Audit Chemical

Body Shop

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..Selamat Petang semua..Hee..Hari ini aku sampai awal dekat rumah.Dalam 6.20 dah sampai.Biasanya 6.35, 6.40 baru sampai tapi hari ini oleh kerana jalan agak clear, aku pun sampai la awal..huhu.okes..sekarang ini diluar sana tengah hujan.

Sebagai trainee dari Uitm, aku diberi 1 task untuk diselesaikan dalam masa 2minggu ini, in other words, before new year it must be completed..ouyehh~~dan bermula hari ini jugalah aku dah diberi satu jadual untuk pergi audit chemical di setiap chemical storage department dekat kilang aku nih. 

Untuk pengetahuan semua, kilang tempat aku jadi trainee amatlah besar. Tadi aku dah menjengah chemical storage di Body Shop yang ada 42 jenis chemical dan Press Shop yang ada 22 jenis chemical..Aih, lama-lama otak aku pun dah macam chemical tau tak. Heeee...

Tugas dia bukanlah sesenang yang disangka kerana kita kena berkomunikasi dengan supervisor dekat setiap department. silap hari bulan, sekali dengan executive dan engineer turun sekali macam tadi dekat body Shop. Tapi tadi aku bernasib baik kerana, executive yang incharge pasal ini buat demo dulu dekat aku. Esok akan bermulalah 100% tugas aku menerangkan kepada setiap PErson In Charge (PIC) for each department. Aku nerveous gak..haha..sebab aku kan trainee, pengalaman NON, ZERO. Masa inilah aku nak bertatih belajar apa yang patut aku buat, apa bidang tugas aku.

Selepas tengok Chemical Storage, aku kena review fail yang mengandungi CSDS/MSDS atau lebih dikenali sebagai Chemical/Material Safety Data Sheet dan kena tengok comply ke tak dengan legal under Occupational Safety and Health (Classification, Labelling & Packaging) Regulation 1997. Ada 16 aspek dlm CSDS aku kena alert. Dan ada banyak lagi section yang dalam law itu aku kena tengok. Boleh bayang tak bagaimana nak terjuling biji mata aku. Tak boleh review lama-lama. Time is important. Setakat ini aku review tambah tengok2 kawasan takes dalam satu jam lebih la..ada yang dekat 2 jam..It depends on situation..weheee....

Banyak selok belok kerja yang aku tak tahu. Tapi seperti biasa, aku akan belajar, sebagaimana aku rasa banyak aku tak tahu dan banyak aku frust tak boleh jawab exam, selagi itu aku tak pernah kenal erti putus asa. Kerna aku ingin yang terbaik~~ InsyaAllah. Wallahualam.

~Keep us close to You.Until the end of time..Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fee khair~

0 comments: