Showing posts with label Hal Semasa. Show all posts
Showing posts with label Hal Semasa. Show all posts

Segmen: Aku Ini Wanita


Okey..aku join lagi segmen abang ben yang bertajuk AKU INI WANITA..hehehe..ini hanya untuk wanita sahaja la kot.

Apa yang aku nak luahkan dalam segmen ini iyer. adoi..ketandusan idea. Okey. Aku ini ialah seorang perempuan yang bergelar anak, kakak,dan pelajar. Belum lagi bergelar isteri dan ibu tapi dapat merasai penderitaan kaum wanita yang di dera mental dan fizikal oleh suaminya. Ada beberpa point yang aku nak highlight di sini tentang Wanita.

Pertama, jangan ingat wanita ini lemah, kerana wanita ini sebenarnya kuat. Kalau tidak percaya, cuba tengok macam mana seorang ibu tunggal boleh besarkan anak-anak sampai berjaya. See~~

Kedua, jangan ingat wanita ini penakut. Kenapa aku cakap begitu..sebab ramai lelaki suka meragui keupayaan wanita. Mereka ingat wanita ini penakut, walhal wanita ini sangat berani lagi-lagi kalau untuk penuhi kemahuan yang sangat dia inginkan. Pernah berlaku pada aku yang selama ini aku bukanlah seorang yang berani tahap gaban tu kan, tapi dek kerana kemahuan hati yang sangat-sangat nak benda itu, aku menjadi berani untuk menghadapi semua halangan dalam perjalanan aku mendapatkan apa yang aku nak.

Ketiga, wanita ini bijak.notis tak dekat banyak ipta/ipts, ramai kaum wanita kan yang konker tempat2 kat sana. So, wanita nih memang ada akal dan fikiran yang cerdas yang melayakkan mereka untuk seiring dengan lelaki. Kalau satu waktu dahulu, waktu awal kemerdekaan, ruang dan tempat untuk kaum wanita sangat terhad, dan wanita hnya diberi tugasan untuk di dapur, tapi sekarang, kaum wanita melebihi lelaki di universiti. Bukti dah cukup kot yang wanita ini bijak.(hehehe,lelaki bijak jugak tapi suka rosakkan diri)

keempat, wanita ni cerewet dan suka membebel. Aku memang suka membebel. Tak payah cakap wanita lain, cakap pasal aku sudah. Sini nak story siket, masa aku kuar dgn seorang kawan lelaki, dia nih tak bape nak expert kereta manual, sebab selalu bawa auto kan. sekali itu memang dekat traffic light, kereta manual itu undur ke belakang balik. Apa lagi aku dengan segala kuasa veto terus..bum bam bum bam...cepat2, tekan cluch, tekan minyak separuh angkat cluch separuh..lepas sume..cewahh...gaya macam cikgu class memandu plak aku masa itu..kalut la weh, dah keta belakang duk hon. malu weh aku dalam keta tuh. Dan aku start membebel. Bla..bla..bla...Lelaki cool ajer..

Kelima, wanita suka pujian. Iyer ke, kalau bagi aku, aku suka dari orang yang aku sayang dan dekat di hati aku. Sebab aku sayang dia, so, aku suka dengar dia puji aku. Tapi aku tak nafikan ramai wnita suka pujian. Tapi kalau aku hanya suka dengan orang yang aku cinta sahaja. Buat kita rasa gembira kot. Kalau pakai kasut baru ke, mesti nak tayang-tayang depan dia, suruh dia tengok, dan bila dia cakap cantik la kasut u baru beli..kita senyum aja..haha..nakal la weh aku dulu-dulu..terlebih nakal dari budak-budak. 

Cukuplah kot..nak cerita lebey2..macam malas la plak..esok kerja..nak tido~~zzzzz

Lupa..nasihat untuk lelaki...

"Jangan mainkan perasaan seorang wanita, sekali wanita itu cinta seorang, cintanya bukan main-main. Jagalah wanita elok-elok kerana wanita itu perhiasan dunia.. Semua mata akan terpesona dengan wanita..sebab itu lah lelaki boleh lemah dengan seorang wanita. Dan jangan sesekali sakiti hati seorang wanita (sakit,huhu..smpai berjahit tapi berparut). Dan lelaki mungkin tak sama dengan wanita, apa yang pernah berlaku, wanita akan ingat seumur hidup dia."

Blogger Gegarkan U

Okes. Esok sebenarnya boss aku nak tengok evidence legal. tapi aku nih memang la gatal tangan lagi nak menulis untuk join segmen belog abg ben nih. Tajuk segmen dia kali ni ialah 'Blogger Gegarkan U' !! 
Benda yang perlu dilengkapkan ialah ...ngeh..ngeh..ngeh...



    1. Belajar mana ? Jurusan ? Tahun ?
      Belajar dekat Uitm, jurusan Sains Kesihatan dah final year..semester 8 da pun tengah sibuk berpraktikal..hehe
    2. Asal mana ? Umur ?
      Asal Kelantan (eh aku nih campur, kelantan ada perak ada..melaka ada..hehe)..umur 22 tahun 8 bulan..maaa...dah tua jugak rupanya..uhuk uhuk..
    3. Kenapa amik jurusan itu ?
      Nape yer amek..nak aku jujur ke tak jujur..?? sejujurnya..aku amek bidang nih sebab dia ada kombinasi bio dan kimia..masa aku isi borang u dulu..aku tengah angau bercenta 1st time. so kami wat ala2 mou..si dia amek fizik aku amek bio n chem (mcm sengal la plak) ..sebenarnya aku mmg la minat berkaitan sains kesihatan nih..so, aku letak pilihan num 2, alih2 dapat..pilihan pertama diatetik x dapt..dapat num 2..so, bila dah jadi final year aku dah nampak lubang-lubang yang aku nak gali dan terjun dalam masa bape2 tahun ni. Doakan moga aku berjaya. Ameen..
    4. Cita cita .. peewwittt ..
      Cita-cita aku ialah untuk menjadi seorang Safety & health officer yang akan bukak consultant sendiri once a day. sebelum itu aku nak cari pengalaman banyak-banyak. cari kenalan ramai2..dan for sure aku nak further master n phD dan kalau berkesempatan aku nak jadi Pensyarah..Ameeen...(mmg aku nak jadi pensyarah dan target aku ialah aku nak masuk bidang nih dg lebih mendalam lagi)

      Okeylah ..itu sahaja dari aku yang merendah diri...........Sheazaluv ~~

Kemalangan Ngeri Bas Persiaran

Aku baru jer lepas mendengar berita tentang kemalangan ngeri melibatkan bas persiaran di Simpang Pulai Perak. Masyaallah..NgEri !! itu jer yang aku boleh ucapkan. Bagi aku bas dua tingkat sangat tak sesuai untuk menuruni dan menaiki bukit kerana ianya tak stabil. Terlalu banyak kes kemalangan melibatkan bas tahun 2010 ini. Aku rasa kes bas di Melaka dulu pun masih baru di ingatan.Kat bawah ni berita tentang kemalangan itu.

IPOH: Dua puluh tujuh pelancong Thailand dan seorang rakyat Malaysia terbunuh selepas bas pesiaran yang mereka naiki terbalik ke dalam longkang di Kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, jam 11.40 pagi tadi.Seramai 22 orang mati di tempat kejadian, empat meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital dan dua lagi di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini. Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof memberitahu pemberita di tempat kejadian bahawa bas itu sedang dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur kerana rombongan pelancong itu dipercayai akan mengambil penerbangan pulang ke Bangkok. Katanya siasatan awal mendapati pemandu bas itu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum bas terbabas ke laluan bertentangan dan terbalik dalam longkang.  Katanya, polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan pada tengah hari telah mengerakkan 100 anggota penyelamat dalam operasi menyelamat.  Rakyat tempatan yang terbunuh itu dipercayai pemandu atau pembantu pemandu bas terbabit.  Menurut sumber Tourism Malaysia pula, seramai 44 pelancong Thai menyertai pakej pelancongan ke Cameron Highlands menggunakan bas dua tingkat milik San Express Holiday dengan nombor pendaftaran AFX 2266 itu yang didaftar di Perak tetapi berpusat di Changloon, Kedah.