telekung solat

Masa terawih semalam, ma tegur kain telekung da tercabut benangnya. Ma suruh jahit...ikutkan hati taknak jahit lagi sebab dah dua kali jahit, terputus balik benangnya...biasalah beli telekung indon yang murah mana nak tahan, lagi-lagi saya jenis ganas jugak memakainya...=)

Dalam pukul 7.45 pagi tadi jahitlah sikit...jahit jelujur sikit...bukan sikit, banyak jugak la..Rasanya telekung ni beli masa bulan April2010, masa ada jualan dekat Padang Kawad Uitm PA. Masa itu, seorang kawan sponsor, tak mahal pun. Tapi sebab itu telekung pertama yang ada getah dekat pinggang, suka la pakai..asyik pakai aja =)

Sebab itu sekarang dah buruk dah..hehe...Tak apa, nanti beli yang lain pulak.

~Bersyukur Sentiasa atas Nikmat Kehidupan~

Juadah Pilihan Berbuka

 Ehem, baru pukul 11.45 dah terfikir juadah pilihan, tak ada la, sebenarnya ini untuk siapa-siapa yang duduk kat bandar bolehlah, saya duduk di kampung, tak ada semua ini. Jadi, berbuka puasa dengan ayam percik aja la hari ini yer. =) SEDAP jugak..

Kat atas itu ialah POPEYES..bolehlah nak cuba..sedap..hehe..dua bulan saya tergilakan makanan ini dulu masa nak habiskan tesis final year.. dah tahap mengidam nak makan dia punya biscuit dengan jam strawberry. Punya la pergi cari makanan ni dekat Klang Parade. baru puas hati =)
 Ini pulak Pizza Personal di tambah dengan cheese...untuk siapa-siapa yang nak jimat bolehlah beli pizza nih...take away jer..hehe..save bajet..tak perlu bayar dia punya service charge 10% =)
 Selepas berbuka, kalau ada nak merasa aiskrim Haagen Daasz...bolehlah sebagai dessert..tak payah beli banyak-banyak, nanti tak termakan pula. (nanti nak beli la, masa konvo =) )
 Ha, ini pulak dari KRR punya beverages..Best..Tak amek mocha tapi try yang kawan punya aja dulu..harga lupa =P
 Makaroni nih agak muak sebenarnya. Better tak payah ambil, unless, benar2 peminat macaroni
Ini bagus sebagai appetizer...buah kiwi itu sedap.

Kalau nak makan KRR amek la set ini. Memang berbaloi..1 pinggan rm15.90..mesti akan kekenyangan..lagi2 kalau ambik nasi

Aromatic Rice..makan tanpa lauk sedap ni =)

Yang paling saya suka ialah muffin..Banana Muffin...sedapnya...

~Bersyukur Sentiasa atas Nikmat Kehidupan~

Senggugut

Sakit ketika datang haid atau senggugut adalah satu masalah yang biasa dialami oleh banyak wanita dan lazimnya dialami oleh gadis yang baru meningkat remaja. Untuk anak remaja keadaan ini digelar ‘ primary spasmodic dysmenorrhea’ dan tidak semestinya menandakan sesuatu penyakit. Di dalam beberapa tahun pertama selepas akil baliq, pusingan haid seseorang gadis masih belum teratur lagi. Haid mungkin akan datang tiga atau empat bulan sekali. Senggugut biasanya mula dirasai 2-3 tahun kemudian.

Rasa sakit sewaktu datang haid ini adalah disebabkan oleh kuncupan rahim yang begitu kuat sekali untuk mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur sedikit tisu daripada selaput endometrium . Darah haid ini perlu keluar menerusi saluran pangkal rahim yang biasanya masih sempit di kalangan gadis remaja.Kuncupan rahim yang kuat ini adalah disebabkan oleh sejenis hormon yang digelar dengan nama “Prostaglandin”. Kesakitan ini berbeza di antara seorang wanita dengan yang lain. Ada yang mungkin rasa sakitnya ringan sementara yang lainnya akan mengalami sakit yang teruk. Jangka waktu sakit juga berbeza, ada yang mengalami sehari, ada pula yang mengalaminya setiap kali datang haid.
Ramai di kalangan wanita yang risau samada senggugut boleh menyebabkan kemandulan. Ini tidak benar dan senggugut biasanya akan hilang setelah gadis berumahtangga dan mendapat anak. Kehamilan dan kelahiran dapat mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi punca pada senggugut. Walau demikian sebahagian kecil dari mereka akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan jika senggugut itu berterusan selepas kahwin. Mereka ini mungkin mengidap penyakit ‘endometriosis’.Ini menyebabkan sakit seperti sengugut tetapi apa yang menyebabkan ia terjadi tidaklah sama seperti sebab sakit senggugut yang biasa.
Gadis-gadis yang mengalami senggugut boleh mengambil ubat penawar sakit/analgesic seperti Panadol, Aspirin, Ponstan, Synflex dan lain lain. Tetapi dalam kes-kes yang lebih teruk, doktor akan memberi ubat penawar sakit yang mengandungi hormon ‘ 'Norethisterone’.
Senggugut jenis kedua ialah ‘congestive dysmenorrhea’ yang biasa dialami oleh wanita yang sudah berkahwin dan melahirkan anak. Lazimya senggugut yang dialami itu lebih teruk dan lebih panjang waktunya. Senggugut ini disebabkan oleh penyakit dan ketumbuhan dalam alat peranakan. Diantara penyakit ini termasuklah ketumbuhan dalam rahim seperti ‘endometriosis’, ‘adenomyosis’, ‘fibroids’ dan jangkitan kuman pada perkakas peranakan. Wanita yang mengalami masalah ini perlu bertemu doktor Pakar Sakitpuan. Kebanyakan daripada mereka menghadapi masalah kurang subur, mudah keguguran, pendarahan yang berlebihan dan berpanjangan atau senggugut yang sangat teruk.

p/s: Dari nukilan Dr. Hamid Arshat

Konvokesyen Insyallah =)


2 Julai 2007 hingga 19 May 2011
4 TAHUN di UiTM..
Mula-mula belajar di kampus Jalan Othman dua tahun, lepas itu berpindah ke kampus Puncak Alam dua tahun..akhirnya, Alhamdulillah, hari Konvokesyen bakal tiba...Bulan Oktober nanti hari konvo saya. Dahulu, tengok orang jer konvo, sekarang diri sendiri akan konvo. 

Masa masih ada..Huhu..Insyaallah! Saya nak sangat hati-hati yang bermakna dalam hidup saya dapat hadir..Semoga saya diberi kesempatan itu..Azi konvo 17/9...Saya pulak 22/10..lambat lagi..

~Bersyukur Sentiasa atas Nikmat Kehidupan~

11 Ramadhan

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..Selamat Pagi. Cepat sangat dan pantas amat masa yang berlalu sepanjang ramadhan ini, tanpa disedari kita sudah memasuki Fasa 2 bulan yang penuh barakah ini. maknanya hanya tinggal 18 hari sahaja lagi Ramadhan bakal melabuhkan tirainya. Syawal pula bakal menjelma. Syawal bulan kita mengeratkan lagi silaturrahim sesama umat. 

Dalam masa seminggu, saya menghabiskan buku Travelog Haji~Merentas Sempadan Iman. Walaupun saya tidak akan menunaikan haji dalam tahun ini, tapi tidak salah saya habiskan pembacaan tentang buku itu. Semasa meneliti dan mentelaah buku itu, kuat saraf2 otak ini berfikir dan mengingati pengalaman ketika di sana. Juga terbayang-bayang peristiwa di sana. Lantaran itu, hati ini meronta untuk ke sana lagi dan bertemu dengan rumah Allah. Bersyukur kepada Ilahi kerana saya dijemput menjadi tetamunya pada tahun lepas. Terima kasih kepada mama tercinta kerana memberi peluang untuk anakanda ini pergi ke sana. Subhanallah..sehingga ada satu tekad dalam hati saya kerana terlalu rindu pada tanah haram.

Kesimpulan, pengajaran yang saya belajar dari buku Travelog Haji, semua yang berlalu adalah perancangan terbaik dari Allah (sebelum ini pun dah selalu mengingatkan hati dan diri, tapi manusia kadang-kadang lalai dan alpa). Kita mampu merancang, tapi yang menentukan ialah Allah. Saat ini saya teringat akan Raudhah di Masjid Nabawi, saya tidak berkesempatan untuk menjejak kaki ke Raudhah lantaran keuzuran diri ketika itu. Raudhah ialah salah satu tempat mustajab untuk berdoa, lagi-lagi berkaitan dengan keluarga dan jodoh. 

Semasa ketika waktu saya ke sana, diri saya dalam dilema yang amat sangat. Mengharapkan sepenuh perhatian dan rahmah dari Allah untuk terus mengasihi saya sebagai hambaNYA, filem-filem hidup yang telah saya lakukan berlegar-legar dalam benak kepala sepanjang perjalanan menuju ke Jeddah. Hati terasa takut. Teringat akan buku-buku yang saya baca sepanjang cuti sebelum bertolak. Yang mana Alalh memberi pengajaran kepada sesiapa yang melakukan kemungkaran ketika hidupnya. Sesampai di Mekah itulah, saya merasa betapa Dia menyayangi saya, walau saya ini terlalu banyak lalai kepadanya, Dia berikan saya kemudahan di sana. Bersyukur ya Allah. Hati menangis-nangis hanya Dia yang tahu. Palitan dosa terlalu berat. 

Bersyukur kepada Dia kerana saya di beri peluang unuk menyambut Ramadhan disisi keluarga tercinta..bersama ma, abah, adik2..semuanya ada di rumah. Tahun2 hadapan saya belum tentu lagi bakal mempunyai peluang emas sebegini. Kerjaya menuntut pengorbanan juga. belajar menuntut pengorbanan. Kesimpulannya, hidup ini memerlukan pengorbanan. Ada kos melepas dan ada kos menerima.

Satu kisah pada awal puasa hari itu, seorang sahabat yang akrab meluahkan perasaan sedihnya kepada saya, saya berikan nasihat yang sewajarnya, kata saya padanya, "banyaklah berdoa di bulan puasa ini, banyakkan membaca al-quran kerana dengan itu hati kita akan tenang. Saya cakap melalui pengalaman, sudah berapa Ramadhan saya diuji dengan bermacam perkara, setiap kali puasa itulah datang pelbagai masalah, tapi saya ambil langkah positif, saya biarkan semua itu berlalu, saya menangis padaNYA yang lebih mengetahui, insyaallah, terubat hati." 

::Semalam terasa sedih seketika apabila tidak dapat menunaikan terawih kerana hal tak dapat dielakkan (penyakit perempuan yang saya selalu alami dan kadang-kadang sangat mengelirukan). tapi saya redho dengan ketentuan Dia..::

p/s : Saya sayang ma, abah, adik-adik, keluarga besar saya, orang yang dekat dengan saya, kawan-kawan, guru-guru saya. 

~Bersyukur Sentiasa atas Nikmat Kehidupan~

Myvi









Myvi. Mampu milik ke tidak? Tanya sama hati mesti kata nak, tanya sama pendapatan, kena fikir 2 kali. Tapi untuk kereta jimat minyak bolehla kot. Untuk fresh grad yang baru kerja, bolehlah. Impossible la nak pakai Honda City or Toyota Vios or Mazda 2 ( dalam hati meraung-raung gak nak), kalau pakai City, konfem separuh gaji dah terbang melayang, minyak lagi, apa mau makan kalau macam gitu..kalau anak orang berada, ayah yang beli tak apa la, ni kita biasa-biasa, kena ukur baju di badan sendiri kan. Pakai ikut kemampuan la kan. Kalau melebihi kemampuan kita yang sengsara. Apa pun dulu, pernah bawa myvi, tapi model lama, handling is okey la. Lagi-lagi untuk perempuan kan. Apa-apa pun nak beli ke tak, kena tunggu tahun depan, dan kena berbincang dengan ma dan abah dahulu.=)

Termakbulkah?

Semalam masa saya memandu kereta untuk ke Kota Bharu, sempat berbual dengan adik saya, terkeluar satu soalan yang tak terduga, Ada tak doa yang dipinta di Makah & Madinah termakbul? Jawab adik saya ada yang dah, ada yang belum.

Masa itu saya terfikir, cukup banyak doa saya pinta, saya ingat-ingat dan fikirkan balik, sudah termakbul atau belum? Dahulu pun saya berdoa waktu dilanda kesedihan teramat sangat.. Doa yang sangat spesifik, lantaran kerana hati ini terlalu inginkan hajat itu termakbul.

Kesimpulannya, di sana, banyak yang kita doakan, itu semua antara saya dan Pencipta yang Maha 1, Allah Subhanawataala. Bila di fikirkan balik, saya bersyukur kerana Allah mempermudahkan setiap laluan hidup saya. Syukur ya Allah atas semuanya. Soal jodoh, bila dah habis belajar, mesti nak tak nak akan terfikir dalam benak kepala..Allah tahu apa yang terbaik buat umatnya. Saya harus terus berdoa, dan bersyukur atas nikmat pemberian Allah ini...

p/s: saya insan biasa.