Percutian Ini

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.. 
hari ini 19 Mac 2011. Semalam selamat kembali dari percutian yang panjang iaitu 6 hari. Penat jugak bercuti ini. Tapi yang penting, ianya seronok. Ahad sampai Jumaat, memang bercuti sakan. Tapi dalam benak kepala saya ini masih ada sisa dan ruang berfikir tentang project yang masih dalam pembikinan. Macam filem la pulak kan. Bila mau siap nih kalau gini gaya memang saya kena speed sehabis limit bila balik kampus nanti. Macam gini la, duk rumah, banyak plak enjoy ikot lain, kaki tv macam saya memang sangat addicted dengan tv..hehehe..
Alkisahnya, sampai sahaja di Strawberry Park CH petang ahad itu, datanglah terkedek-kedek si deary Feena pada mamanya..hehe..Sejak bilakah nak jadi Mama..(sigh)..dia minta saya dukung, tau, malas nak berjalan lah tuh. Bawa pergi dekat tennis court, bergilir dengan achu dukung si debab nih. Berat dia dah dekat 18kg kot ini budak. Memang berbelit habis tulang belakang saya, dengan pakai wedges lagi menuruni bukit sambil dukung budak debab tuh..hehe..Saya pakai selendang, belit2 dekat kepala, dia pulak pergi tarik..adoi..memang la..banyak kali cakap, adik, jangan tarik..tapi still tarik. Achu kata, ini orang boleh ingat saya mama si Feena nih sebab kami ada iras-iras..hehe..

Bila nak baliknya..pergi ke garden otw nk ke PLus Ipoh tuh...Lepak situ ada turtle..Feena geram sangat dekat turtle nih..asyik jenguk2 jer dalam tuh. Risau takut dia terhumban dalam tuh..


Ini dekat Strawberry Farm..saja ambil gambar banyak2..hehe

 Seterusnya pada hari rabu setelah 2 malam di KL, pergi ke Genting Highlandm 2 malam di sini. Melawat GohTong Strawbeery Farm. Strawberry kat sini mahal sangat. Juah beza dengan harga di CH. Kat sini di jual dengan harga RM15, kalau dekat CH boleh dapat RM7.. double itu..tapi disebabkan nak makan dengan coklat syrup yang dibeli hari itu, beli jugak lah satu walau mahal..
Inilah dia decoration entrance untuk Strawberry Farm GT GH...hehe..Okeylah ..Mau bikin kerja lain pula..:)

~Keep us close to You.Until the end of time..Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fee khair~

0 comments: