Alkisah Tayar

Assalamualaikum semua. Aku nih nak berkongsi alkisah semalam. Hari yang penuh dugaan..Hehe..Alkisahnya aku balik dari kerja, nak keluar dari security punyalah panjang 'jam'nya sampaikan aku memang naik buhsan. aku terus aja lah start kereta..punyalah panjang 'jam' sehingga aku tak sedar akan kepelikan kereta aku waktu tuh..huhu..then, kereta viva depan aku nih duk asyik usha kat belakang kereta aku jerk..dalam hati aku apa pasal minah 2 orang nih pandang-pandang kat aku..then, sorang tuh keluar pergi kat tepi..

" awak, saya rasa tayar belakang awak pancit"

Blurp!!!~~~terkejut badak aku mendengar..mak aihh..aku dahla penat kerja seharian.tiba-tiba tayar kereta buat hal la plak..huhu..aku tak sempat nak say thanks kat dia dek kerana aku terkejut sangat-sangat da!!then, aku kasik lepas dulu security tu, aku park kat tepi..aku turun, waaaa~~~ini sudah pancit sakan.otak aku dah blur, mana pernah kot aku ada pengalaman tayar pancit..sob3x..kalau enjin tak hidup banyak kali la gak..boleh la aku duk godek2 enjin kat depan..ini tayar beb..memang kempis tahap gaban la weh..

Then, dalam kepala otak aku, sorang aja yang aku ingat..(sebab aku kenal dia aja kat sini lagipun dia kawan u aku)..cepat jer aku call..nasib baik ada si Ruby sekali dengan aku takder la kaget dan malu sangat weh..

" Hello, ko kat mana weh da balik belum...cepat tolong aku...huhu.."

"Napenya beb?aku kat motor nih, tak balik lagi"

"cepat datang dekat bahagian ....tayar kereta aku pancit"

aku memang serius gelabah dan blur gila tatau nak buat apa da~~i seh....then, datangla member aku nih..memang kena gelak habis la dulu b4 dia tolong tuh..she tahan she..tahankan aja dia gelakkan ko..huhuhu..

Lepas itu, dia tanya aku ada tak tempat nak angkat tayar kete..aku cakap macam tak ader..alamak.!! camane nih..ayoookk..then datanglah tuan punya kereta innova kat tepi tuh tanya kenapa kereta..aku pun laju jer jawab..tayar kereta pancit..huhuhu..then, dia berusaha la tolong gak pakai dia punya perkakas dalam kereta dia..tapi..kesiannya, tayar kereta dia besar, tak berapa ngam la dengan nat-nat tayar aku nih..then, dia panggil dia punya anak buah(aku rasa dia ni boss besar gak la bahagian QC)..anak buah dia datang 2 orang plak tu satu myVi satu kenari..so, pakailah yang myVi punya sebab myvi tu sampai dlu...

Member aku nih lah yang berpeluh pulun duk menukar tayar kereta aku nih.hehe..kesian kat ko..aku nak tolong pun aku tak reti nak angkat tayar pun macam tak larat..haha...then..siaplah tayar sudah di tukar..

Masa penukaran tuh aku call my dad la kan duk sibuk-sibuk bercakap pasal tayar dan my dad suruh pergi cek tayar tuh kenapa pancit dan pergi repair dan tukar balik kepada tayar asal..sebab tayar spare kan tak der la boleh tahan sangat..PErgi tampal tayar habislah dalam rm 5...tukar balik tayar asal..sebab nak samakan rim jgak..

HAri ni, aku jadi fobia dengan tayar...sob3x..asyik2 teringat kes tayar tuh..:(

~Keep us close to You.Until the end of time..Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fee khair~

0 comments: