Buat Puteri Ayah

Satu nasihat seorang ayah buat seorang puteri tercinta saat puterinya itu sedang bermuram. Tiada senyum lagi di bibir. Hanya deraian air mata menangisi setiap perjalan hidup.

" Puteriku tercinta, ayah tidak tegar melihat kamu memusnahkan kehidupanmu dari semasa ke semasa. Puteriku harus bangkit dan tabah untuk menghadapi semua ujian ini. Puteriku, seorang yang cerdas, pintar dan cantik. Jangan puteriku memusnahkan semua kurniaan Ilahi itu wahai puteriku. Ayah sangat pilu melihat keadaan puteri yang ayah cinta ini menderita. Jangan disebabkan cinta manusia bernama Adam puteri ayah ini hilang segala tawa dan rianya. Ayah yakin puteri ayah akan berjumpa seorang yang lebih baik dari dia. Bangkitlah puteri ayah yang tercinta. Masa depanmu masih panjang. Lakarkan ia secantik mungkin. Jadikan ia pelangi yang terindah dalam hidupmu wahai puteriku. Kamu masih muda, belia dan remaja. Gunakan kecerdasan dan kepintaran akalmu untuk agama dan negara. Jangan kamu tangisi hidupmu dan terus berduka. Ayah sentiasa disisimu, menyokong setiap pergerakan nadi hidupmu wahai puteriku. Ayuh, bangkitlah dari segala kesedihan hidupmu. Teruskan berjuang untuk hidupmu. "

Satu nasihat tulus seorang ayah buat puteri tercinta yang sangat dikasihi. Ayah mana yang mampu melihat anak yang dikasihi terus musnah di depan mata sendiri, anak yang dahulu sangat riang bertukar muram, anak yang sihat menjadi sakit, jatuh ego seorang lelaki bergelar ayah dihadapan puteri yang sangat dikasihi. Jatuh air mata untuk puterinya. Tak sanggup untuk melihat puteri yang remaja itu terus rebah kerana cinta manusia.Terasa kalau dapat ditukar posisi kedudukan diri, akan ditanggung segala penderitaan anak tercinta. Itulah kasih, sayang dan cinta seorang ayah buat puterinya. Selama ini mungkin si aayah banyak berdiam diri, tapi bila satu saat si ayah bersuara, kesayuan itu terasa. 

~Keep us close to You.Until the end of time..Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fee khair~

0 comments: