Ini Hari

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh ~

Hari ini Sabtu, 8 Januari 2011. Sekejap dan pantasnya 2011 meneruskan layarnya. Begitulah hidup kita seharian. Hari ini dari Kelana Jaya ke Mid Vallley bersama family. tapi pergi Mid sekejap aja, dalam 1 jam 30 min sahaja. Tapi sempat la aku membeli barang yang aku memang dah lama nak beli dekat JJ tu. Hari itu nak beli dekat JJ BT tapi sebab tak ader choice sangat terus tak jadi nak beli. Jadi hari ini dah beli la. Dalam pukul 2.30, my parents dah hantar aku balik hostel (sedih, cannot be described by any other words hor i feel at that time). 

Balik hostel, kemas apa yang patut, rendam apa yang patut, dan cuci muka yang bertempek dengan bahan2 kimia itu. Beginilah hidup. Sentiasa penuh dengan bahan kimia di badan. (satu benda yang patut dielakkan oleh semua perempuan)
Tengah solat zohor, dalam pukul 3 petang. Got something yang melepaskan semuanya. Apa yang berlaku biarkan berlaku. (juga tak boleh diungkapkan dengan apa-apa bahasa apa perasaan aku waktu itu).

Petangnya, pergi isi minyak kereta, pergi kedai dan pergi pasar malam. Dengan roomate. Jarang sekali aku keluar dengan roomate aku rasanya sekarang. Jadi, tadi pergi angkat satu tudung Syria.. Satu cardigan hitam..Brooch..nasib cardigan itu murah aja.RM28.Usha online tak pasti la pulak berapa.. balik rumah melantak 2 nasi lemak yang beli.

Hurm..balik rumah..cari kemeja purple nak padankan dengan tudung syria tuh, lupa plak dah bawak balik baju itu kat rumah..aih..kempunan nak pakai dengan kemeja purple tuh (even ada orang kata kemeja kain linen aku nih ....)

Aku sebenarnya very-very not in mood untuk hari ini. Rasa down sangat-sangat. Banyakla pulak benda yang terjadi. Walau sebenarnya aku dah bersiap sedia mental dan fizikal menghadapi kemungkinan yang berlaku. Argh!! memang aku tak ada mood langsung la. :(

p/s: blog ini dibina dengan penuh rasa kasih, sayang dan cinta.. tapi sekarang ini aku tak ada mood langsung. betul. tak ada mood.tengah layan lagu rock kapak. dah lama tak buat kerja gini..

0 comments: