Kanser Serviks : Pembunuh Nombor 2 Wanita

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..Walau pun badan aku nih sangat la penat sebab seharian suntuk berada di luar rumah..aku terpanggil untuk berkongsi sama-sama di blog aku nih pasal pembunuh nombor dua wanita di Malaysia nih. Sebab apa tiba-tiba ja aku jadi gini..sebabnya, tadi aku baru dengar cerita pasal seorang wanita meninggal selepas setahun di diagnos kanser serviks. Oh, Ya Allah, aku terdiam tak boleh nak cakap apa sebab seriously aku takut dengar benda nih..Dalam kepala duk fikir macam-macam pasal sistem diri aku nih ada ke yang tak betul. 

Jom sama-sama tahu apa itu kanser serviks !!!

Sekarang ini kalau anda semua notis, stesen tV duk sibuk siarkan iklan suntikan HPV untuk gadis sekolah berusia 13 tahun ke atas. HPV itu apa? HPV is HUMAN PAPILLOMA VIRUS khususnya jenis 16 dan 18 !!! Inilah virus yang menyumbang kepada 70% kanser serviks.


Secara umumnya, walaupun kebanyakan jangkitan HPV ini akan sembuh sendiri tetapi jika ianya berulang dan berterusan ia boleh menyebabkan berlakunya perubahan kepada tisu di pangkal rahim dan sebahagian boleh menyebabkan tisu tersebut bertukar menjadi kanser.

Bagaimana WANITA dijangkiti virus ni??


Menurut kajian yang dijalankan, jangkitan HPV merupakan penyakit jangkitan kelamin yang paling kerap berlaku. Ia boleh menjangkiti lelaki dan wanita dan lazimnya ia disebarkan melalui hubungan seks. Kajian yang dijalankan di kalangan wanita di Amerika Syarikat mendapati sebanyak hampir 70 peratus wanita yang aktif seks menjadi pembawa kepada virus tersebut dalam seumur hidup mereka.

Walaubagaimanapun kebanyakan mereka yang dihinggapi virus HPV in tidak mempunyai apa-apa tanda. Namun sebahagiannya boleh menyebabkan ketuat pada kemaluan lelaki dan kanser penis tetapi kejadian tersebut amat jarang berlaku. Kesan yang lebih ketara ialah apabila jangkitan tersebut berlaku pada wanita secara berterusan dan berkekalan dimana sebanyak 10% daripada kalangan wanita yang dijangkiti akan mengalami perubahan pada tisu pangkal rahim dan seterusnya boleh berubah kepada kanser. Disebabkan jangkitan tidak mempunyai apa-apa tanda dan tiada ujian yang berkesan dapat dijalankan untuk mengesan virus HPV tersebut maka ujian pap smear secara berkala sahaja merupakan satu-satunya cara yang dapat mengesan masalah ini pada peringkat awal.

Kajian yang dijalankan ke atas lelaki pula, mendapati kebanyakannya tidak mengetahui bahawa mereka sebenarnya turut memainkan peranan penting dalam kejadian kanser pangkal rahim di kalangan wanita. Kebanyakan lelaki tidak mengetahui bahawa sebagai pembawa kuman HPV mereka boleh memindahkan kuman tersebut kepada pasangannya dan akhirnya meningkatkan risiko pasangannya untuk mendapat kanser pangkal rahim.

Penggunaan VAKSIN hanya berkesan bagi mereka yang belum dijangkiti virus ini. penggunaan hanya dicadangkan kepada mereka yang belum melakukan hubungan seks iaitu perempuan di dalam lingkungan umur 9-26 tahun atau mereka yang masih tidak terdedah kepada hubungan seks lagi atau masih belum mempunyai perubahan tisu pangkal rahim yang disebabkan oleh virus HPV tersebut. Sebanyak 3 dos vaksin harus diberikan dalam tempoh masa 6 bulan bagi memberikan perlindungan selama 4 tahun. Kajian mendapti vaksin tersebut sangat berkesan bagi menghalang jangkitan virus HPV 16, 18,6 dan 11 dan ini secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko mendapat `kanser serviks.

Ujian pap smear ini harus dilakukan oleh semua wanita yang pernah melakukan hubungan seks samada masih aktif ataupun sudah tidak melakukanya lagi. Ini termasuklah mereka yang sudah berpisah dengan pasangannya atau pun pasangannya telah meninggal dunia, kerana perubahan tisu yang disebabkan oleh virus HPV kadang kala mengambil masa yang lama untuk bertukar menjadi kanser.

TANDA & GEJALA
*pendarahan semasa bersama
*pendarahan di pertengahan bulan
*pendarahan selepas menopous
*keluar lendir berdarah dan berbau busuk dari faraj
*sakit semasa seks

p/s : Seriously aku sebagai perempuan merasa sangat takut dengan penyakit ini..

0 comments: