Point of cHanges

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..
Masa orang solat jumaat ni, pejabat ini lengang tahap tak boleh nak cakap la kan..tapi sesetengah line mcam body shop still ada orang bekerja..kalau tak rugi la company...

Point of Changes..apa kaitannya iya..kadang-kadang hidup ini perlukan perubahan. Gambar kat bawah ialah gambar awal 2009, titik permulaan drastik dalam hidup aku. Perubahan yang paling ketara ialah, aku pakai contact lens 100% untuk ke kelas dan sebagainya. Kalau dulunya aku pakai spec di selang seli dengan lens, tapi 2009 aku mengambil langkah memakai lens sepenuhnya. Bila dah 2 tahun memakainya, aku lebih selesa pakai lens dari spec. Sebab dia macam mata kita sendiri jer rasanya.. aku start pakai speck masa umur 13 tahun. Form 1. gara-gara terlalu banyak menonton tV dan bermain game komputer masa lepas darjah 6..hehe..

Apa lagi perubahannya? Waktu ini juga aku start berjinak dalam bidang-bidang universiti nih..sibuk la jugak jadual hidup aku waktu ini. sebab itu aku tak pikir sangat pasal 'sunyi' yang melanda hidup. tapi sibuk itulah yang lebih mematangkan dan mengajar aku tentang hidup. Waktu nih, umur aku 20 tahun nak masuk 21 tahun. Waktu inilah aku berpengalam tak tidur malam kerana banyak sangat meeting..dengan esok test lagi, urm, aku stay up sorang diri tepi balkoni kolej, sebab meja aku tepi sliding door kan..apa lagi yer, pengalaman jumpa ramai kawan pun masa ni jugak..

Waktu ini jugak boleh dikatakan zaman kebangkitan aku setelah aku rebah banyak kali. Ayat memang tak boleh belaaa..abaikan ayat nih..muahee..masa nih jugak result exam aku naik dengan agak banyak tapi masa ni jugak aku failed satu paper..aku kira kalau aku tak failed paper itu confirm result aku dah lagi gempak. Tapi aku tetap bersyukur dengan apa yang aku dapat.. 

Walaupun aku namakan ini merupakan point of changes dalam hidup aku, namun sebagai manusia biasa, lagi-lagi perempuan memang tak boleh lari daripada kelemahan yang nyata dalam hidup dia. tahun ini juga aku mengalami kemurungan juga lah dek kerana 1 perkara (dirahsiakan dahulu, hehe), tapi kemurungan aku tak lama, sebab aku dah immune agaknya..dalam seminggu aku dah pulih balik sepenuhnya..syukur jugak-jugak..

Kadang-kadang aku geram juga dengan apa yang aku tak boleh nak elakkan..masalah hati terlalu rapuh macam biskut..tapi itu sewaktu dulu-dulu..rapuh pun bertempat gak.setengah tempat jadi liat macam tanah liat..hohoho..okeylah..nak pergi mencari makanan nak isi dalam perut..:)
IOI Mall, Puchong Januari 2009 dan Pangkor Mei 2009

~Keep us close to You.Until the end of time..Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fee khair~

0 comments: