Showing posts with label Aku Khalifahnya. Show all posts
Showing posts with label Aku Khalifahnya. Show all posts

Termakbulkah?

Semalam masa saya memandu kereta untuk ke Kota Bharu, sempat berbual dengan adik saya, terkeluar satu soalan yang tak terduga, Ada tak doa yang dipinta di Makah & Madinah termakbul? Jawab adik saya ada yang dah, ada yang belum.

Masa itu saya terfikir, cukup banyak doa saya pinta, saya ingat-ingat dan fikirkan balik, sudah termakbul atau belum? Dahulu pun saya berdoa waktu dilanda kesedihan teramat sangat.. Doa yang sangat spesifik, lantaran kerana hati ini terlalu inginkan hajat itu termakbul.

Kesimpulannya, di sana, banyak yang kita doakan, itu semua antara saya dan Pencipta yang Maha 1, Allah Subhanawataala. Bila di fikirkan balik, saya bersyukur kerana Allah mempermudahkan setiap laluan hidup saya. Syukur ya Allah atas semuanya. Soal jodoh, bila dah habis belajar, mesti nak tak nak akan terfikir dalam benak kepala..Allah tahu apa yang terbaik buat umatnya. Saya harus terus berdoa, dan bersyukur atas nikmat pemberian Allah ini...

p/s: saya insan biasa.

Salam Ramadhan

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...Salam menyambut ramdhan kepada semua umat islam..Alhamdulillah di beri lagi kesempatan untuk menikmati Ramadhan kali ini...Syukur kali ini dapat menyambut penuh bersama keluarga tercinta...yang mana nanti syawal akan memberi seribu erti hidup baru dalam hidup saya..semoga semuanya akan berjalan dengan selancarnya..semoga fasa hidup baru nanti akan membuatkan saya lebih matang..hidup yang tak sama seperti alam belajar..Selamat berpuasa. jom sama-sama kejar bulan ramadhan ni.

Hidup dan Perjalanan 1

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Saya masih tak dapat melelapkan mata walau pun waktu sekarang sudah jam 3 pagi. Mungkin kerana terlalu banyak bekerja dan otak seakan penat. Tiba-tiba rasa nak menulis tentang hidup dan perjalanan. Alhamdulillah, semalam sudah siap Presentation untuk Final Industrial Attachment depan panel lecturers. So far saya jadi orang paling last present rasa sangat2 dah malas sebab saya menunggu dari jam 9 pagi. at last turn saya is around 5.45 pm. siapa tak bosan menunggu. 
saya sangat2 memanjatkan syukur dan berdoa semoga dalam masa satu bulan ini semuanya akan berjalan selancar mungkin. dalam hati ada satu perasaan yang teruja untuk bergraduasi. Setelah menanti hampir 5 tahun selepas SPM, tahun ini Insyaallah saya akan bergraduasi.Dalam masa lima tahun matrikulasi dan universiti bukanlah satu tempoh yang mudah dan senang untuk saya lalui. Hidup yang penuh dengan liku-liku duri-duri dan calar balar kehidupan inilah yang menguatkan saya untuk terus menongkah segala arus hidup ini. Tohmahan, pandangan, kritikan dan bermacam lagi sudah biasa dalam hidup. sehinggakan saya pernah menjadi manusia yang berhati batu. tiada cinta dalam hati.
Memulakan perjalan hidup di matrikulasi itulah permulaan saya di uji. Berjauhan dari keluarga. Walau sebelum ini saya sudah biasa di asrama, tapi ianya sangat berlainan kerana masa di sekolah, ma dan abah selalu tak miss menjenguk saya di asrama, bawa keluar ke mall untuk membeli keperluan makanan dan lain-lain. Bila mana saya ditempatkan di matrikulasi melaka..saya berasa sedikit tekanan bukan sedikit malahan banyak tekanan. Hidup yang sehari-hari harus bergantung kepada ubat doktor, masakan tidak, setiap bulan pasti sakit. tak tahu waktu mana saya benar2 sihat sepnjang setahun di sana. sekjep demam, sekejap selesema...sekejap sakit perut dsb. Saya rasa hidup saya totally bersama ubat. bermulanya saat menakutkan apabila saya failed kuiz biologi. masa itu perasaan sangatlah malu. bagaimana soalan tentang sel daun dan mitokondria saya tak boleh jawab. malu yang amat sangat menyebabkan saya jadi semakin depressi. Kerana pada fikiran saya mana pergi semua ilmu yang saya belajar selama ini. Mungkin saya yang tak bersedia terlalu leka dengan hidup sendiri menyebabkan saya tak menyedari yang matrikulasi bukan 1 tempat untuk ber'honeymoon'. semenjak itu, saya tekad untuk belajar biologi dengan begitu rajin. tapi, apa yang kita impikan selalu kita tak dapat. pointer yang sangat rendah semasa semester 1 membuatkan saya sangat-sangat terpukul. Stress.Tension dan lain-lain. Saya takut untuk memberitahu ma dan abah kerana saya tahu saya telah mengecewakan mereka dengan pointer yang tak memberangsangkan. Sekejap itu terus saya rasakan dunia saya sangat gelap. untung waktu itu, saya punya seorang yang sangat mencintai dan menyayangi saya setulus hati dia. Dia orang pertama yang saya luahkan perasaan sedih saya. Saya curahkan semua pada dia betapa saya takut untuk memberitahu keluarga saya kerana saya merasakan yang saya telah memusnahkan harapan parents saya. mana janji-janji saya untuk mendapatkan pointer 3.5 above.. hancur luluh hati dan perasaan hanya tuhan sahaja yang tahu. tapi setelah dinasihati, saya berterus terang juga. saya kecewa tersangat kecewa. Bermula dari hari itu, masuk semester 2, saya memulakan satu langkah drastik, saya tahu saya kena bahagi masa betul2, saya bercinta, belajar harus seimbang. saya sedar saya tak akan dapat kejar apa yang saya idamkan tapi saya tetap nak keluar dari matrik dengan pointer yang tidak memalukan. hari-hari saya ulangkaji subjek yang akan diajar esok pagi, weekend sahaja semua tutorial saya buat, dah tak ader  waktu merewang ke bandar seperti sem 1..habis sahaja class terus saya siapkan semuanya..terasa hari-hari saya sangat memenatkan..ditambah dengan kesihatan yang langsung tak stabil. bergantung pada ubat sahaja. entah bape puluh ubat saya telan. emosi pun kadang-kadang kong. selalu sahaja saya marah-marah orang yang rapat. 
saya ingatkan saya nak tumpu betul2 untuk final exam memandangkan pada tahun saya itu sangat untung kerana jadualnya ada gap. sebelum ini tak pernah ada gap...tapi perancangan qada qadar Allah kita tak tahu. Sehari sebelum exam Kimia, subjek yang paling saya suka, saya jatuh sakit. perut saya sangat-sangat sakit. Saya dikejarkan ke Hospital Terendak Melaka. Waktu itu sekali lagi saya rasa seperti harapan saya bakal musnah..orang lain boleh studi untuk kimia, tapi saya terpksa ke hospital..rasa mual dalam tekak dan perut memang sangat-sangat memenatkan. saya terus bertahan untuk paper kimia 2 dan biologi 1. syukur alhamdulillah saya dapat juga menjawabnya.

bila keputusan keluar saya sangat bersyukur kimia dapat A. overall pointer juga ok dan dapat cover balik pointer yang lama. Seterusnya, saya memulakan Fasa 2 dalam alam universiti pula..

Classmate Sains Hayat
LAb biologi di zoo melaka

Ayat penguat semangat waktu itu
waa...buku-buku...meja study sem 2...rajinnyer saya..huhuhu
tak ingat dah masa mana. Time exam ke apa dah..

Harus Belajar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Post baru balik dr Uitm PA dan keluar bersama kawan-kawan ke OU pakai baju kurung di hari Sabtu yang indah..(habis setangki minyak kereta dr Bukit Beruntung-PA-OU-Rawang-BB)...makan minyak jugak kereta aku nih. Memang dasyat la..hehehe...Jarang jalan2 sakan sebab itu tak terasa biasanya.

Terasa diri aku ini masih terlalu cetek dengan ilmu kekeluargaan dan rumah tangga. Bila dah nak habis universiti nih, perancangan tuhan yang kita tak sangka..senangnya untuk menyayangi seseorang..Dan waktu ini perasaan ingin menoktahkan perhubungan itu dengan perkahwinan sangat2 terasa kuatnya. Kami sedar yang hubungan cinta tanpa perkahwinan terlalu banyak dugaan. Perkahwinan yang dilihat sebagai satu solusi untuk perhubungan cinta bukan boleh dilihat dari satu sisi sahaja. Aku melihat perkahwinan ialah satu titik permualaan hidup baru, yang mana satu proses pengenalan dan memahami antara satu sama lain berlaku. Kenal bertahun bukan bererti kita kenal dia 100%. Sebabnya kita hanya kenal separuh daripada dirinya sahaja. Dan bagi pasangan yang ingin berkahwin haruslah memantapkan ilmu rumahtangga dan ilmu mendidik anak-anak. 

Perkahwinan yang aku impikan, solat berjemaah yang dilakukan setiap hari dan kalau boleh jika berpeluang ialah solat jemaah setiap kali waktu solat bersama keluarga, mengalunkan alunan zikir dan bacaan Al-Quran bersama..Suami yang boleh mengimamkan keluarganya. 

Hati kecil aku, menerima dia seadanya tanpa mempersoalkan apa masa lalunya, kerana setiap dari kita punya masa lalu. Dan aku mengharapkan yang dia tidak mempersoalkan masa lalu ku. Yang penting masa hadapan yang harus dilalui. Walau ramai berkata, harus dipilih masa lalunya, namun, bagi aku, siapa aku untuk terlalu 'demand' dengan seseorang. Aku bkan sempurna, untuk mencari kesempurnaan itu susah. Tiada yang sempurna di dunia ini. 

Setiap perkahwinan itu telah ditetapkan dengan rezekinya. Bagi yang masih baru dalam bekerja, dan ingin mendirikan rumah tangga pastinya soal wang yang menjadi satu isu yang memb uatkan kepala ini pening memkikirkannya. Perempuan, tak fikir sangat, lelaki memang kena teliti dan fikirkan semasaknya. Walaupun aku tak perlu sediakan duit untuk mas kahwiin dan hantaran, tapi sekarang pun sudah mula merencanakan belanjawan yang harus dibuat untuk nak bina masjid itu nanti. Paling kurang jena ada 10000 untuk urusan walimah dan hantaran. Sekarang semua kos meningkat. Dalam hati terfikir, sempat atau tak nak kumpul duit dalam masa 1 tahun sebanyak 10k. Dalam kepala fikirkan nak beli kereta dan sebagainya. Tapi, eloknya fikirkan yang mana penting dahulu. Pabila sampai waktu dan ketika, nikah itu hendaklah dilaksanakan. 

Benda yang paling aku nak sekarang, nak belajar balik ilmu agama dan al-quran. Dah lama nak belajar benda ini, dari awal tahun 2010 lagi, waktu aku membeli tafsir ar-rahman yang besar supaya mudah urursan membaca. Namun sampai kini hasrat itu tak tercapai. Target aku, sebelum menamatkan zaman single nih, aku nak belajar balik semua itu. (moga dipermudahkan segala urusan aku).

p/s: semoga ikatan yang terbina ini terus kekal dan kita dipermudahkan untuk membina 'masjid' itu nanti

~Keep us close to You.Until the end of time..Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fee khair~

Two More Weeks Left

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...
Selamat petang dan selamat berhujung minggu walaupun esok Isnin dah start kerja macam biasa. Waaa...siapa yang rasa diri dia rajin untuk berkerja sila angkat tangan...(syok sendiri sudah.) Aku ialah antara ramai-ramai manusia yang malas kalau esoknya hari Isnin. Sebab apa, of course lah sebab kena pergi kerja. Dulu masa kena pergi class pun ada gak perasaan malas itu...tapi ianya tak semalas masa l.i nih. Pasal apa..l.i ini penat, tak macam masa belajar, class paling awal pun start pukul 8..(especially masa sem 1 & 2 dahulu...memang terseksa jiwa dan raga, pukul 6.30 dah naik bas nak ke kelas..hehehe


Two more weeks left ini membawa maksud mendalam pada diri aku sendiri. Rasa macam happy pun ada sebab aku bakal habis kerja@latihan industri selama 3 bulan ini. Hehe. rasa tak sabar untuk hidup gaya bebas. Gaya dan peraturan sendiri untk rancang apa nak buat dengan FYP yang tertangguh. Sebelah side lagi ada gak perasaan sedih sebab terpaksa berpisah dengan rakan-rakan sekerja. Dah 3 bulan kan kerja..(xderla sedih sangat rasanya, rasa happy nak habis lagi tinggi..)


Dalam hati juga ada perasaan tak sabar untuk bergraduasi..hehe..Grad la..Apa lagi kan. Oleh kerana penggal u akan buka bulan September, jadi pada Ogos ini, Insyaallah akan grad. Amiin.. Doakanlah aku grad ogos nih..hehe..Tak sabar nak habis blajar, nak kerja, kumpul duit nak masuk slim world (jgn percaya)!~~~lalalala


25 Feb ni ialah hari terakhir aku bekerja dan 2 Mac aku bakal terbang ke rumah di Kelantan. Sangat teruja dan tidak sabar mahu pulang setelah hampir 3 bulan tak balik..Mr KEreta akan ditinggal di KL..berpisah dalam 3 weeks..sabar ye sayang... i 'll leave you to my responsible aunt n uncle..hehehe


Okey..Nak pergi jemur kain..kat luar hujan lebat..ayoo...gimana ya

Hari Khamis Ini

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan Selamat Petang..Ngeee~~
Aku agak sibuk kebelakangan ini sebab itu la blog ini macam tidak ter'update'. Sorry my belog, tak sempat nak tulis entri..banyak aja rasa nak buat entri. Dalam kepala nih ada macam nak buat beberapa sequences cerpen pendek. Heee...heee...(tingginya impian untuk belog) bukan cerpen la..memain aja. Ayat bahasa melayu pun dah tunggang langgang, ada hati nak menulis cerpen. Patut start masa awal-awal lepas SPM masa skill tuh banyak lagi. Ini apa da~~lepas bape tahun da~~hehe.

Hari ini dan esok merupakan hari yang aku kena duduk dalam bilik ala-ala small hall sebab kena dengar presentation. Serius, saya tak berapa gemar untuk berbuat begitu..kikiki. Sebab sejuk la dalam hall tu. Rasa nak g toilet aja kerja.Hukhuk. 

Banyaknya yang berlaku, Yang pasti kita ni kena harus berani berdepan dengan segala kemungkinan yang mendatang. Berani buat keputusan, dan berani menanggung risiko. 

Semalam calling my love mama, dia bercerita agak lama, terkeluar semua kisah-kisah lama, kisah cinta yang tak kesampaian, nasihat seorang bonda buat puteri tercinta, nasihat tentang masa depan dan kerjaya, nasihat untuk memilih suami dan sebagainya. 

Pesan mama " jangan pilih yang hensem, nanti kita yang sakit kepala, yang tak hensem pun suka buat perangai, inikan yang hensem, market dah la tinggi. Jangan pandang paras rupa, pandang hatinya yang ikhlas menyayangi kita dan terima kita"

~Keep us close to You.Until the end of time..Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fee khair~

Kerasnya Hatiku

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan Selamat Petang..Post ini mungkin bunyinya agak jiwang.Aku nak menulis tentang diri aku sendiri. Ini blog aku kan. Bolehlah aku nak tulis apa pun. Entri ini pendek tapi bererti buat aku. Setelah apa yang berlaku dalam hidup aku, ramai orang kata hati aku menjadi keras dan susah nak lembut untuk terima orang. Adik aku sendiri pun dah cakap gitu. Sampai dia cakap dia tak sabar nak tahu siapa orang yang akan dapat lembutkan balik hati aku. hidup aku seperti kupu-kupu...aku terbang tinggi mencari tempat yang cantik untuk hinggap, kemudian aku terbang, terbang dan terbang. Jauh..jauh dan jauh. Adik aku pernah bagi tahu aku...

" kenapa kakak setia macam ni, tak pernah tengok orang sesetia kakak..padahal dia khianati cinta kakak, kakak memang cinta sangat dia "

Apa pun hanya aku punya alasan kenapa aku jadi begitu. Dan untuk bangkit dari perkara lepas itu, aku bina semangat dengan kekerasan hati..yang buat aku tak punya perasaan untuk sesiapa lagi. Mungkin hati aku penuh dengan kebencian pada awal-awal aku bangkit untuk pulih. Namun, aku buangkan semua kebencian, tiada lagi kebencian, hanya ada harapan untuk bahagia seperti insan-insan lain bergelar wanita.

Dan aku sangat optimis dan pasti yang bahagia itu ialah milikku satu masa nanti. Hati aku sudah tidak sekeras dahulu. Masa itu mengajar aku. Usia itu membuat aku berfikir, sampai bila aku nak tutup pintu hati ini, ia datang tanpa aku pinta, ia datang dengan sendiri tanpa aku sedar, tapi yang pasti, untuk hidup aku beberapa bulan lepas, aku tidak curang, iya. aku tidak curang. Aku setia pada satu ikatan itu. Sehingga kita sendiri yang memutuskan apa yang terbaik untuk hidup kita. (tutup kisah ini yang hanya setitis dari air lautan)

Masa ini, aku mencuba dan mencuba untuk menerima seseorang seadanya. Aku juga banyak salah. Tiada yang sempurna. Aku pelarian dari waktu silam. Betapa ku cuba melupakan apa yang pernah berlaku, semakin ia menyesakkan fikiran aku. Tapi, aku akan terus mencuba dan mencuba melupakan semua itu.

~Keep us close to You.Until the end of time..Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fee khair~

Thank You

It is a time for me to say thanks to someone who has always with me in all my condition i have. Aku nak ucap thanks banyak-banyak dekat dia. Aku tak pasti sama ada dia baca ke tak blog aku ini. Kalau dia baca, rasanya dia boleh agak pada siapa aku tujukan ucapan ini.

Buat masa ini tiada kata yang dapat aku ungkapkan tentang apa yang ada di hati saat ini. Biarlah waktu yang menentukan. Biarlah ianya menjadi rahsia peribadi dahulu. 

Cuma, untuk dia, aku ucapkan berbanyak terima kasih sebab banyak membantu aku, menahan segala karenah aku yang memang sedia panas baran nih, dan sudi berkawan dengan aku. Dan juga sudi menyayangi aku seadanya. 

Tak boleh cakap banyak di sini kerana ianya terlalu peribadi. Thanks  a lot.

~Keep us close to You.Until the end of time..Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fee khair~

Buat Puteri Ayah

Satu nasihat seorang ayah buat seorang puteri tercinta saat puterinya itu sedang bermuram. Tiada senyum lagi di bibir. Hanya deraian air mata menangisi setiap perjalan hidup.

" Puteriku tercinta, ayah tidak tegar melihat kamu memusnahkan kehidupanmu dari semasa ke semasa. Puteriku harus bangkit dan tabah untuk menghadapi semua ujian ini. Puteriku, seorang yang cerdas, pintar dan cantik. Jangan puteriku memusnahkan semua kurniaan Ilahi itu wahai puteriku. Ayah sangat pilu melihat keadaan puteri yang ayah cinta ini menderita. Jangan disebabkan cinta manusia bernama Adam puteri ayah ini hilang segala tawa dan rianya. Ayah yakin puteri ayah akan berjumpa seorang yang lebih baik dari dia. Bangkitlah puteri ayah yang tercinta. Masa depanmu masih panjang. Lakarkan ia secantik mungkin. Jadikan ia pelangi yang terindah dalam hidupmu wahai puteriku. Kamu masih muda, belia dan remaja. Gunakan kecerdasan dan kepintaran akalmu untuk agama dan negara. Jangan kamu tangisi hidupmu dan terus berduka. Ayah sentiasa disisimu, menyokong setiap pergerakan nadi hidupmu wahai puteriku. Ayuh, bangkitlah dari segala kesedihan hidupmu. Teruskan berjuang untuk hidupmu. "

Satu nasihat tulus seorang ayah buat puteri tercinta yang sangat dikasihi. Ayah mana yang mampu melihat anak yang dikasihi terus musnah di depan mata sendiri, anak yang dahulu sangat riang bertukar muram, anak yang sihat menjadi sakit, jatuh ego seorang lelaki bergelar ayah dihadapan puteri yang sangat dikasihi. Jatuh air mata untuk puterinya. Tak sanggup untuk melihat puteri yang remaja itu terus rebah kerana cinta manusia.Terasa kalau dapat ditukar posisi kedudukan diri, akan ditanggung segala penderitaan anak tercinta. Itulah kasih, sayang dan cinta seorang ayah buat puterinya. Selama ini mungkin si aayah banyak berdiam diri, tapi bila satu saat si ayah bersuara, kesayuan itu terasa. 

~Keep us close to You.Until the end of time..Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fee khair~

Sebuah Kenangan


Terasa sudah lama tak update blog kepunyaan yang mencatat pelbagai kisah ini. Heeehee...last upload bila entah. Ini mencuri waktu lunch untuk menulis sedikit. Rasa minggu ini amatlah busy di tempat kerja. Sampai rasa tak cukup kaki nak berjalan (ayat macam apa kan). Bukak belog hari-hari tapi tak mampu nak update. Ada nak join contest yang blogger buat pun tak sempat (agak terkilan di situ iye)..

Ini mengimbau balik sebuah kenangan zaman sekolah dahulu. Zaman yang waktu itu tersangat indah. Tapi sebagai manusia biasa..tidak pernah nak rasa bersyukur dan menghargai apa yang dia ada dan miliki. Waktu persekolahan dulu, beria nak habis cepat sekolah, nak masuk matrik/u, bila dah masuk u, teringat balik zaman sekolah yang tak perlu pikir apa-apa except pikir belajar aja. Tak perlu pikir masalah lain. Bila dekat u mcam2 masalah yang terpaksa dihadapi seiring dengan menginjaknya usia kita ni kan.

Zaman persekolahan la waktu yang sangat menarik dan akan dikenang sepanjang hayat kita. Bak kata mama aku, waktu sekolahlah waktu paling best dalam hidup...ouh..aku rasa sangat beruntung dan bertuah kerana waktu sekolah aku adalah antara memori dan kenangan yang paling indah dalam hidup aku walaupun ada sesetengah perkara (satu sahaja kot) yang kalau boleh diundur balik waktu aku akan buat yang terbaik dan tidak memandang perkara lain. Namun, setiap apa yang sdah berlaku telah tersurat di dalam Qada n Qadarnya. 

Zaman sekolah dulu, aku boleh dilabel sebagai pelajar yang gila ber'persatuan'..memang minat persatuan, sukan kuarang minat sebab tak suka benda yang melibatkan fizikal. Lebih cenderung kepada aktiviti yang melibatkan berjumpa dengan ramai orang dan merancang sesuatu dan melaksanakan sesuatu kepada persatuan. Dulu masa form 4, aku nih agak nakal la, sampai skip class mode math, malas nak beljar, pergi library pergi baca majalah..apa punya student la..yang peliknya bukan aku sorang wat gitu, half class buat gitu..ini bukan class calang-calang, class 4ul wat gitu sampai merajuk cikgu math aku tuh..maafkan saya cikgu..huhuhu( lepas itu aku insaf sebab aku dapat teruk mode math masa fom 4..huhuhu)..

Okeylah..nak sambung kerja..dari minggu lepas lagi aku duk sibuk buat audit chemical legal checklist nih..memang aku jadi pakar la bab-bab CPL Regulation 1970 nih..muahaha..sapa-sapa nak amek aku kerja, silalah amek aku, aku akan set up satu prosedur legal untuk company yang amek aku bekerja..sure tiptop chemical korang nanti aku jaga..hehehe ( ada ke yang nak amek aku, belajar tak habis lagi nih)

~Keep us close to You.Until the end of time..Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fee khair~

Maafkan Saya

Ungkapan maaf yang paling tepat untuk aku gambarkan kepada apa yang telah terjadi sepanjang perkenalan singkat antara kami berdua. Maafkan saya awak kerana saya hanya manusia biasa. Selama mana saya dapat berselindung dari peribadi sebenar saya. Apa yang terjadi antara kita mungkin telah dimaktubkan oleh Allah yang kita berdua sendiri tidak tahu apa rencana Ilahi buat hidup kita ini. Tempoh perkenalan kita yang singkat tidak memungkinkan kita untuk mengenali dengan lebih lanjut peribadi masing-masing. Ketahuilah awak, untuk mengenal peribadi seseorang ialah satu proses sepanjang hidup kerana walau sepasang suami isteri yang telah lama berkahwin pun masih tidak dapat mengetahui peribadi sebenar pasangan secara 'total'. 

Saya banyak kelemahan dan kekurangan. Pernah satu waktu saya menerima seadanya kita berdua, supaya kita saling melengkapi, seikhlas mungkin hati saya cuba untuk awak, segala pintu cinta buat insan lain saya kunci sekemasnya bagi memberi ruang pada hubungan kita. Tapi, mungkin saya belum mengenali siapa dan bagaimana awak sebenarnya. Dan awak juga belum mengenali saya bagaimana. Kita datang dari dua hidup yang sangat berbeza. Jujurnya, saya senang dengan penerimaan keluarga awak pada saya sekeluarga. Namun, bagaimana pula hati kita berdua kerana yang ingin melanjutkan hidup alam rumah tangga ialah kita berdua. Pernikahan ialah satu ikatan yang paling suci yang menyatukan dua hati, menghalalkan satu perhubungan. Waktu itu saya yakin yang awak ialah yang terbaik untuk saya. Tapi, dugaan itu tetap mendatang. Semakin hari kita menjauh antara satu sama lain. Sesi pembelajaran saya di tahun akhir membuatkan tekanan melampau pada diri saya dan secara tak langsung awak terkena tempiasnya. Kadang-kadang kesabaran saya sudah tiada kemucak. Bak gunung berapi sahaja. Saya minta maaf awak.Atas apa yang saya lakukan terdahulu. Itu kekhilafan saya. Saya tahu awak tak baca luahan saya. Tapi ini cara saya untuk melepaskan apa yang terbuku di hati sanubari ini. 

Apa yang berlaku, sepanjang perkenalan singkat kita ini, pastinya telah ditentukan oleh Allah. Apa jua jawapan yang saya beri satu masa dahulu adalah satu jawapan terbaik dari saya seorang manusia biasa yang terlalu kotor dengan noda-noda hitam silam.Namun, saat saya begitu yakin dengan apa yang kita lalui, saat saya melepaskan segala titik-titik hitam hidup saya, segalanya bagai berputar 360'. Sebagai manusia biasa, saya tetap meletakkan keyakinan yang tinggi kepada Allah bahawa setiap yang berlaku mempunyai hikmah yang kita sendiri tak tahu. Dan dalam hikmah itu tersembunyi rahmat. Halalkan segala yang pernah saya termakan dan terminum dari awak. Dan awak ialah manusia paling baik pernah saya kenali, sehingga saya merasakan saya tidak pantas untuk awak. Semoga apa yang kita berdua lalui bakal lebih mematangkan kita berdua dalam membuat satu keputusan.

~Keep us close to You.Until the end of time..Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fee khair~

Kau Tempat ku Meminta


Allah engkau dekat penuh kasih sayang
Takkan pernah engkau biarkan hamba-Mu menangis
Karna kemurahan-Mu
Karna kasih sayang-Mu

Hanya bila diri-Mu
Ingin nyatakan cinta
Pada jiwa yang rela dia kekasih-Mu
Kau selalu terjaga yang memberi segala

Allah Rahman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi
Allah Rohman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi

Di setiap nafas di segala waktu
Semua bersujud memuji memuja asma-Mu
Kau yang selalu terjaga yang memberi segala

Setiap mahluk bergantung pada-Mu
Dan bersujud semesta untuk-Mu
Setiap wajah mendamba cinta-Mu cahaya-Mu

Yaa Allah Ya Rahman
Yaa Allah Yaa Alllah Yaa Allah
Ya Nurul Qolbi
Yaa Allah

2010 Kian Berlabuh

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan Selamat Malam..

Sedar tak sedar yang tahun 2010 bakal melabuhkan tirainya..sekejap sangat satu tahun itu berlalu dalam hidup kita di dunia yang cukup indah ini. Benarlah dunia ini ialah perhiasan, dan seindah perhiasan ialah wanita solehah. Terasa baharu sahaja aku menjejak ke tahun 2010, terasa baru lagi aku menjadi pelajar tahun ketiga, hakikatnya aku sudah berada di tahun ke-4. Perjalanan hidup yang sangat singkat amat terasa pada tahun 2010 ini. Apa kesimpulan yang dapat dibuat sempena tahun ini. Difikir-fikirkan, aku tak meletakkan apa-apa target untuk tahun ini rasanya (betul ke tak, lupa, sebab terhanyut dalam indahnya dunia). Bila di semak balik rupanya ada targetnya.

Dengan membiarkan tahun ini berlalu mengikut putaran roda yang sepatutnya, bermacam kejutan dan surprise yang aku terima untuk tahun 2010. Ada yang baik, dan ada yang tak baik pun pastinya ada. Biasalah, lumrah kehidupan tidak selalunya indah dan ceria. Memasuki tahun 2010 dahulu, aku cuba bangkit dengan 1 semangat extravaganza sempena perginya 2009 dari hidup. Bermacam target yang aku letakkan untuk aku capai (ini aku tengok dalam diari aku, kalau tak memang lupa punya sebab dah lama kan).ngeh..ngeh..ngeh 

Salah satu targetnya ialah aku mahu menjadi lebih kuat menempuh hidup. Dan alhamdulillah, target itu tercapai. Target yang lain banyak juga yang tercapai. Tetapi satu-satunya target yang tidak berapa tercapai ialah i want to change myself to the better life phrase to the Creator. Target ini pada awalnya boleh dijalankan dengan baik, namun, kita ialah perancang terbaik, namun Allah penentu segalanya. Tetapi, segala yang baik itu datangnya dari Allah, dan segala yang buruk itu ialah dari kelemahan diri aku sendiri sebagai manusia yang punya nafsu dan keinginan untuk hidup ini.

Bulan-bulan awal 2010, aku menjadi seorang perempuan yang sangat gagah,kuat dan segalanyalah (wallaweh..cayalah aku gagah..hehe). Mana taknya, erti dan perkataan 'Penat' memang dinyahkan terus dari kamus hidup aku. Hujung minggu waktu yang paling ditunggu setelah penat berhempas pulas belajar (padahal bukan belajar sangat, pergi kelas balik kelas..hekhek...belajar la weh..), mana taknya, setiap kali ada test aku beria study..dan masih aku ingat nota Solid Waste Management, aku buat tau sebelum exam lagi.Mana taknya aku minat sakan dengan subjek itu. Tapi bila time exam (hari jumaat last paper) aku dapat sakit perut menyebabkan aku tak boleh tidur 1 malam.Terasa nak nangis pun ada mengenangkan esok adalah paper yang aku minat. Memang sah dan konfem esoknya tumpuan aku terganggu. Badan dan otak penat sebab jadual exam sem 6 ialah antara yang terpadat. tapi, bila result kuar nasib baik tak failed. Dapat B- kot..huhuhu (sedey :( ) Dan pointer juga mencapai target 3 above..All praises to Allah.

Hujung minggu sem 6, aku menghabiskan banyak masa bersama kawan-kawan dan kawan. Bermacam pertemuan di atur dan plan dirancang sehinggakan sampai sekarang aku tak percaya yang itu ialah aku. Sehingga kegilaan aku dan obsesnya aku sehingga ke final exam yang mana aku sanggup keluar sebelum paper Kawalan Vektor yang susah itu. Sampai sanggup aku bawak nota semata untuk keluar. Akhirnya nota hanya jadi saksi aku pelajar yang tegar keluar time orang berhempas pulas study. Tapi aku sempatlah cover balik semua study itu. Lupa, aku kuar bersama kawan baik aku eh..(sama-sama sengal time exam, bawa kereta melompat-lompat gara-gara kereta manual, malamnya jam kaki sebab jam).

Senang cerita, awal tahun 2010, banyak perkara tak sepatutnya aku buat, aku dah buat dan langgar. Habis segala azam hidup aku lupakan. Pegangan yang aku pegang semua terbang bagai cebisan atom yang terbang di atmosfera bumi.

Bermulanya hari lahir aku ke-22, aku mula terfikir dan berubah sedikit demi sedikit. Memandangkan aku menyedari bahawa usia aku sudah sampai satu tahap aku harus berfikir serius tentang hidup. Ini bukan waktu untuk aku 'enjoy-enjoy girl' lagi. Aku sudah mampu untuk memikirkan apa yang harus aku buat dalam hidup. Aku tekad untuk meninggalkan perkara lama itu. Namun, perkara yang tak elok ini akan terus menyesak fikiran. Hanya tuhan yang tahu betapa susahnya aku menahan dan menepis benda ini dari menghantui seluruh hidup dan pemikiran aku. Bermacam cara aku lakukan untuk melupakan perkara itu. Dan jalan yang aku ambil ialah seperti sekarang. Aku tahu mungkin pada sesetengah pandangan mata manusia, apa yang aku ambil ini tiada bezanya dengan kehidupan aku yang lalu, mungkin sama sahaja. Tapi empunya diri tahu apa yang dia buat. Apa sebab dia buat begitu. Sebab itu jangan sesuka hati nak hakimi seseorang. Aku gembira dengan kehidupan sekarang, dengan adanya keluarga dan teman-teman yang sentiasa mendokong aku, aku jadi senang dan sangat bersyukur. Dan paling aku bersyukur kerana aku lahir dalam Islam. Aku lahir dalam keluarga Islam, membesar dan bersekolah dalam persekitaran Islam dan kerana itulah, yang sentiasa menarik aku kembali ke pangkal jalan.

Sem 7 aku hadapi dengan bermacam dugaan. Hidup ini ialah medan untuk menguji kesabaran manusia. Tapi, sangat bersyukur kerana aku kuat hadapinya. Salah satu cabaran yang besar ialah, perang perasaan sewaktu musim final exam. Susah tau, dahla tengah exam, study week, berperang dengan perasaan. Sampaikan aku harus memotivasi diri sendiri. Tapi, syukur sangat-sangat, pengorbanan aku berbaloi dengan keputusan exam yang sangat tak dijangka. 

Kecantikan, kemewahan, dan apa-apa ke lagilah bukan jaminan untuk bahagia. Betul kan? Kebahagiaan itu subjektif. Akan aku terus untuk mencapai apa yang aku inginkan dalam hidup ini. Banyak lagi nak share tapi rasanya dah terlalu panjang dah. 2010 bakal pergi..Semoga tahun depan 2011 memberi satu cahaya baru dalam hidup kita sebagai manusia dan khalifah di muka bumi ini. Wallahualam..

~Keep us close to You.Until the end of time..Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fee khair~

Terima Seadanya

Assalamualaikum dan Selamat Malam.
Entri kali ini bertajuk 'Terima Seadanya'..
Kenapa tajuk ini yang dipilih...

Sebab aku nak mengomel sedikit berkaitan benda ini.Ungkapan terima seadanya memang sangatlah senang untuk dibicarakan dan dituturkan oleh semua orang. Tapi nak praktikkannya, bagaimana pula? Adakah ianya sesenang menuturkannya? Siapa bilang senang, memang aku tabik dekat dia. Bagi aku, perkara ini bukan sesenang yang dituturkan. Benda ini sangat susah. Cakap senang, bila terkena pada diri sendiri, barulah tahu, susah nak praktik.Itulah hakikatnya kehidupan kita sebagai khalifah Allah di muka bumi.

Nak cari 'kesempurnaan' sangat susah. Kerana dalam dunia ini tidak ada yang sempurna melainkan Allah Azzawajala..Diri kita pun tak sempurna. Sehebat manapun manusia di persada dunia ini, pasti ada kecacatan dan kelemahannya juga. Kita inginkan orang yang 'perfect', hakikatnya diri kita tak perfect..Kita tak boleh nak ubah orang itu sebagaimana ikut acuan kita. Melainkan kalau bayi yang masih kecil, di mana kita boleh mencorakkan dia mengikut acuan kita.

Mencari kesempurnaan amat susah. Apa kata kita belajar menerima seadanya. Dan juga belajar untuk terima pandangan dari orang lain. Mana yang baik kita ambil jadikan panduan, mana yang buruk, jangan jadikan ikutan.Dan belajar juga untuk lebih berhati-hati dalam hidup ini kerana tak semua orang sama dengan kita.

Kenapa aku cakap begitu? Sebabnya setiap insan itu berbeza, latar belakang keluarga yang berbeza, didikan dan asuhan yang berbeza dan persekitaran membesar dan hidup yang berbeza. Aku tak nafikan ini semua ialah faktor kepada pembentukan karektor seseorang individu itu. 

Sebagai contohnya diri aku sendiri, dibesarkan dalam keluarga yang tegas. Secara automatik aku menjadi tegas. Tapi aku masih ada budi bicara dalam ketegasan aku. Bukan bererti setiap kata aku harus dipenuhi. Bukan begitu. 

Kesimpulannya, hidup kita ini banyak bergantung kepada orang sekeliling kita. Kita tak boleh nak menyombong diri kerana adanya kita seperti sekarang adalah dorongan dari orang-orang rapat dengan kita. 

Di sini aku nak say thanks kepada keluarga aku, teman-teman yang sentiasa bersama aku dan insan-insan yang sentiasa di hati aku dan sentiasa aku sayang. Terima kasih kerana sudi menerima aku dalam hidup anda semua..


~Keep us close to You.Until the end of time..Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fee khair~

Ujian Pada Diri

Hidup ini penuh dengan ujian. Dan Allah tak akan menguji seorang hambanya di luar kemampuan hambanya. Aku sedang diuji..walau sekuat mana hati aku, walau setabah mana aku sekarang, aku tetap punya hati dan perasaan. Walau aku cuba mengeraskan hati aku, aku tetap manusia, khalifah di muka bumi ini. 

Keadaan yang terjadi menyebabkan aku berfikir banyak kali. Saat aku mula menerima, kenapa saat itu dia semakin menjauh dari hidup aku..Bukan aku tak sedar perkara itu..LAtar belakang keluarga yang berbeza, pelajaran yang berbeza, persekitaran yang berbeza, terimalah aku seadanya. Kerana aku manusia biasa, tak lari dari buat silap. Dan ikatan pernikahan itu adalah ikatan yang menyatukan dua hati. Ikatan yang menghubungkan dua jiwa.. Bermulanya hidup yang baru selepas itu. Tanggungjawab bertambah. 

Diri aku, hanya aku yang tahu. Post yang agak pelik kali ini. Aku pohon maaf andai keputusan muktamad yang bakal aku buat tidak memuaskan hati ramai pihak. Kerana aku punya hidup aku. Aku banyak buat salah. Aku tak mungkin dapat membina satu manusia yang soleh/solehah andai diri aku masih tidak sempurna. Aku masih dalam proses mempelajari balik ilmu itu..yang telah lama aku hanyut dalam dunia yang indah ini.

Seorang kawan selalu menasihati aku "Sejarah lama jangan di ingat" 
Tapi bagi aku berbeza, "sejarah lama itu yang kena ingat, kerana itulah yang membuat kita lebih berhati-hati dalam hidup, yang guide perjalanan hidup kita masa depan supaya kita dapat mencorak hidup baru" Ini ialah pendapat aku.

Moganya aku ini tabah dan dapat berfikir berlandaskan ilmu yang benar. Wallahualam.

~Keep us close to You.Until the end of time..Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fee khair~

Repent

"Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman agar kamu beruntung". (Surah an-Nur: ayat 31)

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.. Selamat petang buat semua. Baru lepas mandi punya entri dan baru lepas menjengah satu blog dan aku terbaca entri tentang taubat. Aku tak boleh nak 'explain' banyak pasal taubat ni. Sebab aku pun banyak kelemahan. Masa silam aku pun banyak yang tak betul. Apa pun kalau sesiapa yang terbaca blog aku ni, ada kaitan dengan masa lepas aku, harapnya janganlah komen atau mengata aku di belakang. Berdepan dengan aku terus.

Apa yang aku baca dan belajar masa sekolah, pintu taubat itu sentiasa terbuka. Jujurnya pada diri aku, aku takut bila mendengar perkataan 'taubat' ini sebab aku sedar yang aku terlalu banyak menyimpang dari kehidupan yang sebenar 1 masa dahulu. Tapi, semuanya bergantung pada diri kita. Selagi mana matahari belum terbit dari Barat, peluang untuk kita menebus dosa silam masih terbuka..

Buat dia " bimbinglah aku, sayangilah aku, pimpinlah aku menuju syurga yang kekal abadi"..

Sesungguhnya Allah sangat gembira dengan taubat hambaNya daripada gembiranya seorang yang kehilangan bekal bersama untanya di sebuah padang yang tandus kemudian dia mendapatkannya kembali unta itu. (Riwayat Bukhari dan Muslim)


~Keep us close to You.Until the end of time..Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fee khair~

Kerna Aku Insan Biasa : L & G


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan Selamat Tengah hari buat semua..aku pilih tajuk entri aku kali ini, Lost and Gain ~~Wheee...

Apa kaitan dan relation L & G in my life..Banyak kaitan dia kot..hehe..banyak kaitan yang tak terkata. Seperti mana kita semua dah sedar, buat mana-mana yang sedar la kan..tahun 2010 dah nak habis..x sampai 2 minggu lagi akan menjelma tahun baru dengan membawa harapan dan kisah hidup baru..hehe..buat siapa-siapa yang tak sedar itu, tak mengapalah..teruskan lah tidur dlam 2010 ini..ngeh3x..

Saja aku nak berkongsi tentang L & G..untuk hidup kita ini kan, bukan semua benda yang kita nak kita dapat..bukan semua yang kita tak nak akan kita tak dapat. Kadang-kadang kita di uji dengan kehilangan sesuatu yang benar-benar kita nak dan sayang...Puas kita terfikir, mengapa susah sangat kita ni nak bahagia dengan perkara itu...Ada juga situasi di mana contohnya kita nak sangat berjaya dalam pelajaran..kita nak sangat capai target yang kita idamkan..dari start awal masuk universiti sampailah nak keluar uni kita duk bermimpi tentang target kita tuh..alih-alih bila last sem, kita dapat apa yang kita nak..Allah tak bagi apa yang kita nak awal-awal.. Allah bagi bila kita nak habis dah..

Aku menulis ini ada kaitan dengan diri dan kehidupan aku sendiri..Di sebalik aku kehilangan banyak perkara yang aku inginkan dalam hidup, Allah bagi aku anugerah yang tak ternilai untuk aku. Sekarang ini aku hampir menamatkan pengajian aku..semester terakhir aku di universiti..Tahun ini, bukan tahun ini sahaja lah, sepanjang aku dekat universiti nih, 3 tahun setengah dah kan..Masa awal-awal dekat uni, eku impikan untuk Aim sebagus dan sebaik keputusan dalam exam..lagi-lagi bila orang yang dekat di hati aku waktu itu setiap sem dapat naik pentas untuk anugerah Dekan..aku rasa nak jugak merasai pengalaman bagaimana menjadi pelajar yang dapat AD..maklumlah, waktu itu, dia menjadi pencetus semangat aku untuk terus mengorak langkah dengan berjayanya. Tapi, langit itu tak selalunya cerah, kadang-kadang ianya mendung dan hujan lebat dengan tiba-tiba. Dari sem 1 hingga sem 3, result aku memang ngam-ngam makan aja. Waktu titik perubahan aku berlaku, result aku masa sem 4, naik dan waktu itu aku memang sangat-sangat bersyukur. Bila sem 5, aku jatuh sikit, bila sem 6 aku naik balik dan sem 7 adalah anugerah Allah kepada diri aku..aku memang sangat-sangat tak menjangka. dari dulu lagi aku nak benda ini, tapi Allah bagi bila aku dah di semester terakhir. Aku dapat DL juga..alhamdulillah.

Segala syukur aku panjatkan ke atas Allah yang Esa atas pemberian kepadaku ini. Dengan CGPA yang mencapai target. Namun, aku perlu masih berusaha sekuat tenaga di Semester 8 ini untuk buat yang terbaik dalam praktikal dan projek aku.Yakin dengan adanya Allah disisi membuat aku sentiasa bersemangat. Nak dikatakan hidup pada tahun ini tiada cubaan dan dugaan, sama sekali tidak tepat kerana hidup aku penuh dengan cubaan dan dugaan. Itu ialah asam dan garam dalam kehidupan aku. Bukan semua yang kita nak dalam hidup kita akan dapat terus, mungkin ianya memakan masa. Allah itu maha Pendengar, Allah itu Maha Pengasih, Allah itu Maha Penyayang. Dia akan makbulkan semua doa hambanya yang tulus dan ikhlas berdoa kepadanya. Aku sedar perkara ini lama sudah, dan dengan apa yang aku dapat, lebih menguatkan keyakinan dan rasa kehambaan aku kepada Allah. Iyelah, di saat ini, aku banyak kehilangan perkara dalam hidup. Aku kehilangan benda bernilai dalam diri aku, kalau nak diputarkan waktu pun dah tak boleh. bak kata peribahasa melayu "terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan buruk padahnya"..betul ke ayat aku nih..aiseh!! tengok gaya ayat, bukan macam dapat A1 masa SPm dulu ( dah hilang skill buat esei sejak tinggalkan zaman sekolah).

Disebalik kita kehilangan, kita juga mendapat sesuatu, aku anggap ini ialah anugerah Allah kepada aku, disaat diri aku hampir terhanyut kembali, Allah sedarkan aku balik, Dia paut aku balik ke pangkuan. Semuanya di bawah kekuasaannya. Cuma sebagai insan biasa, kita juga ada harapan, dan aku sandarkan harapan itu kepada Allah. Biarlah Dia yang menentukan. Selagi aku terus bernafas..selagi itulah aku tetap berharap pada Allah. Tidak guna berharap pada manusia yang akhirnya kita sendiri tak pasti. Janji manusia itu tak pasti, tapi janji Allah itu PASTI. Manusia sungguh indah berjanji, bagai kata-kata yang ditanam didasar lautan nan indah..pepasir pantai menjadi saksi janji itu, namun..sekelip mata boleh mungkir. Daripada Allah kita datang dan kepadaNYA kita kembali. Wallahualam. Semoga kebahagiaan terus mengiringi hidup kita semua..Ameen..:)

~Keep us close to You.Until the end of time..Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fee khair~

Alkisah Tayar

Assalamualaikum semua. Aku nih nak berkongsi alkisah semalam. Hari yang penuh dugaan..Hehe..Alkisahnya aku balik dari kerja, nak keluar dari security punyalah panjang 'jam'nya sampaikan aku memang naik buhsan. aku terus aja lah start kereta..punyalah panjang 'jam' sehingga aku tak sedar akan kepelikan kereta aku waktu tuh..huhu..then, kereta viva depan aku nih duk asyik usha kat belakang kereta aku jerk..dalam hati aku apa pasal minah 2 orang nih pandang-pandang kat aku..then, sorang tuh keluar pergi kat tepi..

" awak, saya rasa tayar belakang awak pancit"

Blurp!!!~~~terkejut badak aku mendengar..mak aihh..aku dahla penat kerja seharian.tiba-tiba tayar kereta buat hal la plak..huhu..aku tak sempat nak say thanks kat dia dek kerana aku terkejut sangat-sangat da!!then, aku kasik lepas dulu security tu, aku park kat tepi..aku turun, waaaa~~~ini sudah pancit sakan.otak aku dah blur, mana pernah kot aku ada pengalaman tayar pancit..sob3x..kalau enjin tak hidup banyak kali la gak..boleh la aku duk godek2 enjin kat depan..ini tayar beb..memang kempis tahap gaban la weh..

Then, dalam kepala otak aku, sorang aja yang aku ingat..(sebab aku kenal dia aja kat sini lagipun dia kawan u aku)..cepat jer aku call..nasib baik ada si Ruby sekali dengan aku takder la kaget dan malu sangat weh..

" Hello, ko kat mana weh da balik belum...cepat tolong aku...huhu.."

"Napenya beb?aku kat motor nih, tak balik lagi"

"cepat datang dekat bahagian ....tayar kereta aku pancit"

aku memang serius gelabah dan blur gila tatau nak buat apa da~~i seh....then, datangla member aku nih..memang kena gelak habis la dulu b4 dia tolong tuh..she tahan she..tahankan aja dia gelakkan ko..huhuhu..

Lepas itu, dia tanya aku ada tak tempat nak angkat tayar kete..aku cakap macam tak ader..alamak.!! camane nih..ayoookk..then datanglah tuan punya kereta innova kat tepi tuh tanya kenapa kereta..aku pun laju jer jawab..tayar kereta pancit..huhuhu..then, dia berusaha la tolong gak pakai dia punya perkakas dalam kereta dia..tapi..kesiannya, tayar kereta dia besar, tak berapa ngam la dengan nat-nat tayar aku nih..then, dia panggil dia punya anak buah(aku rasa dia ni boss besar gak la bahagian QC)..anak buah dia datang 2 orang plak tu satu myVi satu kenari..so, pakailah yang myVi punya sebab myvi tu sampai dlu...

Member aku nih lah yang berpeluh pulun duk menukar tayar kereta aku nih.hehe..kesian kat ko..aku nak tolong pun aku tak reti nak angkat tayar pun macam tak larat..haha...then..siaplah tayar sudah di tukar..

Masa penukaran tuh aku call my dad la kan duk sibuk-sibuk bercakap pasal tayar dan my dad suruh pergi cek tayar tuh kenapa pancit dan pergi repair dan tukar balik kepada tayar asal..sebab tayar spare kan tak der la boleh tahan sangat..PErgi tampal tayar habislah dalam rm 5...tukar balik tayar asal..sebab nak samakan rim jgak..

HAri ni, aku jadi fobia dengan tayar...sob3x..asyik2 teringat kes tayar tuh..:(

~Keep us close to You.Until the end of time..Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fee khair~

Bersyukur Atas Pemberiannya

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..Pagi ini aku pergi kerja seperti biasa, dalam hati tidak ada rasa berdebar sikit pun. Tapi,bila sahaja sampai di pejebat, aku buat air milo, lepas itu aku pergi buka laptop, teringat la yang keputusan exam UiTM dah keluar. Aku macam biasa akan buka email. Alih-alih nampak emel fasal result exam dekat inbox...

Hadiah dari mama for the 1st my milestone..
DUBDAB jantung aku waktu tuh..apa lahi aku terus jer kelik open la kan..perasaan masa itu tak boleh nak diungkap rasanya..bila dah skrin laptop paparkan resultnya, aku pandang banyak kali..Aku tengok subjek kat atas sekali ada Ergonomic n EIA, aku tengok ergo B, EIA A, aku lega sekejap..then aku tengok la semuanya..Alhamdulillah..All praises to Allah for what i got. Terus aku call ma aku kat rumah masa itu jam 7.40 pagi. Memang aku sebak kot tengok keputusan, sebab sesuatu yang aku tak jangka pun, dan itu namanya rezeki.Syukur sangat-sangat ke hadrat Allah sebab memberi aku terlalu banyak perkara dalam hidup ini. Walau aku merasakan banyak perkara aku hilang, di saat aku kehilangan itu masih ada sinar kasih tuhan buat umatnya. Aku yang hampir berputus asa dalam hidup, aku yang kehilangan separuh jiwa aku, namun Allah masih menyayangiku. Dia berikan aku satu warna pelangi yang selama ini aku impikan. Memang ianya terlambat, tapi aku syukur kerana aku dapat merasa di alam universiti ini.Walau aku menggunung tinggi impian dan cita-cita masa awal masuk dulu tak tercapai dek kerana kelemahan diri aku snediri, namun, segalanya adalah ketentuan Ilahi..

Perasaan bersyukur sangat-sangat amat tak terluah. Aku berniat nak belanja keluarga aku makan-makan nanti habis praktikal. Nanti dapat elaun sebanyak RM300 sebulan yang aku dapat nih. Jumlahnya bukanlah banyak tapi setakat nak makan-makan bolehlah..3 bulan praktikal rm900..okeylah untuk makan-makan kecil2..

Entahlah, terasa diri ini amat kerdil, masa silam aku yang aku tinggalkan, betapa aku hinanya di mata Tuhan waktu itu..terhenjut memohon pengampunan darinya..biar beribu kali orang nak mengata aku, aku tak kisah, yang penting hal aku dengan tuhan aku..

Terasa hangatnya kasih sayang tuhan waktu aku hampir putus asa sekali lagi, Dia hadiahkan aku pelangi yang aku inginkan. Aku hilang jiwa separuh aku, tapi aku dapat pelangiku..Syukur. Semoga jiwa aku tetap kuat untuk menghadapi hari-hari yang akan mendatang. Semoga pelangi yang aku inginkan terus menyinari sleuruh hidup aku. Ameen..
Wassalam..

~Keep us close to You.Until the end of time..Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fee khair~

Esok kerja

Ni post n3 sebelum tidor..aku mau tdo dah..awalnya sheaza tido..mana tak awal..esok pkul 5.30 dah nak bangun nak pergi kerja pukul 7 tuh..aiseh..Biasalah jadi trainee dekat kilang besar...wokes..ini schedule terbaru aku sebagai trainee Safety, Health and Environment Executive..

8.00 am - 5.45pm (Monday-Friday)
1.00 pm- 1.45 pm (Lunch break)

Selamat malam semua. Moga mimpi yang indah..

~Keep us close to You.Until the end of time..Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fee khair~