2010 Kian Berlabuh

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan Selamat Malam..

Sedar tak sedar yang tahun 2010 bakal melabuhkan tirainya..sekejap sangat satu tahun itu berlalu dalam hidup kita di dunia yang cukup indah ini. Benarlah dunia ini ialah perhiasan, dan seindah perhiasan ialah wanita solehah. Terasa baharu sahaja aku menjejak ke tahun 2010, terasa baru lagi aku menjadi pelajar tahun ketiga, hakikatnya aku sudah berada di tahun ke-4. Perjalanan hidup yang sangat singkat amat terasa pada tahun 2010 ini. Apa kesimpulan yang dapat dibuat sempena tahun ini. Difikir-fikirkan, aku tak meletakkan apa-apa target untuk tahun ini rasanya (betul ke tak, lupa, sebab terhanyut dalam indahnya dunia). Bila di semak balik rupanya ada targetnya.

Dengan membiarkan tahun ini berlalu mengikut putaran roda yang sepatutnya, bermacam kejutan dan surprise yang aku terima untuk tahun 2010. Ada yang baik, dan ada yang tak baik pun pastinya ada. Biasalah, lumrah kehidupan tidak selalunya indah dan ceria. Memasuki tahun 2010 dahulu, aku cuba bangkit dengan 1 semangat extravaganza sempena perginya 2009 dari hidup. Bermacam target yang aku letakkan untuk aku capai (ini aku tengok dalam diari aku, kalau tak memang lupa punya sebab dah lama kan).ngeh..ngeh..ngeh 

Salah satu targetnya ialah aku mahu menjadi lebih kuat menempuh hidup. Dan alhamdulillah, target itu tercapai. Target yang lain banyak juga yang tercapai. Tetapi satu-satunya target yang tidak berapa tercapai ialah i want to change myself to the better life phrase to the Creator. Target ini pada awalnya boleh dijalankan dengan baik, namun, kita ialah perancang terbaik, namun Allah penentu segalanya. Tetapi, segala yang baik itu datangnya dari Allah, dan segala yang buruk itu ialah dari kelemahan diri aku sendiri sebagai manusia yang punya nafsu dan keinginan untuk hidup ini.

Bulan-bulan awal 2010, aku menjadi seorang perempuan yang sangat gagah,kuat dan segalanyalah (wallaweh..cayalah aku gagah..hehe). Mana taknya, erti dan perkataan 'Penat' memang dinyahkan terus dari kamus hidup aku. Hujung minggu waktu yang paling ditunggu setelah penat berhempas pulas belajar (padahal bukan belajar sangat, pergi kelas balik kelas..hekhek...belajar la weh..), mana taknya, setiap kali ada test aku beria study..dan masih aku ingat nota Solid Waste Management, aku buat tau sebelum exam lagi.Mana taknya aku minat sakan dengan subjek itu. Tapi bila time exam (hari jumaat last paper) aku dapat sakit perut menyebabkan aku tak boleh tidur 1 malam.Terasa nak nangis pun ada mengenangkan esok adalah paper yang aku minat. Memang sah dan konfem esoknya tumpuan aku terganggu. Badan dan otak penat sebab jadual exam sem 6 ialah antara yang terpadat. tapi, bila result kuar nasib baik tak failed. Dapat B- kot..huhuhu (sedey :( ) Dan pointer juga mencapai target 3 above..All praises to Allah.

Hujung minggu sem 6, aku menghabiskan banyak masa bersama kawan-kawan dan kawan. Bermacam pertemuan di atur dan plan dirancang sehinggakan sampai sekarang aku tak percaya yang itu ialah aku. Sehingga kegilaan aku dan obsesnya aku sehingga ke final exam yang mana aku sanggup keluar sebelum paper Kawalan Vektor yang susah itu. Sampai sanggup aku bawak nota semata untuk keluar. Akhirnya nota hanya jadi saksi aku pelajar yang tegar keluar time orang berhempas pulas study. Tapi aku sempatlah cover balik semua study itu. Lupa, aku kuar bersama kawan baik aku eh..(sama-sama sengal time exam, bawa kereta melompat-lompat gara-gara kereta manual, malamnya jam kaki sebab jam).

Senang cerita, awal tahun 2010, banyak perkara tak sepatutnya aku buat, aku dah buat dan langgar. Habis segala azam hidup aku lupakan. Pegangan yang aku pegang semua terbang bagai cebisan atom yang terbang di atmosfera bumi.

Bermulanya hari lahir aku ke-22, aku mula terfikir dan berubah sedikit demi sedikit. Memandangkan aku menyedari bahawa usia aku sudah sampai satu tahap aku harus berfikir serius tentang hidup. Ini bukan waktu untuk aku 'enjoy-enjoy girl' lagi. Aku sudah mampu untuk memikirkan apa yang harus aku buat dalam hidup. Aku tekad untuk meninggalkan perkara lama itu. Namun, perkara yang tak elok ini akan terus menyesak fikiran. Hanya tuhan yang tahu betapa susahnya aku menahan dan menepis benda ini dari menghantui seluruh hidup dan pemikiran aku. Bermacam cara aku lakukan untuk melupakan perkara itu. Dan jalan yang aku ambil ialah seperti sekarang. Aku tahu mungkin pada sesetengah pandangan mata manusia, apa yang aku ambil ini tiada bezanya dengan kehidupan aku yang lalu, mungkin sama sahaja. Tapi empunya diri tahu apa yang dia buat. Apa sebab dia buat begitu. Sebab itu jangan sesuka hati nak hakimi seseorang. Aku gembira dengan kehidupan sekarang, dengan adanya keluarga dan teman-teman yang sentiasa mendokong aku, aku jadi senang dan sangat bersyukur. Dan paling aku bersyukur kerana aku lahir dalam Islam. Aku lahir dalam keluarga Islam, membesar dan bersekolah dalam persekitaran Islam dan kerana itulah, yang sentiasa menarik aku kembali ke pangkal jalan.

Sem 7 aku hadapi dengan bermacam dugaan. Hidup ini ialah medan untuk menguji kesabaran manusia. Tapi, sangat bersyukur kerana aku kuat hadapinya. Salah satu cabaran yang besar ialah, perang perasaan sewaktu musim final exam. Susah tau, dahla tengah exam, study week, berperang dengan perasaan. Sampaikan aku harus memotivasi diri sendiri. Tapi, syukur sangat-sangat, pengorbanan aku berbaloi dengan keputusan exam yang sangat tak dijangka. 

Kecantikan, kemewahan, dan apa-apa ke lagilah bukan jaminan untuk bahagia. Betul kan? Kebahagiaan itu subjektif. Akan aku terus untuk mencapai apa yang aku inginkan dalam hidup ini. Banyak lagi nak share tapi rasanya dah terlalu panjang dah. 2010 bakal pergi..Semoga tahun depan 2011 memberi satu cahaya baru dalam hidup kita sebagai manusia dan khalifah di muka bumi ini. Wallahualam..

~Keep us close to You.Until the end of time..Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fee khair~

0 comments: