Jom Jalan-Jalan 2





Okes...Next station is Malacca Historical City..Hehe..betol ke nih..ke aku main rembat jer ayat nih..Biar sahaja gambar-gambar di atas berbicara dengan sendiri apa yang menarik dekat Melaka nih..

Aku honestly dah muak dah dengan Melaka nih..mane taknya..aku nih habis SpM, matrik dekat Melaka, lepas tuh, hampir setiap tahunnya bercuti dekat Melaka..Tahun nih sahaja dua kali aku ke melaka..tahun lepas sekali jer kot...masa Chinese New Year dengan bulan bape lagi sekali aku ke Melaka..apa-apa pun makanan yang fames kat sini ialah ASAM PEDAS..kalau pergi melaka tak sah kalau tak makan asam pedasnya..hehe..siap aku besarkan tuh

Kalau jalan-jalan kat sini banyaklah tempat menarik yang boleh pergi antaranya ialah..toing..toing..:::

+berpuluh muzium korang bleh jalan-jalan..kalau nak masuk semua muzium, baik korang duk seminggu kat sana baru puas hati..haha.. aku pergi 2 muzium pun dulu tak larat nak jalan sampai sakit-sakit kaki..aku duduk jer..bagi kawan aku yang jalan-jalan(orang 1st time datang melaka masa tuh)

+aku suggest kat korang, Muzium Samudera yang bentuk kapal Flor de Amor tuh..best muzium nih...korang akan rasa seram sejuk sikit..hahaha percayalah jangan percaya

+A-Famosa: kalau larat naik lah sampai atas..aku nak tercabut kaki nak sampai kat atas..dari atas boleh la tengok pemandangan lautnyer..

+Taming Sari Tower-ni best jugak..bayar RM10, dalam masa 15 minit, korang akan naik pada ketinggian 100m kalau tak silap dan menara berpusing itu membolehkan kita tengok pemandangan satu bandar Melaka (serius cantik)

+Malacca River Cruise..Bayar RM10 jer ..kanak-kanak macam biasa RM 5 je..dan korang akan menyulusuri sepanjang bandar melaka..bolehlah lihat beberapa tempat kat situ.Aku dah naik benda nih 3kali..kalau pergi lagi, tak nak dah aku naik.kalau waktu malam best, tapi, kena tahan bau busuk sungai melaka..haha

+Dataran Pahlawan Mall-tempat shopping baru..kalau tak silap hujung tahun 2006 dia dah siap..masa nih aku g rasmi la jenguk2 kawasan dia..haha..masa tuh kan duk matriks melaka..aharks..sekarang dah siap semuanya..dengan ada wayang GSC kalau tak silap..x pernah pergi lagi..(dan kat sini jugaklah aku berkejar-kejar cari tempat nak kena bayar toooot..penat seh aku berkejar-kejar macam main apa sorang-sorang.)

+Masjid Selat...betul2 tepi laut..pergilah best..

Kalau yang pergi untuk bermalam dekat sana, jangan risau banyak sangat deretan hotel-hotel..tinggal keluarkan duit sahaja untuk bayarnya..hehe..Di bawah ni, aku letakkan beberapa jenis hotel dan rates sekali:::

Hotel Budget
Hotel Aldy Thoo Hotel Chinatown-RM120++

Hotel Standard(2 stars)
Hotel Accordian-RM80++( dekat dengan Putra Specialist Hosp)
Hotel Naza Tallya-RM160++

Superior (3 stars)
Straits Meridian Hotel-RM130++
Grand Continental Hotel-RM145++
Emperor Hotel Melaka-RM150++
Hotel Orkid-RM170++

First Class Hotel
Avillion Legacy Hotel-RM190++
Bayview Hotel-RM230++

Deluxe Hotel (5stars)
Equatorial Hotel
Renaissance Hotel
The Majestic Malacca
Holiday Inn Melaka
(Harga biasanya dalam RM250 above)


Wokes, banyak-banyak hotel yang aku senaraikan kat atas, hotel yang aku pernah stay ialah Bayview Hotel-agak banyak kali jugak la masa zaman-zaman matriks dulu. Family aku datang mesti stay sini. Makanan best. Bilik selesa sangat-sangat. Ada gym. Ada swimming pool yg best dan masyuukk..Selain tuh aku pernah duduk Hotel Emperor..makanan biasa aja, bilik air pun biasa (tapi aku seram sikit dengan hotel nih). Hotel Orkid-okeylah hotel nih..bilik tak der besar sangat but not bad..makanan biasa aja..tak boleh lawan Bayview beb !!



Untuk hotel selain dari hotel bandar..antara hotel yang aku suggest dekat sesiapa yang nak pergi Melaka, bolehlah try stay dekat hotel@resort berikut(aku dah try):

1. Puteri Resort Ayer Keroh
2.Everly Resort Melaka(tepi pantai)
3.Ismah Beach Resort(dekat pengkalan balak, dekat aja dengan matrik melaka..)

p/s: aku berada dalam mode nak berjalan@holiday trip sebab itu asyik post tempat menarik aja..

0 comments: