Alhamdulillah

Alhamdulillah, dah selamat tiba di Kelantan, lebih tepat lagi Pasir Puteh pada jam 10 malam tadi, perjalanan yang dah nak sampai tadi hujan agak lebat, saya yang drive kereta sebab ma dan abah mereka punya mata agak kabur sikit kalau hujan, saya even pakai spec, tapi sebab spec silau, boleh membantu. bawak kereta dengan kelajuan biasa maklumlah hujan. cuma masa awal2 bawak, rasa agak kekok sebab selama ini terbiasa dengan kereta kancil, jarak brek dengan minyak agak dekat, kali ni Vios mama terasa janggal sekejap, tapi sekejap sahaja la. 

Thanks to my parents sebab sudi datang jemput anakanda tercinta di Puncak Alam ni, sebenarnya nak balik dengan bus tapi abah tak kasi. Dia kata nak datang ambil. Kalau boleh tak nak susahkan dia tapi nak wat camane abah still nak datang jugak. 

Ouh, masa sahur pagi tadi dekat hotel, dalam pukul 5, rasa macam ternampak ustaz yusuf, ustaz masa sekolah dulu, tapi tak tegurlah, takut tersalah pulak. maklumlah pagi-pagi mana lah tahu i'm still dreaming..hehe..okeylah. Ini post sempena baru balik umah. Puasa pun lagi 5 hari tinggal. Jom kita sama-sama mengejar apa yang berbaki ini. Sebab kita tak tahu adakah kita masih berkesempatan untuk menunaikan ibadah ini lagi pada tahun depan. Hurm. 

~Keep us close to You.Until the end of time..Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fee khair~

0 comments: