Pred oh Pred

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...napa la aku pilih tajuk Pred oh Pred? tahu tak apa itu pred? PRED ialah PREDNISOLONE...sejenis drug(ubat) untuk pesakit allergic macam aku nih..alahai PRED ini memang melemaukan anak tekak aku. Kalau makan Pred memang kena telan air banyak-banyak la kan. Masa duk search pasal ubat ini, teringin nak tahu pasal ubat yang aku makan nih, Prednisolone ialah drugs jenis steroid. Bahaya nih. steroid tak boleh diambil untuk jangka masa lama kerana membahayakan kesihatan.Pred ni boleh mengelakkan pengeluaran bahan di dalam tubuh kita yang menyebabkan inflammation (keradangan). Rupanya, pengambilan steroid ini boleh melemahkan sistem imune badan, sebab itu tak digalakkan untuk sesiapa yang baru lepas pembedahan.

Sekarang ini aku kena habiskan beberapa jenis ubat gara-gara allergic reaction dalam badan ni. tak tahan kot habis merah-merah satu badan. Gatal sangat-sangat badan aku nih. Tiba-tiba pula itu..huhuhu...
Taknak parut-parut kat badan, nanti habis tak comel...(sedih)


0 comments: