Nandos : Delicious


Ada ke letak pinggan yang dah habis..hehe..

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, rasanya macam dah lama tak update blog ini. Mood nak update tu tak ada nak buat macam mana. Nak update tapi skill nak buat ayat langsung tak datang. Tapi malam ini tiba-tiba datang nak bercerita kisah Nandos.. 

Isnin tengah hari berkesempatan makan Nandos di One Utama setelah sesat agak lama dan fed-up tak jumpa cari jalan, dengan pergi Maybank yang kena menunggu hampir 100 orang, akhirnya aku kecewa dan tak jadi nak berurusan. Lembap betul la bank nih.Bikin hati 'gue' panas betul la..nasib baik hari hujan..hehe..kalau tak memang lagi berasap la kan. Tapi aku masih mampu tersenyum kerana mendapat imbuhan dari saving..ngeh-ngeh..xpe..topup untuk apa yang telah aku belanjakan masa dulu-dulu(even lebih banyak lagi yang digunakan) yang kalau nak kira memang makan ribu (hanya kerana cinta,huhu).

Balik kepada nandos, satu jer nak cakap. Lagi sedap dari KR dia punya ayam. Say thanks to my friend sebab belanja i makan Nandos. Ala, napa u tak cakap cara nak order. Lain kali cakap la, tak ader la i malu heee..(gara-gara aku dah pening tengok menu dia) ingatkan macam KR punya..hehe..

Thanks again to my friend.:)
Makanan kat Nandos memang memuaskan..ayam dia sedap dr KR. di KR aku habis dekat rm70 for 2 persons. standard harga KR la tuh

p/s : tiba-tiba nak ulas tentang sesetengah pemikiran orang yang rugi kalau mengerjakan umrah masa uzur sebab tak dapat buat ibadah. Aku pernah cakap macam ini dulu. Tapi bila dengar ceramah agama, ustaz katakan tiada yang rugi kerana setiap amalan kita di sana ratusan lipat kali gandanya. Setiap zikir yang kita ucapkan pun berlipat kali ganda dan setiap doa kita di sana dimakbulkan Allah. JAdi kepada kawan-kawan yang berfikiran rugi kalau pergi sana dalam waktu uzur, anda salah. Insyaallah, Allah bagi kesempatan pada kita untuk melakukan umrah. Kerana biasa kita pergi 2 minggu. Sempat la untuk suci. Aku agak terkilan bila seorang kawan bagi tau, rugi duit aja pergi sana tapi uzur. Please, fikir dulu sebelum cakap. Dalam ibadah, tiada yang rugi. Kerana ibadah itu tiada batasan. Islam itu fleksibel dan mudah. Semuanya terletak pada kita. Kalau anda tak puas hati dengan pendapat aku..silakan, aku tak marah jika anda tak puas hati. Cuma ini ialah pendirian aku (sebab itu aku tak nak tunjuk privasi aku pada kawan-kawan, aku bukan taknak terima kritikan, tetapi aku masih banyak kekurangan)

0 comments: