EdulFitri::HariRaya

Hari Raya ke-4, baru diri ini ada kesempatan untuk mencoret sesuatu di blog yang baru sahaja dilahirkan ni. Sebelum itu, saya Azah mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin buat semua teman-teman yang mengenali diri ini. Buat sahabat2 di perantaun, raya elok2 iye. Pernah satu ketika dulu berangan-angan nak berhari raya di 'oversea'..hehe..Buat sahabat yang mendirikan masjid, semoga berkekalan hingga akhir hayat. Asif sebab tak dapat ikut serta ke majlis walimahnya. Tapi doaku bersama kalian semua.

Jom bercerita story tentang raya tahun ini...

Pagi hari raya pertama bangun seawal jam 5.30 pagi, mandi-mandi , solat dan bersiap, 6.30 turun ke tingkat bawah pergi start enjin kereta dua-dua bijik kat garaj tu, then tengok si zaim belum bangun lagi..hape lagi diri ini terus la kejutkan dia. Jam 7.10 gerak ke Tumpat untuk balik beraya di kampung halaman,Pergi dengan dua buah kereta, 1 abah drive, 1 lagi saya yang drive, jalan agak linang memandangkan masih awal pagi, tapi bila dah sampai area kB dalam pukul 7.45, jalan agak sibuk, bawak kereta pun dah jadi macam ribut, nak kejor solat hari raya. Pukul 8.10 sampai la di rumah nenek dan atuk..(kelajuan kereta mencecah 130km/J)

Lepas solat raya, bukan main bersiap cun-cun nak amek picture katakan. Lama bersolek depan cermin sebab nak tutup jerawat kat muka..hahaha...Atuk dah panggil bape kali da dari luar, suruh pergi bersalam dengan dia+nak bagi duit raya kat cucu..hehe( yang ni yang aku suka sangat2..dapat angpow). Malam ni tidur kat umah nenek.

Raya kedua, lepas solat zohor, terus balik rumah..Ayoo...jalan sepanjang nak balik sangat2 jam..sampai asenya boleh meniti kat atas kereta..hehe..Pastu kemas la rumah sikit2 almaklumlah sebab dah 2 hari tinggal..

Raya ke-3, pergi rumah Hanim dekat Peringat, jumpa dia dalam 45mins x cukup rasanya untuk bergosip dan bercerita...setelah hampir 5 tahun tak berjumpa, dulu kami agak rapat. Almaklumlah 4 tahun satu kelas. nanti lah kita sambung stry2 ye..

Raya ke-4, tiada apa yang dibuat, duduk2 dirumah..my mind start thinking about Work..Work..Work..nothing else memandangkan banyak lagi kerja terbengkalai...apo nak jadi dengan den ni weh !!!


~Keep us close to You.Until the end of time..Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fee khair~

0 comments: