Rindu PadaNya

 Post pagi ini, post yang sedang aku menyiapkan questionnaire projek tahun akhir, tadi aku selak balik folder semasa berada di Mekah dan Madinah... Sungguh aku rindu pada suasana itu semua..sungguh..Masa disana, wajah aku lain, jernih semacam aja, mungkin hikmah kerana jauh dari dosa, kerana sentiasa mengingati Pencipta, di Malaysia, aku susah nak praktikkan dek kerana kekangan masa dan kerja yang menimbun nih. Lagipun aku tahu, iman aku ini senipis kulit bawang. tapi apa pun yang pentingnya, aku tetap akan menjaga diriku. aku tak akan ulangi balik kesilapan lalu yang pernah aku lakukan.

Cukuplah, hidup penuh warna-warna yang entah dimana silapnya aku tak menyedari apa yang berlaku, aku buta untuk menilai sesuatu itu sedalamnya. Sekarang, aku tahu, banyak lagi cabaran yang aku terpaksa lalui kerana hidup ini sentiasa diuji untuk mengetahui sejauh mana tahap kesabaran kita sebagai manusia. Tentang Mekah, hari-hari balik solat berjemaah, mesti aku beli kebab daging arab. sedap sangat harganya 3riyal. patutlah berat badan aku naik mendadak. sebab disana, cuacanya panas kering, kita tak berpeluh..hehe..tak nak mandi pun tak apa..tapi tak selesa la kan.

gambar aku disana, banyak aku rahsiakan dengan kawan-kawan. Bukan aku taknak share, tapi semua kawan-kawan akan melihat perbezaan aku di Malaysia dan disana. Di malaysia, sangat susah untuk aku praktikkan, mungkin, diri aku sendiri yang masih tidak bersedia. Tak apa, beri masa untuk diri aku dahulu, lama-lama, Insyaallah, aku akan bersedia untuk melakukan tranformasi itu.. Cukuplah sekarang, aku memperbaiki diri aku ini dahulu. Terlalu banyak yang perlu aku pelajari untuk melengkapkan diri sebagai seorang muslimah islam. 

Aku juga manusia biasa yang punya nafsu, keinginan dan perasaan. aku memang tak terlepas dari semua itu.Dalam keadaan aku yang sekarang, aku diuji dengan perang perasaan sendiri. Semoga Allah bagi kekuatan untuk aku menghadapi semua ini. aku cukup lama bersendiri, hingga aku tak boleh nak terima apa-apa ikatan. aku tak bersedia untuk itu..3 tahun tempoh yang sangat lama. dahulu, aku seringkali inginkan satu perhubungan yang jelas, tapi bila satu perhubungan itu bakal berlaku, diri aku ternyata tak bersedia lagi.. 

Ya Allah, semoga aku berjumpa jalan penyelesaian..aku sudah selesa dengan hidup yang aku lalui selama bertahun ini. Tapi di depan rumah Allah, pasti ada sesuatu yang aku minta kan.. Ma, abah semua bertanya apa yang aku doakan di Hijir Ismail dan di Pancuran Emas, Subhanaallah, aku memang berkesempatan untuk berada betul2 dibawah pancuran emas itu, sehingga aku menangis bila aku sedar aku berada di bawah pancuran emas tu. Terlalu banyak aku minta pada Allah yang menciptakan aku ini.dalam ramai-ramai orang yang berusaha untuk berada dibawah itu, aku antara yang diberi peluang oleh Allah untuk berada di situ. Doa yang mustajab di situ ialah berdoa supaya dapat minum telaga Al-Kautsar bersama Rasulullah...

Dengan satu lagi keajaiban Allah berikan pada aku pada hari Tawaf Wada', aku keseorangan untuk memohon keampunan saat terakhir aku di Mekah, Subhanaallah, aku berpeluang pula mengucup Hajarul Aswad. Saat itu, aku tahu, Allah tunjukkan padaku sesuatu yang aku sendiri tidak mampu untuk kongsi bersama sesiapa. cukuplah aku sahaja yang mengetahui apa yang berlaku pada ketika itu...aku menggigil ketakutan yang amat sangat...teirma kasih pada dua orang wanita indonesia yang menolong aku tanpa mengambil upah pun...aku anggap ini ialah rezekiku disana...


~Keep us close to You.Until the end of time..Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fee khair~

0 comments: