Selesai Sudah IHS Seminar

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..

Entri kali ini nak bercerita tentang seminar IHS pada 22 dan 23 September lepas. Selesai sudah seminar yang memenatkan. manakan tak penat, tengah-tengah seronok cuti raya kena menyesakkan kepala pasal seminar ni. diberi amanah untuk pegang dua biro, iaitu biro makmal dan biro program, aku rasa, dah buat yang terbaik untuk dua-dua itu. maaflah kalau masih ada kekurangan dalam menjalankan amanah yang dipikul ini..huhu..kerana aku ialah insan biasa, kadang-kadang shut down juga sistem. stress sangat2 la masa incharge pasal seminar ni, orang lain duk bersenang nak raya, tapi kita duk pikir pasal seminar...ish2..

apa-apa pun, cukup berpuas hati kerana rasanya dah bagi komitmen yang terbaik dalam seminar ini. tapi tentang balik bercuti lama itu, tak boleh nak cakap apa lah, sebab tiket dah di booking sebelum puasa lagi. FIREFLY..huhu...change date 1 day pun dah kena cas rm75, nak beli tiket murah akhirnya jadi mahal jugak...xpela, nak wat camane..

Next week, ada seminar EIA dan presentation. Presentation HAZOp semalam pun, dah jadi group last-last, dah kureng mood dah..ape-ape pun, weekend ni ingat nak pergi sogo, tapi malas nak pergi la pulak sebab jauh..kalau ada orang tolong bawakkan, nak la..hehe...

wajah-wajah kepenatan kerana menguruskan seminar

sempat lagi ber'posing' lagi walau penat

~Keep us close to You.Until the end of time..Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fee khair~

0 comments: