Segmen: Aku Ini Wanita


Okey..aku join lagi segmen abang ben yang bertajuk AKU INI WANITA..hehehe..ini hanya untuk wanita sahaja la kot.

Apa yang aku nak luahkan dalam segmen ini iyer. adoi..ketandusan idea. Okey. Aku ini ialah seorang perempuan yang bergelar anak, kakak,dan pelajar. Belum lagi bergelar isteri dan ibu tapi dapat merasai penderitaan kaum wanita yang di dera mental dan fizikal oleh suaminya. Ada beberpa point yang aku nak highlight di sini tentang Wanita.

Pertama, jangan ingat wanita ini lemah, kerana wanita ini sebenarnya kuat. Kalau tidak percaya, cuba tengok macam mana seorang ibu tunggal boleh besarkan anak-anak sampai berjaya. See~~

Kedua, jangan ingat wanita ini penakut. Kenapa aku cakap begitu..sebab ramai lelaki suka meragui keupayaan wanita. Mereka ingat wanita ini penakut, walhal wanita ini sangat berani lagi-lagi kalau untuk penuhi kemahuan yang sangat dia inginkan. Pernah berlaku pada aku yang selama ini aku bukanlah seorang yang berani tahap gaban tu kan, tapi dek kerana kemahuan hati yang sangat-sangat nak benda itu, aku menjadi berani untuk menghadapi semua halangan dalam perjalanan aku mendapatkan apa yang aku nak.

Ketiga, wanita ini bijak.notis tak dekat banyak ipta/ipts, ramai kaum wanita kan yang konker tempat2 kat sana. So, wanita nih memang ada akal dan fikiran yang cerdas yang melayakkan mereka untuk seiring dengan lelaki. Kalau satu waktu dahulu, waktu awal kemerdekaan, ruang dan tempat untuk kaum wanita sangat terhad, dan wanita hnya diberi tugasan untuk di dapur, tapi sekarang, kaum wanita melebihi lelaki di universiti. Bukti dah cukup kot yang wanita ini bijak.(hehehe,lelaki bijak jugak tapi suka rosakkan diri)

keempat, wanita ni cerewet dan suka membebel. Aku memang suka membebel. Tak payah cakap wanita lain, cakap pasal aku sudah. Sini nak story siket, masa aku kuar dgn seorang kawan lelaki, dia nih tak bape nak expert kereta manual, sebab selalu bawa auto kan. sekali itu memang dekat traffic light, kereta manual itu undur ke belakang balik. Apa lagi aku dengan segala kuasa veto terus..bum bam bum bam...cepat2, tekan cluch, tekan minyak separuh angkat cluch separuh..lepas sume..cewahh...gaya macam cikgu class memandu plak aku masa itu..kalut la weh, dah keta belakang duk hon. malu weh aku dalam keta tuh. Dan aku start membebel. Bla..bla..bla...Lelaki cool ajer..

Kelima, wanita suka pujian. Iyer ke, kalau bagi aku, aku suka dari orang yang aku sayang dan dekat di hati aku. Sebab aku sayang dia, so, aku suka dengar dia puji aku. Tapi aku tak nafikan ramai wnita suka pujian. Tapi kalau aku hanya suka dengan orang yang aku cinta sahaja. Buat kita rasa gembira kot. Kalau pakai kasut baru ke, mesti nak tayang-tayang depan dia, suruh dia tengok, dan bila dia cakap cantik la kasut u baru beli..kita senyum aja..haha..nakal la weh aku dulu-dulu..terlebih nakal dari budak-budak. 

Cukuplah kot..nak cerita lebey2..macam malas la plak..esok kerja..nak tido~~zzzzz

Lupa..nasihat untuk lelaki...

"Jangan mainkan perasaan seorang wanita, sekali wanita itu cinta seorang, cintanya bukan main-main. Jagalah wanita elok-elok kerana wanita itu perhiasan dunia.. Semua mata akan terpesona dengan wanita..sebab itu lah lelaki boleh lemah dengan seorang wanita. Dan jangan sesekali sakiti hati seorang wanita (sakit,huhu..smpai berjahit tapi berparut). Dan lelaki mungkin tak sama dengan wanita, apa yang pernah berlaku, wanita akan ingat seumur hidup dia."

1 comments:

❦ Fara Farina ❦ said...

sungguh menarik dan sangat comel entry awak.. saya follow awak.. (^_~)