Ponstan vs Period Pain

Assalamualaikum..Nampaknya period pain yang saya alami tidak juga berkurang walau umur sekarang dah hampir 23 tahun. Rasanya period pain ini start teruk semasa form 3, rasa tak tertahan sangat-sangat kalau kena PP ni. Semalam dah ambil satu biji Ponstan, hari ini tetap tak tahan, saya ambil lagi 1 biji. Sungguh. Sakit sangat-sangat. 


Gejala PP yang paling utama ialah hilang selera makan, tiada mood langsung, rasa nak baring dan sangat-sangat keletihan. Saya sangat-sangat keletihan sekarang ini. Langsung tiada mood. Huhu..


Walau pun begitu, saya tetap merajinkan diri untuk sapu halaman rumah dan kemaskan dapur yang rasanya dah bersepah. Ingat nak kemas satu rumah, tapi serius sangat-sangat lemah rasa lapisan endo ini sangat sakit. huhu


Harapnya gejala PP ini akan berkurangan selepas ini, atau saya rasa saya perlukan khidmat homoepati pula..sudah puas berubat moden..huhu..

0 comments: