Hidup dan Perjalanan 1

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Saya masih tak dapat melelapkan mata walau pun waktu sekarang sudah jam 3 pagi. Mungkin kerana terlalu banyak bekerja dan otak seakan penat. Tiba-tiba rasa nak menulis tentang hidup dan perjalanan. Alhamdulillah, semalam sudah siap Presentation untuk Final Industrial Attachment depan panel lecturers. So far saya jadi orang paling last present rasa sangat2 dah malas sebab saya menunggu dari jam 9 pagi. at last turn saya is around 5.45 pm. siapa tak bosan menunggu. 
saya sangat2 memanjatkan syukur dan berdoa semoga dalam masa satu bulan ini semuanya akan berjalan selancar mungkin. dalam hati ada satu perasaan yang teruja untuk bergraduasi. Setelah menanti hampir 5 tahun selepas SPM, tahun ini Insyaallah saya akan bergraduasi.Dalam masa lima tahun matrikulasi dan universiti bukanlah satu tempoh yang mudah dan senang untuk saya lalui. Hidup yang penuh dengan liku-liku duri-duri dan calar balar kehidupan inilah yang menguatkan saya untuk terus menongkah segala arus hidup ini. Tohmahan, pandangan, kritikan dan bermacam lagi sudah biasa dalam hidup. sehinggakan saya pernah menjadi manusia yang berhati batu. tiada cinta dalam hati.
Memulakan perjalan hidup di matrikulasi itulah permulaan saya di uji. Berjauhan dari keluarga. Walau sebelum ini saya sudah biasa di asrama, tapi ianya sangat berlainan kerana masa di sekolah, ma dan abah selalu tak miss menjenguk saya di asrama, bawa keluar ke mall untuk membeli keperluan makanan dan lain-lain. Bila mana saya ditempatkan di matrikulasi melaka..saya berasa sedikit tekanan bukan sedikit malahan banyak tekanan. Hidup yang sehari-hari harus bergantung kepada ubat doktor, masakan tidak, setiap bulan pasti sakit. tak tahu waktu mana saya benar2 sihat sepnjang setahun di sana. sekjep demam, sekejap selesema...sekejap sakit perut dsb. Saya rasa hidup saya totally bersama ubat. bermulanya saat menakutkan apabila saya failed kuiz biologi. masa itu perasaan sangatlah malu. bagaimana soalan tentang sel daun dan mitokondria saya tak boleh jawab. malu yang amat sangat menyebabkan saya jadi semakin depressi. Kerana pada fikiran saya mana pergi semua ilmu yang saya belajar selama ini. Mungkin saya yang tak bersedia terlalu leka dengan hidup sendiri menyebabkan saya tak menyedari yang matrikulasi bukan 1 tempat untuk ber'honeymoon'. semenjak itu, saya tekad untuk belajar biologi dengan begitu rajin. tapi, apa yang kita impikan selalu kita tak dapat. pointer yang sangat rendah semasa semester 1 membuatkan saya sangat-sangat terpukul. Stress.Tension dan lain-lain. Saya takut untuk memberitahu ma dan abah kerana saya tahu saya telah mengecewakan mereka dengan pointer yang tak memberangsangkan. Sekejap itu terus saya rasakan dunia saya sangat gelap. untung waktu itu, saya punya seorang yang sangat mencintai dan menyayangi saya setulus hati dia. Dia orang pertama yang saya luahkan perasaan sedih saya. Saya curahkan semua pada dia betapa saya takut untuk memberitahu keluarga saya kerana saya merasakan yang saya telah memusnahkan harapan parents saya. mana janji-janji saya untuk mendapatkan pointer 3.5 above.. hancur luluh hati dan perasaan hanya tuhan sahaja yang tahu. tapi setelah dinasihati, saya berterus terang juga. saya kecewa tersangat kecewa. Bermula dari hari itu, masuk semester 2, saya memulakan satu langkah drastik, saya tahu saya kena bahagi masa betul2, saya bercinta, belajar harus seimbang. saya sedar saya tak akan dapat kejar apa yang saya idamkan tapi saya tetap nak keluar dari matrik dengan pointer yang tidak memalukan. hari-hari saya ulangkaji subjek yang akan diajar esok pagi, weekend sahaja semua tutorial saya buat, dah tak ader  waktu merewang ke bandar seperti sem 1..habis sahaja class terus saya siapkan semuanya..terasa hari-hari saya sangat memenatkan..ditambah dengan kesihatan yang langsung tak stabil. bergantung pada ubat sahaja. entah bape puluh ubat saya telan. emosi pun kadang-kadang kong. selalu sahaja saya marah-marah orang yang rapat. 
saya ingatkan saya nak tumpu betul2 untuk final exam memandangkan pada tahun saya itu sangat untung kerana jadualnya ada gap. sebelum ini tak pernah ada gap...tapi perancangan qada qadar Allah kita tak tahu. Sehari sebelum exam Kimia, subjek yang paling saya suka, saya jatuh sakit. perut saya sangat-sangat sakit. Saya dikejarkan ke Hospital Terendak Melaka. Waktu itu sekali lagi saya rasa seperti harapan saya bakal musnah..orang lain boleh studi untuk kimia, tapi saya terpksa ke hospital..rasa mual dalam tekak dan perut memang sangat-sangat memenatkan. saya terus bertahan untuk paper kimia 2 dan biologi 1. syukur alhamdulillah saya dapat juga menjawabnya.

bila keputusan keluar saya sangat bersyukur kimia dapat A. overall pointer juga ok dan dapat cover balik pointer yang lama. Seterusnya, saya memulakan Fasa 2 dalam alam universiti pula..

Classmate Sains Hayat
LAb biologi di zoo melaka

Ayat penguat semangat waktu itu
waa...buku-buku...meja study sem 2...rajinnyer saya..huhuhu
tak ingat dah masa mana. Time exam ke apa dah..

0 comments: