Sebuah Kenangan


Terasa sudah lama tak update blog kepunyaan yang mencatat pelbagai kisah ini. Heeehee...last upload bila entah. Ini mencuri waktu lunch untuk menulis sedikit. Rasa minggu ini amatlah busy di tempat kerja. Sampai rasa tak cukup kaki nak berjalan (ayat macam apa kan). Bukak belog hari-hari tapi tak mampu nak update. Ada nak join contest yang blogger buat pun tak sempat (agak terkilan di situ iye)..

Ini mengimbau balik sebuah kenangan zaman sekolah dahulu. Zaman yang waktu itu tersangat indah. Tapi sebagai manusia biasa..tidak pernah nak rasa bersyukur dan menghargai apa yang dia ada dan miliki. Waktu persekolahan dulu, beria nak habis cepat sekolah, nak masuk matrik/u, bila dah masuk u, teringat balik zaman sekolah yang tak perlu pikir apa-apa except pikir belajar aja. Tak perlu pikir masalah lain. Bila dekat u mcam2 masalah yang terpaksa dihadapi seiring dengan menginjaknya usia kita ni kan.

Zaman persekolahan la waktu yang sangat menarik dan akan dikenang sepanjang hayat kita. Bak kata mama aku, waktu sekolahlah waktu paling best dalam hidup...ouh..aku rasa sangat beruntung dan bertuah kerana waktu sekolah aku adalah antara memori dan kenangan yang paling indah dalam hidup aku walaupun ada sesetengah perkara (satu sahaja kot) yang kalau boleh diundur balik waktu aku akan buat yang terbaik dan tidak memandang perkara lain. Namun, setiap apa yang sdah berlaku telah tersurat di dalam Qada n Qadarnya. 

Zaman sekolah dulu, aku boleh dilabel sebagai pelajar yang gila ber'persatuan'..memang minat persatuan, sukan kuarang minat sebab tak suka benda yang melibatkan fizikal. Lebih cenderung kepada aktiviti yang melibatkan berjumpa dengan ramai orang dan merancang sesuatu dan melaksanakan sesuatu kepada persatuan. Dulu masa form 4, aku nih agak nakal la, sampai skip class mode math, malas nak beljar, pergi library pergi baca majalah..apa punya student la..yang peliknya bukan aku sorang wat gitu, half class buat gitu..ini bukan class calang-calang, class 4ul wat gitu sampai merajuk cikgu math aku tuh..maafkan saya cikgu..huhuhu( lepas itu aku insaf sebab aku dapat teruk mode math masa fom 4..huhuhu)..

Okeylah..nak sambung kerja..dari minggu lepas lagi aku duk sibuk buat audit chemical legal checklist nih..memang aku jadi pakar la bab-bab CPL Regulation 1970 nih..muahaha..sapa-sapa nak amek aku kerja, silalah amek aku, aku akan set up satu prosedur legal untuk company yang amek aku bekerja..sure tiptop chemical korang nanti aku jaga..hehehe ( ada ke yang nak amek aku, belajar tak habis lagi nih)

~Keep us close to You.Until the end of time..Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fee khair~

0 comments: