saya dah cuba

Awak, 
Ketahuilah bahawa setiap detik dan saat bila mana saya nyatakan persetujuan saya,
Saya berusaha sekuat tenaga saya untuk terima awak dalam hidup saya,
Saya putuskan hubungan dengan siapa-siapa yang saya fikir akan menggugat perasaan saya, 
Saya cuba bersabar, walau hakikatnya saya bukanlah penyabar mana, 
Saya tahu awak baik, 
Saya ini siapa, 
Rasanya saya tak layak untuk awak,
Saya juga banyak kelemahan dan kekurangan, 
Dalam waktu kita kenal, saya cuba menjadi sabar,
Tapi awak, berapa kali awak lambat bila berjanji dengan saya,
Awak ingat saya ini hanya nak menanti awak je kerjanya.
Saya paling terasa dan geram bila awak lambat datang,
Janji jam 10, patut datang 10 kan, lewat setengah jam boleh dimaafkan,
Ini lewat 2 jam. awak datang jam 12..
Awak, ketahuilah awak, saya sangat kecewa dan sakit hati, 
Seollah awak tidak menghormati saya, waktu saya..
Pada adik saya lepaskan kemarahan saya, 
Kenapa bukan pada awak?
Sebab saya tak akan sampai hati nak marah..
Dari jauh awak datang,
Kalau tak fikirkan kesian,
At that time saya rasa nak batalkan pertemuan kita,
Kenapa awak tidak sensitif tentang perasaan orang lain..
Awak bawak saya punyalah jauh..
Hanya untuk makan tengah hari sahaja..?
Awak tanya saya, mana saya nak pergi..
Saya jawab jusco..
Awak masih pangkah saya..
Awak tawarkan tesco atau giant..
Saya tak nak..
Dekat kL tu berlambak Jaya Jusco..
Kenapa awak terus pergi dan tak penuhi keinginan saya itu..
Kalaulah awak tahu saya sangat kecewa dengan awak..
Saya tahu awak mungkin kecewa juga dengan saya kan..
Apa-apa pun,
Saya tak akan kesal 
Andai kita bukan ditakdirkan bersama,
Kerana saya telah mencuba untuk buat yang terbaik sepanjang kenal awak.
Kalau saya boleh hormati waktu awak,
Kenapa awak tidak..
Bukankah sesuatu hubungan itu perlu 'give and take'
Saya nampak saya langsung tak ada chemistry dengan awak
Saya rasa saya perlu bagi jawapan dalam masa terdekat..
Saya pun taknak menyusahkan awak..
Buat abah, saya sayang sangat dekat abah.
Maafkan anak andai apa keputusan ini tidak memuaskan hati abah..

~Keep us close to You.Until the end of time..Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fee khair~

0 comments: