11 Ramadhan

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..Selamat Pagi. Cepat sangat dan pantas amat masa yang berlalu sepanjang ramadhan ini, tanpa disedari kita sudah memasuki Fasa 2 bulan yang penuh barakah ini. maknanya hanya tinggal 18 hari sahaja lagi Ramadhan bakal melabuhkan tirainya. Syawal pula bakal menjelma. Syawal bulan kita mengeratkan lagi silaturrahim sesama umat. 

Dalam masa seminggu, saya menghabiskan buku Travelog Haji~Merentas Sempadan Iman. Walaupun saya tidak akan menunaikan haji dalam tahun ini, tapi tidak salah saya habiskan pembacaan tentang buku itu. Semasa meneliti dan mentelaah buku itu, kuat saraf2 otak ini berfikir dan mengingati pengalaman ketika di sana. Juga terbayang-bayang peristiwa di sana. Lantaran itu, hati ini meronta untuk ke sana lagi dan bertemu dengan rumah Allah. Bersyukur kepada Ilahi kerana saya dijemput menjadi tetamunya pada tahun lepas. Terima kasih kepada mama tercinta kerana memberi peluang untuk anakanda ini pergi ke sana. Subhanallah..sehingga ada satu tekad dalam hati saya kerana terlalu rindu pada tanah haram.

Kesimpulan, pengajaran yang saya belajar dari buku Travelog Haji, semua yang berlalu adalah perancangan terbaik dari Allah (sebelum ini pun dah selalu mengingatkan hati dan diri, tapi manusia kadang-kadang lalai dan alpa). Kita mampu merancang, tapi yang menentukan ialah Allah. Saat ini saya teringat akan Raudhah di Masjid Nabawi, saya tidak berkesempatan untuk menjejak kaki ke Raudhah lantaran keuzuran diri ketika itu. Raudhah ialah salah satu tempat mustajab untuk berdoa, lagi-lagi berkaitan dengan keluarga dan jodoh. 

Semasa ketika waktu saya ke sana, diri saya dalam dilema yang amat sangat. Mengharapkan sepenuh perhatian dan rahmah dari Allah untuk terus mengasihi saya sebagai hambaNYA, filem-filem hidup yang telah saya lakukan berlegar-legar dalam benak kepala sepanjang perjalanan menuju ke Jeddah. Hati terasa takut. Teringat akan buku-buku yang saya baca sepanjang cuti sebelum bertolak. Yang mana Alalh memberi pengajaran kepada sesiapa yang melakukan kemungkaran ketika hidupnya. Sesampai di Mekah itulah, saya merasa betapa Dia menyayangi saya, walau saya ini terlalu banyak lalai kepadanya, Dia berikan saya kemudahan di sana. Bersyukur ya Allah. Hati menangis-nangis hanya Dia yang tahu. Palitan dosa terlalu berat. 

Bersyukur kepada Dia kerana saya di beri peluang unuk menyambut Ramadhan disisi keluarga tercinta..bersama ma, abah, adik2..semuanya ada di rumah. Tahun2 hadapan saya belum tentu lagi bakal mempunyai peluang emas sebegini. Kerjaya menuntut pengorbanan juga. belajar menuntut pengorbanan. Kesimpulannya, hidup ini memerlukan pengorbanan. Ada kos melepas dan ada kos menerima.

Satu kisah pada awal puasa hari itu, seorang sahabat yang akrab meluahkan perasaan sedihnya kepada saya, saya berikan nasihat yang sewajarnya, kata saya padanya, "banyaklah berdoa di bulan puasa ini, banyakkan membaca al-quran kerana dengan itu hati kita akan tenang. Saya cakap melalui pengalaman, sudah berapa Ramadhan saya diuji dengan bermacam perkara, setiap kali puasa itulah datang pelbagai masalah, tapi saya ambil langkah positif, saya biarkan semua itu berlalu, saya menangis padaNYA yang lebih mengetahui, insyaallah, terubat hati." 

::Semalam terasa sedih seketika apabila tidak dapat menunaikan terawih kerana hal tak dapat dielakkan (penyakit perempuan yang saya selalu alami dan kadang-kadang sangat mengelirukan). tapi saya redho dengan ketentuan Dia..::

p/s : Saya sayang ma, abah, adik-adik, keluarga besar saya, orang yang dekat dengan saya, kawan-kawan, guru-guru saya. 

~Bersyukur Sentiasa atas Nikmat Kehidupan~

0 comments: