Showing posts with label Jom Jalan a.k.a holiday. Show all posts
Showing posts with label Jom Jalan a.k.a holiday. Show all posts

My Draft FYP vs Manhattan Fish



Assalamualaikum...
Wah..sangat-sangat penat mata dan segala macam sel-sel saraf saya nih. Mau nya tak penat dari pagi sampai lah jam 2.30 ini, saya berdepan dengan laptop kesayangan ini. Menyiapkan draft FYP Report dari Chapter 1 hingga 3. Kalaulah saya ada sedikit kerajinan untuk buat semua itu sebelum ini, pasti saya tak akan sepenat dan selelah ini. Itulah, lain kali memang tak boleh pakai dan guna the same attitide right now for the future. For continue Master study nanti memang kena pandai divide masa elok2. Al-maklumlah, kan nak wat part-time..hehehe..(angan-angan sudah ada, degree belum habis lagi).

Masa dyk wat siapkan kerja ini, usha-usha website macam-macam jenis restaurant dan food stall. dan terbaca pasal the Manhattan Fish Market. Dia buat promosi RM10 untuk student. Bolehlah nak merasa. Kita as a student memang tak mampu nak makan sini kalau bukan waktu promosi. Pernah makan sekali aja, masa dia buat promosi Fish and Chip yang harga RM 6.90 hari itu. Tapi harganya masih mahal kalau nak banding dg KFC and Mc'D..sebab dia ad tax, servis charge and kena order air asing. Air paling murah harga 5.90...memang jadi berbelas ringgit jugak la seorang...

Mata memang dah layu benar..Selamat malam semua...Good Night. Assalmualaikum.

Percutian Ini

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.. 
hari ini 19 Mac 2011. Semalam selamat kembali dari percutian yang panjang iaitu 6 hari. Penat jugak bercuti ini. Tapi yang penting, ianya seronok. Ahad sampai Jumaat, memang bercuti sakan. Tapi dalam benak kepala saya ini masih ada sisa dan ruang berfikir tentang project yang masih dalam pembikinan. Macam filem la pulak kan. Bila mau siap nih kalau gini gaya memang saya kena speed sehabis limit bila balik kampus nanti. Macam gini la, duk rumah, banyak plak enjoy ikot lain, kaki tv macam saya memang sangat addicted dengan tv..hehehe..
Alkisahnya, sampai sahaja di Strawberry Park CH petang ahad itu, datanglah terkedek-kedek si deary Feena pada mamanya..hehe..Sejak bilakah nak jadi Mama..(sigh)..dia minta saya dukung, tau, malas nak berjalan lah tuh. Bawa pergi dekat tennis court, bergilir dengan achu dukung si debab nih. Berat dia dah dekat 18kg kot ini budak. Memang berbelit habis tulang belakang saya, dengan pakai wedges lagi menuruni bukit sambil dukung budak debab tuh..hehe..Saya pakai selendang, belit2 dekat kepala, dia pulak pergi tarik..adoi..memang la..banyak kali cakap, adik, jangan tarik..tapi still tarik. Achu kata, ini orang boleh ingat saya mama si Feena nih sebab kami ada iras-iras..hehe..

Bila nak baliknya..pergi ke garden otw nk ke PLus Ipoh tuh...Lepak situ ada turtle..Feena geram sangat dekat turtle nih..asyik jenguk2 jer dalam tuh. Risau takut dia terhumban dalam tuh..


Ini dekat Strawberry Farm..saja ambil gambar banyak2..hehe

 Seterusnya pada hari rabu setelah 2 malam di KL, pergi ke Genting Highlandm 2 malam di sini. Melawat GohTong Strawbeery Farm. Strawberry kat sini mahal sangat. Juah beza dengan harga di CH. Kat sini di jual dengan harga RM15, kalau dekat CH boleh dapat RM7.. double itu..tapi disebabkan nak makan dengan coklat syrup yang dibeli hari itu, beli jugak lah satu walau mahal..
Inilah dia decoration entrance untuk Strawberry Farm GT GH...hehe..Okeylah ..Mau bikin kerja lain pula..:)

~Keep us close to You.Until the end of time..Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fee khair~

Cafe D'Manggis

Cuti Saya

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..
tak tau nak menulis apa since dah lama aku tak update blog nih. Praktikal dah hampir ke penghujungnya, hanya tinggal 3 minggu sahaja lagi. 4 hari bercuti CNY...pergi ke Port Dickson ke Tiara Beach Resort. Pergi hari khamis, 1 malam sudah lah..hehe.. lama-lama bosan plak. Petang itu dalam pukul 5, ma nak g melaka. sbb dah dekat dalam 55km jer ikut Kuala Linggi, Masjid Tanah, itu..oh.. MT sungguh banyak kenangan aku bina di sana..( teringat weh setiap kali gi Melaka). Masa lalu dekat bandar MT tuh, nampak kedai-kedai..dan bank CIMB yang aku selalu pergi untuk kuarkan duit in case ada short duit..bukan in-case tapi memang selalu kot..huhuhu..dan melihat satu masjid..nasib baik aku tak tengok surau kecik tuh...nnt lagi lah aku teringat...waa..bnyak weh kenangan di MT..kenangan pergi bazar ramadhan dan diambil oleh seorang auntie tuh. Tersimpan kemas dalam memori.Dan kenangan pisang di Alor Gajah...dan aku hampir dilanggar kereta..ooouh..

Sampai di bandar melaka, punya la ramai orang...nak parking kena tawaf sejam sebab jam dan parking tak dapat2 pun...ouh..Dataran Pahlawan Mall dah makin besar dan meriah, waktu aku awal2 pergi tahun 2006 dulu dia baru aja buka.. Disini pun teringat aku lari berkejar dalam sini untuk mencari sebuah restoran. dengan time constraint lagi...penat2. Decoration dia sungguh cantik tapi aku tak mampu nak amek gambar banyak-banyak sebab tader orang nak amik kan gambar aku...hehe

Malam itu lepas makan asam pedas hajah mona, abah suruh aku yang drive. Wallaweh..aku ngantuk gak actually..okes..awal tuh sampai mT mmg no problem la sebab aku kan expert bebenar itu jalan. Tapi bila sampai nak g Kuala Linggi aku dah termasuk ke Ramuan China...adoii...dahla jalan berbukit dan pusing2...patahlah balik...aku punya kelemahan kalau bawak kete malam kat tempat yang aku tak biasa...jadi gini lah...hehe

Esoknya pagi2 lepas makan nasik lemak, aku berbasikal sekeliling tiara tuh...best2...x sangka even bertahun da tak naik aku still boleh naik laju2 lagi..hehe...yang bestnya naik basikal yang untuk dua orang itu..macam chumil aje...tapi susah sket orang depan nak handle...dan aku main tembak2 air dekat orang dalam kolam..hehe...amek..padan muka..hehehe

Lepas itu, maku g KL, tdo 1 malam kat KL, and then...aku pun balik sini balik dekat hostel..hehe..


Dinner at Johny Restaurant

Tempat nak rebus sekejap bahan-bahan mentah

Sayur-sayur dia

Again,,yummy

assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...selamat pagi, rasa macam dah lama sangat-sangat tak update belog ini. Tak berkesempatan kerana diri ini sangatlah busy dengan kerja. Semalam elaun praktikal dah dapat. Sikit maa~~ Punah harapan nak dapat full sebab dia tolak accomodation for two months...uhuk..uhuk...tapi tak mengapalah. Mendoakan agar Allah mempermudahkan jalan dan pintu rezekiku selepas tamat belajar. Salah satu dari doa-doa aku pinta kepada Pencipta yng satu. Kerana rezeki itu ialah milik Allah. Dan aku pasti nak kekayaan untuk hidup aku yang mendatang..

Okey. Entri kali ini aku nak share pasal Johny Restaurant..ala kedai makanan steamboat tu la..hehe..dah dua minggu aku meng'usha' kedai ini dan akhirnya dapat jugak aku merasa makan di sini. Macam biasalah, tempat yang dituju pasti di OU. Sebab aku tau nak g situ aja..tapi kat dalam Ou konfem sesat lah kan..hehe..

Makanan dia lebih kepada steamboat la, disamping itu ada jugak la makanan lain macam nasi dan mee. Tapi aku lebih berminat untuk mencuba steamboat dia. Kalau setakat nasi, boleh mencuba dekat tempat lain yang rasanya jauh lebih sedap. So, aku pun ameklah set steamboat yang untuk dua orang makan. Malas nak pilih apa yang nak di makan. Amek set ajer senang. Set dia untuk dua orang makan murah aja, RM 29.90. Tapi kena amek order lain untuk beverages dia. So, aku mengada amek chochalate shake..waa...rasa masam2 kot...hehe..lepas itu aku ngader2 g tambah loh chong..kan da tersembam perut ketat nak habeskan makanan itu sume. Aku try pkai chopstick..best-best..hehe..

Okey, aku suggest kat sapa-sapa yang nak makan kat sini bolehlah try. Tapi aku silap tk amek kuah tomyam. Tak tahu la plak tomyam dia sedap kan. kalau amek kuah tomyam mesti lagi sedap. Aku makan overal kat situ habis dalam rm55. Itu sebab amek banyak. rasanya kalau sapa-sapa yang nak mencuba amek biasa-biasa dalam 40++ je. Okey..boleh mencuba semua..:)

Kenny Rogers Roaster






Assalamualaikum dan Selamat malam. Selamat berhujung minggu semua. Esok hari ahad kan. So, hari orang-orang semua berehat dan enjoy sepuasnya. Bolehlah cari tempat best untuk makan-makan dan menjamu selera. Kali ini aku nak share makanan di KRR-Kenny Rogers Roasters. Makanan dia okey lah dan sedap lah jugak kalau pandai pilih. Hari itu aku tersalah pergi ambil seafood pasta masa itu dia promotion sebab apa tak ingat la plak. Saja mengada-ngada nak try. Harga dia agak best la ..hehe..rm19.90 per plate (betulke aku main hentam per plate nih). Rasanya tak best sangat la pun. At last, aku mengepau makanan kawan aku..hehe..memang mengada sangat la kan..mula-mula gediks nak try menu baru bila dah order, tak sedap, main pas pas kat orang..Rugi tak ambil gambar makanan tuh, kalau tak boleh upload kat sini. Hehe..

Bajet untuk makan kat sini lebih kurang Nandos la. Kat sini standard Nandos la. Lebih kurang RM50- RM60  untuk dua orang makan. Ini aku pergi cek balik bil yang aku makan dulu. Biasalah nak menulis kat belog rajin aja aku mencari gambar dan mnyemak balik bil-bil lama (dalam gambar). 

Okey..bolehlah mencuba KRR dengan segera. Hehe. bagi aku muffin dia sangat bezz...sedap..yummy..rasa nak makan lagi lol..kat atas tuh antara makanan yang aku makan di KRR..

i-city 3 times




1.1.11 pergi i-city untuk kali ke-3. Pergi dengan family achik, maktam dan acu. dan pastinya aku menjadi penjaga kepada si kanak-kanak.riang dan aku menjadi kanak-kanak riang juga. Kalau dulu tak payah bayar sekarang dah kena bayar. RM10 per car. Nak masuk zoo binatang pun kena bayar RM2 per head. Aih..memang berniaga betul-betul la kan i-city nih. Nasib baik masa aku pergi dulu free aja. Cantik pun cantik lagi sebab still baru. Sekarang, banyak lampu dia dah rosak.

Jom Jalan-Jalan 3 Pulau Pangkor

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan Salam sejahtera..Bangun pagi tadi, uwaa..hujan lebat sangat-sangat...aku lepas Subuh tarik balik comforter, tutp muka..nak tido sekejap lagi..(x puas)..haha..tapi dekat pukul 8 pagi aku bangun balik..bukan apa..nak siapkan barang2 nak ke KL balik..nak start latihan industri..oyeeehh..( tak seronok sangat..saja buat oyeeehh)

Kali ni, aku nak ajak korang semua berjalan di PULAU PANGKOR !!! GagAgA...hehe..Aku baru aja pergi sekali..almaklumlah...pergi dulu pun dengan Trip AJK kolej UiTM..kalau tak tak pernah aku jejak sini kot..hehe..aku cadangkan kepada sesiapa yang suka aktiviti outdoor..bolehlah pilih pulau ini sebagai destinasi..

Naik feri dekat lumut ye..Harga feri murah aja..dalam belas-belas ringgit..tak ingat dah sebab perginya bulan May 2009..so, dah luput dalam ingatan..cuma kenangan sahaja yang ada...hehe..(kalau lah hidup lama-lama boleh luput jugak kan bagus..)..

Apa yang menarik kat sini bagi aku ialah...SNORKELING...aku 2 jam snorkeling..habis suntan muka aku waktu tuh..masa ni jugak lah aku mencuba memakai contact lens di dalam air..uwaa...air masin tuh..tapi kan pakai google..hehe..inilah 1st time aku snorkeling...dapat tengok ikan-ikan yang berwarna warni..serius...Cantik sangat..(NAK LAGI)

Selain itu..boleh pergi ke KUBU BELANDA...setakat amek gambar boleh la sebab dia punya landskap cantik la..orait la..lagi satu boleh lihat pemandangan laut dari atas kubu itu..hehe..

tAman ala-ala Cina pun ada...nama tempat aku dah lupa

Yang best ialah shopping makanan laut..murah-murah gak la..aku borong ikan bilis mata biru...sedap :)

tempat menginap jangan risau...banyak sangat2 kawasan penginapan dia...boleh tekan link ini iye..:) 

Pesanan penaja: Jom bercuti di Malaysia..Malaysia indah Malaysia Sejahtera..hehehe

View from upper..


Can you see them??

After snorkeling..fenatnye

Cantik kan pantai dia...macam cermin gitu..

Jom Jalan-Jalan 2





Okes...Next station is Malacca Historical City..Hehe..betol ke nih..ke aku main rembat jer ayat nih..Biar sahaja gambar-gambar di atas berbicara dengan sendiri apa yang menarik dekat Melaka nih..

Aku honestly dah muak dah dengan Melaka nih..mane taknya..aku nih habis SpM, matrik dekat Melaka, lepas tuh, hampir setiap tahunnya bercuti dekat Melaka..Tahun nih sahaja dua kali aku ke melaka..tahun lepas sekali jer kot...masa Chinese New Year dengan bulan bape lagi sekali aku ke Melaka..apa-apa pun makanan yang fames kat sini ialah ASAM PEDAS..kalau pergi melaka tak sah kalau tak makan asam pedasnya..hehe..siap aku besarkan tuh

Kalau jalan-jalan kat sini banyaklah tempat menarik yang boleh pergi antaranya ialah..toing..toing..:::

+berpuluh muzium korang bleh jalan-jalan..kalau nak masuk semua muzium, baik korang duk seminggu kat sana baru puas hati..haha.. aku pergi 2 muzium pun dulu tak larat nak jalan sampai sakit-sakit kaki..aku duduk jer..bagi kawan aku yang jalan-jalan(orang 1st time datang melaka masa tuh)

+aku suggest kat korang, Muzium Samudera yang bentuk kapal Flor de Amor tuh..best muzium nih...korang akan rasa seram sejuk sikit..hahaha percayalah jangan percaya

+A-Famosa: kalau larat naik lah sampai atas..aku nak tercabut kaki nak sampai kat atas..dari atas boleh la tengok pemandangan lautnyer..

+Taming Sari Tower-ni best jugak..bayar RM10, dalam masa 15 minit, korang akan naik pada ketinggian 100m kalau tak silap dan menara berpusing itu membolehkan kita tengok pemandangan satu bandar Melaka (serius cantik)

+Malacca River Cruise..Bayar RM10 jer ..kanak-kanak macam biasa RM 5 je..dan korang akan menyulusuri sepanjang bandar melaka..bolehlah lihat beberapa tempat kat situ.Aku dah naik benda nih 3kali..kalau pergi lagi, tak nak dah aku naik.kalau waktu malam best, tapi, kena tahan bau busuk sungai melaka..haha

+Dataran Pahlawan Mall-tempat shopping baru..kalau tak silap hujung tahun 2006 dia dah siap..masa nih aku g rasmi la jenguk2 kawasan dia..haha..masa tuh kan duk matriks melaka..aharks..sekarang dah siap semuanya..dengan ada wayang GSC kalau tak silap..x pernah pergi lagi..(dan kat sini jugaklah aku berkejar-kejar cari tempat nak kena bayar toooot..penat seh aku berkejar-kejar macam main apa sorang-sorang.)

+Masjid Selat...betul2 tepi laut..pergilah best..

Kalau yang pergi untuk bermalam dekat sana, jangan risau banyak sangat deretan hotel-hotel..tinggal keluarkan duit sahaja untuk bayarnya..hehe..Di bawah ni, aku letakkan beberapa jenis hotel dan rates sekali:::

Hotel Budget
Hotel Aldy Thoo Hotel Chinatown-RM120++

Hotel Standard(2 stars)
Hotel Accordian-RM80++( dekat dengan Putra Specialist Hosp)
Hotel Naza Tallya-RM160++

Superior (3 stars)
Straits Meridian Hotel-RM130++
Grand Continental Hotel-RM145++
Emperor Hotel Melaka-RM150++
Hotel Orkid-RM170++

First Class Hotel
Avillion Legacy Hotel-RM190++
Bayview Hotel-RM230++

Deluxe Hotel (5stars)
Equatorial Hotel
Renaissance Hotel
The Majestic Malacca
Holiday Inn Melaka
(Harga biasanya dalam RM250 above)


Wokes, banyak-banyak hotel yang aku senaraikan kat atas, hotel yang aku pernah stay ialah Bayview Hotel-agak banyak kali jugak la masa zaman-zaman matriks dulu. Family aku datang mesti stay sini. Makanan best. Bilik selesa sangat-sangat. Ada gym. Ada swimming pool yg best dan masyuukk..Selain tuh aku pernah duduk Hotel Emperor..makanan biasa aja, bilik air pun biasa (tapi aku seram sikit dengan hotel nih). Hotel Orkid-okeylah hotel nih..bilik tak der besar sangat but not bad..makanan biasa aja..tak boleh lawan Bayview beb !!



Untuk hotel selain dari hotel bandar..antara hotel yang aku suggest dekat sesiapa yang nak pergi Melaka, bolehlah try stay dekat hotel@resort berikut(aku dah try):

1. Puteri Resort Ayer Keroh
2.Everly Resort Melaka(tepi pantai)
3.Ismah Beach Resort(dekat pengkalan balak, dekat aja dengan matrik melaka..)

p/s: aku berada dalam mode nak berjalan@holiday trip sebab itu asyik post tempat menarik aja..

Jom Jalan-Jalan 1



Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh..
Sempena musim cuti akhir tahun ini, aku sahaja nak kongsi beberapa lokasi menarik untuk percutian semua, tak kisah la, percutian keluarga ke, honeymoon ke, trip bersama kelas ke, trip dengan kawan-kawan ke..jogging ke...yang penting sekali tempat itu boleh korang semua enjoy..

Namanya ialah Bukit Tinggi yang terletak di Pahang. Jaraknya dari KL dekat sahaja..dalam 45-60 minit..ala dalam sejam jer kot..hehe..sure korang rasa terhibur kat sini. dan aku yakin masa-masa cuti sekolah ni, banyak aktiviti yang akan ada dekat sini...aku dah ke sini kalau tak silap 4 kali kot. Lupa la pulak weh berapa kali pergi..

Untuk sesiapa yang bercadang nak menginap di sini, bolehlah menginap di sini, tapi aku cakap awal-awal, dia punya hotel agak mahal..so, spare la duit banyak-banyak..hehe..Kalau time school holiday, rates hotel boleh cecah RM250.00 untuk bilik paling murah...yang mahal x yah citer la eh..Tapi aku pun rasa rates hotel sekarang makin naik..tapi try la korang booking online, mana lah tahu murah..Kalau korang dapat bilik dekat loteng, itu tak berapa best sebab ianya menyempitkan ruang...Kalau untuk family, biasanya dia ada bilik yang dua tingkat ada dua katil besar dan dua bilik air..tak silap rates dia dalam rm500...kalau aku tak silap la..Rates paling murah yang pernah ditawarkan kalau tak silap RM170++ without breakfast..(orait la tu kan)

Apa yang menarik kat sini yer, hurm..

+ kat sini adalah tempat yang ala-ala Italy punya tempat...ala-ala bangunan classic inggeris style pun ada, so, kalau tak dapat pergi sana..pergi sini pun dah cukup lah..
+kat sini adanya Rabbit Park, tapi kat bawah tau, bukan kat atas..apa yang bestnya..macam-macam arnab yang korang boleh main dan pegang
+nak horse-ride pun boleh
+Japanese Village..best, bolehlah nak rasa pengalaman ala-ala orang Japan..kat situ bolehlah nak try baju kimono..(aku tak pernah try, nak g skli lagi nak try..hehe)
+ada swan putih dengan hitam dlm pond..bolehlah korang nak bergmbar dg swan
+untuk photoshoot, memang sangt cantik..:)

Oh lupa nak kasik tau, entrance fee dia RM12 ringgit per person la..kalau children rasanya lagi murah..dengan bayaran tuh korang boleh pergi ke semua tempat2 menarik nih..kalau korang stay kat Colmar Tropicale Hotel kat sini, entrance fee korang dapat refund balik..

Jom, apa lagi di tunggu, Jom Jalan-Jalan Malaysia...:)

Ini dia pemandangan dari tower Colmar Tropicale..dari atas tower nih dapat lihat pemandangan bukit-bukau yang sungguh indah..sebelah side lagi dapat tengok pemandangan Colmar Tropilcale ni la..

Top class punya bathroom..best tau..enjoy the bathing...hehe