Dua Insan Berbeza

Dua insan yang dilahirkan dalam keluarga yang berbeza,
Dua insan yang membesar dalam suasana berbeza,
Dua insan yang mempunyai pemikiran yang berbeza,
Dua insan dengan perwatakan berbeza,
Dua insan punya hati yang berbeza,
Tetapi..
Dua insan yang punya cinta yang sama..

Pernah jatuh cinta? Pernah kan.. Setiap orang mesti pernah jatuh cinta kan. Pertama kali jatuh cinta usia 16 tahun (form 4 katakan). Tapi walaupun muda, cinta inilah yang aku setia mati. Yang aku sandarkan menggunung harapan untuk sehidup semati, dan cinta ini jugalah yang menghancurkan segala harapan dan impian aku. Sehingga aku tertewas pada dunia cinta manusia. Tapi, inilah menjadikan aku seperti aku sekarang. Kuat untuk hadapi apa juga yang mendatang. Pengalaman itu mendewasakan.

Saat ini, aku cuba membuka seluasnya hati aku untuk menerima kehadiran orang baru. 3 tahun aku tutup, yang anak kuncinya aku buang ke lautan mana sampai akhirnya aku sendiri tak jumpa. (Hehe). Sekarang, sebab final year dan umur pun 22 tahun, aku buka seluasnya hati aku untuk belajar mencintai orang balik. Tapi, ada bezanya sekarang dan dahulu. Aku sekarang lebih pasrah dan redha dengan apa bakal terjadi. Tidak meletakkan harapan yang tinggi pada sesuatu itu kerana aku percaya, itu semua di bawak kekuasaan Allah. Bukan nak cakap dahulu aku tak percaya, tapi dahulu kan budak2..masih x matured..Remaja katakan..Darah panas. Ada aja tak kena. Sekarang aku banyak belajar tentang hidup. Usia mematangkan aku. Tapi satu je yang aku susah nak ubah. Aku sangatlah manja..sampai orang boleh tertukar mana kakak dan mana adik.

Hari itu, aku dengar Nona, ada lah interview dengan pasangan yang dah lama berkahwin. Ini ada satu nasihat. Dalam satu perhubungan jangan cari perbezaan, untuk bahagia cari persamaan.:)



~Keep us close to You.Until the end of time..Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fee khair~

0 comments: