Deep in My Heart

Sejujurnya aku tak tahu nak letak entri ini tajuk apa sebab memang aku tak tahu topik apa yang aku nak bicarakan di sini. Cuma ianya ialah berkaitan dengan hidup aku. Ini blog aku, jadi, tak apalah aku nak post entri apa-apa pun selagi tak ganggu hidup orang kan. Mama kata dalam hidup ini ada kos menerima dan kos melepas. Bila aku fikirkan balik, ianya memang benar. Tak semua yang ada dalam dunia ini kita akan dapat. Nak tubuh kurus, kena la berkorban selera makan, korban masa untuk senaman, dll. 

Syukur yang tak terhingga kepada Pencipta Yang Maha Satu yang memberi peluang pada aku, insan biasa yang penuh palitan noda-noda silam ini terus bernafas selama 22 tahun 8 bulan ini. Selama tempoh ini terlalu banyak pengalaman yang aku kutip pada satu perjalanan bernama "kehidupan". Aku mencuba melupakan segalanya. Bertahun aku melupakan dan membina hidup baru. Aku manusia yang rebah dan lemah pada satu perkara iaitu cinta manusia. Hingga ianya hampir mengorbankan nyawa aku pada satu masa dahulu. Hanya aku dan Penciptaku yang mengetahui apa yang benar-benar berlaku, kerana itulah aku tersedar dan terus bangkit dan bangkit. Tapi hidup ini sentiasa ada pasang dan surutnya kan. 

3 tahun tempoh yang lama, hati aku tertutup untuk menerima kehadiran mana-mana lelaki untuk menjengah pintu hatiku. Dalam tempoh itu, aku hanya berteman, berkawan, bersahabat tapi untuk lebih dari itu, aku memang tak bersedia langsung. Bukan setakat tak bersedia, hati aku memang kosong. Tak ada makna langsung. Aku hidup hanya untuk diri aku dan keluarga aku sahaja. Tiada perasaan untuk hidup bersama orang lain yang istimewa. Pernah aku mencuba untuk terima seseorang, namun, aku sedar, ia hanya obsesiku . Aku hanya obses sebulan sahaja untuk dia. 

Namun, setelah apa yang terjadi tahun lepas, setelah mama dan abah mengadakan perbincangan dengan aku kerana satu peristiwa itu, aku mula berfikir sedikit demi sedikit tentang hati dan perasaan aku. Sampai bila aku nak tutup perasaan aku ini. Mama pernah berkata " kakak dulu lama-lama 3 tahun dekat u, tak akan tak ada orang suka ke, kakak suka ke ..." Apa aku jawab " kalau nak boleh sangat tapi kakak jer yang tanak, macam-macam yang tak kena" . Ayat aku memang power la kan, padahal aku cuba menipu diri aku sendiri waktu itu, walau aku tahu, aku sedang menipu diri aku, aku takut untuk menyayangi orang, jadi aku sentiasa nampak susah untuk satu perhubungan untuk dibina, aku masih takut dengan perkara silam yang terjadi, aku masih takut. 

Tapi, bila mama dan abah berbicara secara terbuka, aku mula untuk terima dan belajar menerima seseorang, namun, aku juga yang memilih jalan akhirnya.Allah lebih mengetahui disebalik apa yang terjadi. Di sebalik pilihan aku itu. Pemergian aku dari hidup seseorang, pemergian aku untuk melepaskan segala cinta yang aku kejar selama ini. Pemergian aku untuk orang yang sangat aku cintai, pasti direncanakan olehNYA yang aku sendiri tak tahu. Tapi, aku sangat bersyukur kerana, aku kuat untuk menempuh hidup setelah keputusan nekad yang aku pilih. Malah, di tahun terakhir aku ini, aku mampu mengharung banyak cabaran hidup. 

Sekarang, aku tak sedar bila masa, bila mana hati ini terbuka untuk seseorang. Yang pasti, bila aku dah mula menyayangi, aku memang sayang benar-benar, kerana aku rasa sangat-sangat sakit kalau ada apa-apa berlaku antara aku dengan dia. Dah lama kot aku tak rasa macam ini. Semoga, hari-hari mendatang aku memberi satu pelangi dan matahari untuk hidup aku akan datang. Masa depan yang masih lagi panjang, yang perlu aku corakkan secantik, seunik mungkin. Enshaallah..bi iznillah ..semuanya akan berjalan dengan baik. Berkat doa mama yang sangat aku sayang.Dan doa nenek, doa keluargaku yang lain. Moga hidup aku akan mendatang akan lebih bermakna. :)


0 comments: