Freezing at Office

Salam Alaik. Hari ini ialah hari yang paling sejuk sepanjang aku start kerja. Mana taknya, dekat luar hujan non-stop. Kalaulah hari kuliah macam biasa, mesti cepat-cepat balik dan tidur di rumah..hehehe..tapi sekarang mana boleh buat gitu dah. Tak kan nak thumbprint awal kot. So, sekarang aku harus lebih responsible pada diri sendiri. (Percaya la sangat..)

Masa solat zohor, tak payah cerita la, menggigil terketar-ketar sendi lutut ni tau. Aircond pun satu dah tahu hari hujan 'centralized' la kurangkan sikit dia punya power. Sejuk weh. Sampai aku nak menaip buat kerja pun terketar-ketar. 

Hari ini pulak Bos (Puan A.M aku punya department) bagi kerja. Dia tanya siapa volunteer, oleh kerana aku nih memang rajin nak volunteer, nah amek ko kan dah kena siapkan kerja yang berlambak by Friday (esok la) 3pm. Wallaweh..mana la aku tau dia nak esok..kalau aku tau aku tak angkat tangan, dengan aku punya report CPL audit tak siap lagi..Mau menjuling mata aku ini malam nak siapkan semua itu. (tapi sekarang pun aku dah start mengantuk...hehehe) memang pemalas kan..eh..rajin...

Okes..balik dari kerja, aku beli goreng pisang dengan keropok keping...hujan-hujan lapar la pulak..Niat nak isi minyak kereta tapi sebab tak solat Asar lagi, terus balik sahaja la. Esok nak g Subang Jaya kalau jadi so, kena rushing siket la..hueh..hueh..

Malam ni aku dah ngantuk la..hurm..ngantuk..ngantuk..ngantuk..:(
Mandi tadi pun menggigil..macam dekat oversea dah rasanya..hehe

~Keep us close to You.Until the end of time..Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fee khair~

0 comments: