Dinner at Johny Restaurant

Tempat nak rebus sekejap bahan-bahan mentah

Sayur-sayur dia

Again,,yummy

assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...selamat pagi, rasa macam dah lama sangat-sangat tak update belog ini. Tak berkesempatan kerana diri ini sangatlah busy dengan kerja. Semalam elaun praktikal dah dapat. Sikit maa~~ Punah harapan nak dapat full sebab dia tolak accomodation for two months...uhuk..uhuk...tapi tak mengapalah. Mendoakan agar Allah mempermudahkan jalan dan pintu rezekiku selepas tamat belajar. Salah satu dari doa-doa aku pinta kepada Pencipta yng satu. Kerana rezeki itu ialah milik Allah. Dan aku pasti nak kekayaan untuk hidup aku yang mendatang..

Okey. Entri kali ini aku nak share pasal Johny Restaurant..ala kedai makanan steamboat tu la..hehe..dah dua minggu aku meng'usha' kedai ini dan akhirnya dapat jugak aku merasa makan di sini. Macam biasalah, tempat yang dituju pasti di OU. Sebab aku tau nak g situ aja..tapi kat dalam Ou konfem sesat lah kan..hehe..

Makanan dia lebih kepada steamboat la, disamping itu ada jugak la makanan lain macam nasi dan mee. Tapi aku lebih berminat untuk mencuba steamboat dia. Kalau setakat nasi, boleh mencuba dekat tempat lain yang rasanya jauh lebih sedap. So, aku pun ameklah set steamboat yang untuk dua orang makan. Malas nak pilih apa yang nak di makan. Amek set ajer senang. Set dia untuk dua orang makan murah aja, RM 29.90. Tapi kena amek order lain untuk beverages dia. So, aku mengada amek chochalate shake..waa...rasa masam2 kot...hehe..lepas itu aku ngader2 g tambah loh chong..kan da tersembam perut ketat nak habeskan makanan itu sume. Aku try pkai chopstick..best-best..hehe..

Okey, aku suggest kat sapa-sapa yang nak makan kat sini bolehlah try. Tapi aku silap tk amek kuah tomyam. Tak tahu la plak tomyam dia sedap kan. kalau amek kuah tomyam mesti lagi sedap. Aku makan overal kat situ habis dalam rm55. Itu sebab amek banyak. rasanya kalau sapa-sapa yang nak mencuba amek biasa-biasa dalam 40++ je. Okey..boleh mencuba semua..:)

1 comments:

Mun said...

ehh..cikmoon pown baru jerkk makan kat johny restaurant..ngeeee