mahal x yah citer la eh..Tapi aku pun rasa rates hotel sekarang makin naik..tapi try la korang booking online, mana lah tahu murah..Kalau korang dapat bilik dekat loteng, itu tak berapa best sebab ianya menyempitkan ruang...Kalau untuk family, biasanya dia ada bilik yang dua tingkat ada dua katil besar dan dua bilik air..tak silap rates dia dalam rm500...kalau aku tak silap la..Rates paling murah yang pernah ditawarkan kalau tak silap RM170++ without breakfast..(orait la tu kan)

Apa yang menarik kat sini yer, hurm..

+ kat sini adalah tempat yang ala-ala Italy punya tempat...ala-ala bangunan classic inggeris style pun ada, so, kalau tak dapat pergi sana..pergi sini pun dah cukup lah..
+kat sini adanya Rabbit Park, tapi kat bawah tau, bukan kat atas..apa yang bestnya..macam-macam arnab yang korang boleh main dan pegang
+nak horse-ride pun boleh
+Japanese Village..best, bolehlah nak rasa pengalaman ala-ala orang Japan..kat situ bolehlah nak try baju kimono..(aku tak pernah try, nak g skli lagi nak try..hehe)
+ada swan putih dengan hitam dlm pond..bolehlah korang nak bergmbar dg swan
+untuk photoshoot, memang sangt cantik..:)

Oh lupa nak kasik tau, entrance fee dia RM12 ringgit per person la..kalau children rasanya lagi murah..dengan bayaran tuh korang boleh pergi ke semua tempat2 menarik nih..kalau korang stay kat Colmar Tropicale Hotel kat sini, entrance fee korang dapat refund balik..

Jom, apa lagi di tunggu, Jom Jalan-Jalan Malaysia...:)

Ini dia pemandangan dari tower Colmar Tropicale..dari atas tower nih dapat lihat pemandangan bukit-bukau yang sungguh indah..sebelah side lagi dapat tengok pemandangan Colmar Tropilcale ni la..

Top class punya bathroom..best tau..enjoy the bathing...hehe

0 comments: