Hari Khamis Ini

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan Selamat Petang..Ngeee~~
Aku agak sibuk kebelakangan ini sebab itu la blog ini macam tidak ter'update'. Sorry my belog, tak sempat nak tulis entri..banyak aja rasa nak buat entri. Dalam kepala nih ada macam nak buat beberapa sequences cerpen pendek. Heee...heee...(tingginya impian untuk belog) bukan cerpen la..memain aja. Ayat bahasa melayu pun dah tunggang langgang, ada hati nak menulis cerpen. Patut start masa awal-awal lepas SPM masa skill tuh banyak lagi. Ini apa da~~lepas bape tahun da~~hehe.

Hari ini dan esok merupakan hari yang aku kena duduk dalam bilik ala-ala small hall sebab kena dengar presentation. Serius, saya tak berapa gemar untuk berbuat begitu..kikiki. Sebab sejuk la dalam hall tu. Rasa nak g toilet aja kerja.Hukhuk. 

Banyaknya yang berlaku, Yang pasti kita ni kena harus berani berdepan dengan segala kemungkinan yang mendatang. Berani buat keputusan, dan berani menanggung risiko. 

Semalam calling my love mama, dia bercerita agak lama, terkeluar semua kisah-kisah lama, kisah cinta yang tak kesampaian, nasihat seorang bonda buat puteri tercinta, nasihat tentang masa depan dan kerjaya, nasihat untuk memilih suami dan sebagainya. 

Pesan mama " jangan pilih yang hensem, nanti kita yang sakit kepala, yang tak hensem pun suka buat perangai, inikan yang hensem, market dah la tinggi. Jangan pandang paras rupa, pandang hatinya yang ikhlas menyayangi kita dan terima kita"

~Keep us close to You.Until the end of time..Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fee khair~

0 comments: