Showing posts with label Cinta Hati. Show all posts
Showing posts with label Cinta Hati. Show all posts

To You :)

Untuk dia Cinta Hati saya..
Terima Kasih kerana begitu menyayangi saya..
Memang saya tak pernah memuji kamu..
Nampak seperti saya tak pernah nampak kebaikan, keikhlasan dan kejujuran kamu..
Maafkan saya..untuk terlalu banyak menyusahkan kamu sejak kamu kenal saya ..
Namun, jauh di sudut hati saya, 
Saya teramat menghargai apa yang kamu buat pada saya...
Saat saya jauh dari keluarga, saat saya memerlukan pertolongan..
Kamu sentiasa ada membantu..
Terima kasih kerana menyayangi saya kerana saya ialah saya..
Bukan kerana keduniaan semata..
Terima kasih krana dapat menerima segala kebaikan dan keburukan yang ada pada saya..
Saya doakan perjalanan hidup kita berdua akan diberkati Allah dan dipermudahkan jalan kita berdua..


Di Dalam Hati

Alhamdulillah..sudah hampir menyiapkan 50% mengambil sampel untuk FYP saya. Huhu. Tak sangka, di saat-saat terakhir saya di universiti, semua ini berlaku. Sesuatu yang memang tak akan terduga oleh akal fikiran saya. Semoga ianya kekal abadi, dan diakhiri dengan restu Ilahi dalam masa terdekat ini. Syukur juga ianya tak berlaku awal lagi. Sekarang pun terasa amat lama untuk mengakhiri sesuatu itu. Iyer, waktu dulu masa remaja tak terlintas pula waktu yang lama itu..tapi sekarang, ingin berusaha bersungguh ke arah itu. Semoga Allah mempermudahkan segalanya. Amiin ya Rabbal Alamin..

~Keep us close to You.Until the end of time..Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fee khair~

Harus Belajar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Post baru balik dr Uitm PA dan keluar bersama kawan-kawan ke OU pakai baju kurung di hari Sabtu yang indah..(habis setangki minyak kereta dr Bukit Beruntung-PA-OU-Rawang-BB)...makan minyak jugak kereta aku nih. Memang dasyat la..hehehe...Jarang jalan2 sakan sebab itu tak terasa biasanya.

Terasa diri aku ini masih terlalu cetek dengan ilmu kekeluargaan dan rumah tangga. Bila dah nak habis universiti nih, perancangan tuhan yang kita tak sangka..senangnya untuk menyayangi seseorang..Dan waktu ini perasaan ingin menoktahkan perhubungan itu dengan perkahwinan sangat2 terasa kuatnya. Kami sedar yang hubungan cinta tanpa perkahwinan terlalu banyak dugaan. Perkahwinan yang dilihat sebagai satu solusi untuk perhubungan cinta bukan boleh dilihat dari satu sisi sahaja. Aku melihat perkahwinan ialah satu titik permualaan hidup baru, yang mana satu proses pengenalan dan memahami antara satu sama lain berlaku. Kenal bertahun bukan bererti kita kenal dia 100%. Sebabnya kita hanya kenal separuh daripada dirinya sahaja. Dan bagi pasangan yang ingin berkahwin haruslah memantapkan ilmu rumahtangga dan ilmu mendidik anak-anak. 

Perkahwinan yang aku impikan, solat berjemaah yang dilakukan setiap hari dan kalau boleh jika berpeluang ialah solat jemaah setiap kali waktu solat bersama keluarga, mengalunkan alunan zikir dan bacaan Al-Quran bersama..Suami yang boleh mengimamkan keluarganya. 

Hati kecil aku, menerima dia seadanya tanpa mempersoalkan apa masa lalunya, kerana setiap dari kita punya masa lalu. Dan aku mengharapkan yang dia tidak mempersoalkan masa lalu ku. Yang penting masa hadapan yang harus dilalui. Walau ramai berkata, harus dipilih masa lalunya, namun, bagi aku, siapa aku untuk terlalu 'demand' dengan seseorang. Aku bkan sempurna, untuk mencari kesempurnaan itu susah. Tiada yang sempurna di dunia ini. 

Setiap perkahwinan itu telah ditetapkan dengan rezekinya. Bagi yang masih baru dalam bekerja, dan ingin mendirikan rumah tangga pastinya soal wang yang menjadi satu isu yang memb uatkan kepala ini pening memkikirkannya. Perempuan, tak fikir sangat, lelaki memang kena teliti dan fikirkan semasaknya. Walaupun aku tak perlu sediakan duit untuk mas kahwiin dan hantaran, tapi sekarang pun sudah mula merencanakan belanjawan yang harus dibuat untuk nak bina masjid itu nanti. Paling kurang jena ada 10000 untuk urusan walimah dan hantaran. Sekarang semua kos meningkat. Dalam hati terfikir, sempat atau tak nak kumpul duit dalam masa 1 tahun sebanyak 10k. Dalam kepala fikirkan nak beli kereta dan sebagainya. Tapi, eloknya fikirkan yang mana penting dahulu. Pabila sampai waktu dan ketika, nikah itu hendaklah dilaksanakan. 

Benda yang paling aku nak sekarang, nak belajar balik ilmu agama dan al-quran. Dah lama nak belajar benda ini, dari awal tahun 2010 lagi, waktu aku membeli tafsir ar-rahman yang besar supaya mudah urursan membaca. Namun sampai kini hasrat itu tak tercapai. Target aku, sebelum menamatkan zaman single nih, aku nak belajar balik semua itu. (moga dipermudahkan segala urusan aku).

p/s: semoga ikatan yang terbina ini terus kekal dan kita dipermudahkan untuk membina 'masjid' itu nanti

~Keep us close to You.Until the end of time..Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fee khair~

Buat Semua

Buat dia yang hadir dalam hidupku...thanks a lot...u have fulfill my heart with ur love. Terasa sangat lama untuk membina 1 masjid. Terasa juga, di usia ini approximate 23years, too many things need to achieve..banyak sangat yang kena rancang betul-betul untuk hidup. Kadang-kadang terfikir balik yang waktu aku jatuh cinta di usia 16 tahun dahulu. Betapa perjalanan hidup itu masih teramat jauh. Sedangkan di usia 23 tahun ini pun dapat dirasakan betapa lambatnya untuk menoktahkan satu hubungan dengan terbina satu masjid yang menghalalkan segala perhubungan dua manusia..

Usia saat ini 22 tahun 9 bulan. Lagi 3 bulan bakal menjengah ke 23 tahun. Semoga semua perancangan yang dirancang untuk diri sendiri dapat dijalankan sebaiknya. Semoga pintu rezeki aku sentiasa murah dan semoga jalan-jalan kejayaan terus menghampiri dan mengiringi perjalanan hidup aku. Alangkah indah andainya aku punya satu nama yang membawa satu erti untuk masyarakat sekitarku. Sesungguhnya, kita ialah perancang yang terbaik, namun di tangan Allah ialah penentu segalanya. Dan pastinya ketentuan diberikan adalah yang terbaik untuk kita.

p/s: semakin hari kasih dan sayang itu semakin kuat terasa. Betapa ini satu cubaan yang harus kita tempuhi..

~Keep us close to You.Until the end of time..Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fee khair~

Deep in My Heart

Sejujurnya aku tak tahu nak letak entri ini tajuk apa sebab memang aku tak tahu topik apa yang aku nak bicarakan di sini. Cuma ianya ialah berkaitan dengan hidup aku. Ini blog aku, jadi, tak apalah aku nak post entri apa-apa pun selagi tak ganggu hidup orang kan. Mama kata dalam hidup ini ada kos menerima dan kos melepas. Bila aku fikirkan balik, ianya memang benar. Tak semua yang ada dalam dunia ini kita akan dapat. Nak tubuh kurus, kena la berkorban selera makan, korban masa untuk senaman, dll. 

Syukur yang tak terhingga kepada Pencipta Yang Maha Satu yang memberi peluang pada aku, insan biasa yang penuh palitan noda-noda silam ini terus bernafas selama 22 tahun 8 bulan ini. Selama tempoh ini terlalu banyak pengalaman yang aku kutip pada satu perjalanan bernama "kehidupan". Aku mencuba melupakan segalanya. Bertahun aku melupakan dan membina hidup baru. Aku manusia yang rebah dan lemah pada satu perkara iaitu cinta manusia. Hingga ianya hampir mengorbankan nyawa aku pada satu masa dahulu. Hanya aku dan Penciptaku yang mengetahui apa yang benar-benar berlaku, kerana itulah aku tersedar dan terus bangkit dan bangkit. Tapi hidup ini sentiasa ada pasang dan surutnya kan. 

3 tahun tempoh yang lama, hati aku tertutup untuk menerima kehadiran mana-mana lelaki untuk menjengah pintu hatiku. Dalam tempoh itu, aku hanya berteman, berkawan, bersahabat tapi untuk lebih dari itu, aku memang tak bersedia langsung. Bukan setakat tak bersedia, hati aku memang kosong. Tak ada makna langsung. Aku hidup hanya untuk diri aku dan keluarga aku sahaja. Tiada perasaan untuk hidup bersama orang lain yang istimewa. Pernah aku mencuba untuk terima seseorang, namun, aku sedar, ia hanya obsesiku . Aku hanya obses sebulan sahaja untuk dia. 

Namun, setelah apa yang terjadi tahun lepas, setelah mama dan abah mengadakan perbincangan dengan aku kerana satu peristiwa itu, aku mula berfikir sedikit demi sedikit tentang hati dan perasaan aku. Sampai bila aku nak tutup perasaan aku ini. Mama pernah berkata " kakak dulu lama-lama 3 tahun dekat u, tak akan tak ada orang suka ke, kakak suka ke ..." Apa aku jawab " kalau nak boleh sangat tapi kakak jer yang tanak, macam-macam yang tak kena" . Ayat aku memang power la kan, padahal aku cuba menipu diri aku sendiri waktu itu, walau aku tahu, aku sedang menipu diri aku, aku takut untuk menyayangi orang, jadi aku sentiasa nampak susah untuk satu perhubungan untuk dibina, aku masih takut dengan perkara silam yang terjadi, aku masih takut. 

Tapi, bila mama dan abah berbicara secara terbuka, aku mula untuk terima dan belajar menerima seseorang, namun, aku juga yang memilih jalan akhirnya.Allah lebih mengetahui disebalik apa yang terjadi. Di sebalik pilihan aku itu. Pemergian aku dari hidup seseorang, pemergian aku untuk melepaskan segala cinta yang aku kejar selama ini. Pemergian aku untuk orang yang sangat aku cintai, pasti direncanakan olehNYA yang aku sendiri tak tahu. Tapi, aku sangat bersyukur kerana, aku kuat untuk menempuh hidup setelah keputusan nekad yang aku pilih. Malah, di tahun terakhir aku ini, aku mampu mengharung banyak cabaran hidup. 

Sekarang, aku tak sedar bila masa, bila mana hati ini terbuka untuk seseorang. Yang pasti, bila aku dah mula menyayangi, aku memang sayang benar-benar, kerana aku rasa sangat-sangat sakit kalau ada apa-apa berlaku antara aku dengan dia. Dah lama kot aku tak rasa macam ini. Semoga, hari-hari mendatang aku memberi satu pelangi dan matahari untuk hidup aku akan datang. Masa depan yang masih lagi panjang, yang perlu aku corakkan secantik, seunik mungkin. Enshaallah..bi iznillah ..semuanya akan berjalan dengan baik. Berkat doa mama yang sangat aku sayang.Dan doa nenek, doa keluargaku yang lain. Moga hidup aku akan mendatang akan lebih bermakna. :)


Kerasnya Hatiku

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan Selamat Petang..Post ini mungkin bunyinya agak jiwang.Aku nak menulis tentang diri aku sendiri. Ini blog aku kan. Bolehlah aku nak tulis apa pun. Entri ini pendek tapi bererti buat aku. Setelah apa yang berlaku dalam hidup aku, ramai orang kata hati aku menjadi keras dan susah nak lembut untuk terima orang. Adik aku sendiri pun dah cakap gitu. Sampai dia cakap dia tak sabar nak tahu siapa orang yang akan dapat lembutkan balik hati aku. hidup aku seperti kupu-kupu...aku terbang tinggi mencari tempat yang cantik untuk hinggap, kemudian aku terbang, terbang dan terbang. Jauh..jauh dan jauh. Adik aku pernah bagi tahu aku...

" kenapa kakak setia macam ni, tak pernah tengok orang sesetia kakak..padahal dia khianati cinta kakak, kakak memang cinta sangat dia "

Apa pun hanya aku punya alasan kenapa aku jadi begitu. Dan untuk bangkit dari perkara lepas itu, aku bina semangat dengan kekerasan hati..yang buat aku tak punya perasaan untuk sesiapa lagi. Mungkin hati aku penuh dengan kebencian pada awal-awal aku bangkit untuk pulih. Namun, aku buangkan semua kebencian, tiada lagi kebencian, hanya ada harapan untuk bahagia seperti insan-insan lain bergelar wanita.

Dan aku sangat optimis dan pasti yang bahagia itu ialah milikku satu masa nanti. Hati aku sudah tidak sekeras dahulu. Masa itu mengajar aku. Usia itu membuat aku berfikir, sampai bila aku nak tutup pintu hati ini, ia datang tanpa aku pinta, ia datang dengan sendiri tanpa aku sedar, tapi yang pasti, untuk hidup aku beberapa bulan lepas, aku tidak curang, iya. aku tidak curang. Aku setia pada satu ikatan itu. Sehingga kita sendiri yang memutuskan apa yang terbaik untuk hidup kita. (tutup kisah ini yang hanya setitis dari air lautan)

Masa ini, aku mencuba dan mencuba untuk menerima seseorang seadanya. Aku juga banyak salah. Tiada yang sempurna. Aku pelarian dari waktu silam. Betapa ku cuba melupakan apa yang pernah berlaku, semakin ia menyesakkan fikiran aku. Tapi, aku akan terus mencuba dan mencuba melupakan semua itu.

~Keep us close to You.Until the end of time..Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fee khair~

Thank You

It is a time for me to say thanks to someone who has always with me in all my condition i have. Aku nak ucap thanks banyak-banyak dekat dia. Aku tak pasti sama ada dia baca ke tak blog aku ini. Kalau dia baca, rasanya dia boleh agak pada siapa aku tujukan ucapan ini.

Buat masa ini tiada kata yang dapat aku ungkapkan tentang apa yang ada di hati saat ini. Biarlah waktu yang menentukan. Biarlah ianya menjadi rahsia peribadi dahulu. 

Cuma, untuk dia, aku ucapkan berbanyak terima kasih sebab banyak membantu aku, menahan segala karenah aku yang memang sedia panas baran nih, dan sudi berkawan dengan aku. Dan juga sudi menyayangi aku seadanya. 

Tak boleh cakap banyak di sini kerana ianya terlalu peribadi. Thanks  a lot.

~Keep us close to You.Until the end of time..Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fee khair~

Buat Puteri Ayah

Satu nasihat seorang ayah buat seorang puteri tercinta saat puterinya itu sedang bermuram. Tiada senyum lagi di bibir. Hanya deraian air mata menangisi setiap perjalan hidup.

" Puteriku tercinta, ayah tidak tegar melihat kamu memusnahkan kehidupanmu dari semasa ke semasa. Puteriku harus bangkit dan tabah untuk menghadapi semua ujian ini. Puteriku, seorang yang cerdas, pintar dan cantik. Jangan puteriku memusnahkan semua kurniaan Ilahi itu wahai puteriku. Ayah sangat pilu melihat keadaan puteri yang ayah cinta ini menderita. Jangan disebabkan cinta manusia bernama Adam puteri ayah ini hilang segala tawa dan rianya. Ayah yakin puteri ayah akan berjumpa seorang yang lebih baik dari dia. Bangkitlah puteri ayah yang tercinta. Masa depanmu masih panjang. Lakarkan ia secantik mungkin. Jadikan ia pelangi yang terindah dalam hidupmu wahai puteriku. Kamu masih muda, belia dan remaja. Gunakan kecerdasan dan kepintaran akalmu untuk agama dan negara. Jangan kamu tangisi hidupmu dan terus berduka. Ayah sentiasa disisimu, menyokong setiap pergerakan nadi hidupmu wahai puteriku. Ayuh, bangkitlah dari segala kesedihan hidupmu. Teruskan berjuang untuk hidupmu. "

Satu nasihat tulus seorang ayah buat puteri tercinta yang sangat dikasihi. Ayah mana yang mampu melihat anak yang dikasihi terus musnah di depan mata sendiri, anak yang dahulu sangat riang bertukar muram, anak yang sihat menjadi sakit, jatuh ego seorang lelaki bergelar ayah dihadapan puteri yang sangat dikasihi. Jatuh air mata untuk puterinya. Tak sanggup untuk melihat puteri yang remaja itu terus rebah kerana cinta manusia.Terasa kalau dapat ditukar posisi kedudukan diri, akan ditanggung segala penderitaan anak tercinta. Itulah kasih, sayang dan cinta seorang ayah buat puterinya. Selama ini mungkin si aayah banyak berdiam diri, tapi bila satu saat si ayah bersuara, kesayuan itu terasa. 

~Keep us close to You.Until the end of time..Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fee khair~

Maafkan Saya

Ungkapan maaf yang paling tepat untuk aku gambarkan kepada apa yang telah terjadi sepanjang perkenalan singkat antara kami berdua. Maafkan saya awak kerana saya hanya manusia biasa. Selama mana saya dapat berselindung dari peribadi sebenar saya. Apa yang terjadi antara kita mungkin telah dimaktubkan oleh Allah yang kita berdua sendiri tidak tahu apa rencana Ilahi buat hidup kita ini. Tempoh perkenalan kita yang singkat tidak memungkinkan kita untuk mengenali dengan lebih lanjut peribadi masing-masing. Ketahuilah awak, untuk mengenal peribadi seseorang ialah satu proses sepanjang hidup kerana walau sepasang suami isteri yang telah lama berkahwin pun masih tidak dapat mengetahui peribadi sebenar pasangan secara 'total'. 

Saya banyak kelemahan dan kekurangan. Pernah satu waktu saya menerima seadanya kita berdua, supaya kita saling melengkapi, seikhlas mungkin hati saya cuba untuk awak, segala pintu cinta buat insan lain saya kunci sekemasnya bagi memberi ruang pada hubungan kita. Tapi, mungkin saya belum mengenali siapa dan bagaimana awak sebenarnya. Dan awak juga belum mengenali saya bagaimana. Kita datang dari dua hidup yang sangat berbeza. Jujurnya, saya senang dengan penerimaan keluarga awak pada saya sekeluarga. Namun, bagaimana pula hati kita berdua kerana yang ingin melanjutkan hidup alam rumah tangga ialah kita berdua. Pernikahan ialah satu ikatan yang paling suci yang menyatukan dua hati, menghalalkan satu perhubungan. Waktu itu saya yakin yang awak ialah yang terbaik untuk saya. Tapi, dugaan itu tetap mendatang. Semakin hari kita menjauh antara satu sama lain. Sesi pembelajaran saya di tahun akhir membuatkan tekanan melampau pada diri saya dan secara tak langsung awak terkena tempiasnya. Kadang-kadang kesabaran saya sudah tiada kemucak. Bak gunung berapi sahaja. Saya minta maaf awak.Atas apa yang saya lakukan terdahulu. Itu kekhilafan saya. Saya tahu awak tak baca luahan saya. Tapi ini cara saya untuk melepaskan apa yang terbuku di hati sanubari ini. 

Apa yang berlaku, sepanjang perkenalan singkat kita ini, pastinya telah ditentukan oleh Allah. Apa jua jawapan yang saya beri satu masa dahulu adalah satu jawapan terbaik dari saya seorang manusia biasa yang terlalu kotor dengan noda-noda hitam silam.Namun, saat saya begitu yakin dengan apa yang kita lalui, saat saya melepaskan segala titik-titik hitam hidup saya, segalanya bagai berputar 360'. Sebagai manusia biasa, saya tetap meletakkan keyakinan yang tinggi kepada Allah bahawa setiap yang berlaku mempunyai hikmah yang kita sendiri tak tahu. Dan dalam hikmah itu tersembunyi rahmat. Halalkan segala yang pernah saya termakan dan terminum dari awak. Dan awak ialah manusia paling baik pernah saya kenali, sehingga saya merasakan saya tidak pantas untuk awak. Semoga apa yang kita berdua lalui bakal lebih mematangkan kita berdua dalam membuat satu keputusan.

~Keep us close to You.Until the end of time..Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fee khair~

Kerana Hidup Itu Indah

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Post baru lepas makan dan keluar bersama aunty chu tersayang di bandar Rawang. Hujung minggu yang sangat panjang kerana ada 4 hari cuti. Macam-macam bermain di benak fikiran. Almaklumlah, loan dan elaun dah masuk. Memang happy la sakan kan. Hehe.

Hidup ini amat indah. Kerana indahnya hiduplah menyebabkan kita tak sedar berlalunya usia dengan begitu pantas sekali. Esok bakal masuk tahun baru 2011. Dan usia kita bakal bertambah satu tahun lalu. Bak kata orang, rumah kata pergi, kubur kata mari. 

Kalau boleh, tadi masa duk sembang dengan aunty, kalau boleh saya tak nak jadi dewasa sebab dewasa ini lebih banyak cabaran dari alam remaja cintan cintun ini. Menginjak dewasa inilah kena berfikir apa yang perlu kita buat dan lakukan dalam hidup. Nak tak nak kita kena fikir tentang masa depan. Itu ialah penting untuk difikirkan. 

Masa depan inilah yang amat susah untuk dicorakkan. Mana taknya, bermacam cabaran dan dugaan yang melanda. Tapi, itulah namanya hidup, kita kena follow sahaja hidup ini kan. :)

Buat adik saya..ehem2..rupanya dalam diam ada ubi. tak bagi tau pun pada saya anda 'dirisik' hehehe..Itulah, sedap cakap kat orang, kan dah kena.It's your turn.What the miracles for both of us my dear sis..What ever happen, i always beside you, support you my dear.

~Keep us close to You.Until the end of time..Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fee khair~

Berikan aku Cinta



Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa


Senyuman setiap hari yang dilemparkan satu masa dahulu, tidaklah menggambarkan hati yang sebenarnya. Senyuman untuk menutup segala kesedihan dan keperitan hati empunya diri. Senyum yang tak berti bahagia..ada yang masih kosong didalam hati bergelar insan biasa.


Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina


Pertemuan dengan adam dalam hidup menimbulkan bermacam cerita cinta..namun setiap yang mendatang dipenuhi dengan cubaan hidup..seakan hidup ini terlalu sukar untuk dihadapi, tapi hakikatnya itulah hidup.


Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta


Ya tuhanku, aku memohon kau berikan aku cinta...untuk menjadi teman hidup dikala sepi dan gembira...berikanlah aku cinta sejati, yang dapat bersama saat duka dan ria...


Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta


Aku juga ingin bahagia dan berhak bahagia seperti insan lain yang berbahagia..Restuilah perjalanan hidup aku..berikanlah aku cinta yang dalam halal dan ikhlas semata kerana-Mu tuhan..

p/s : post tiada kena mengena dengan gambar. tapi ada gak la..hehe

Caring is Loving

Caring is Loving ..
Boleh pakai ke frasa ni agak-agaknya. Setiap orang lain pendapatnya. Dan aku juga ada pendapat dengan frasa ini. Bila sebut, bunyinya macam sedap sahaja kan. Very nice phrase..:) Satu sahaja soalan aku pada sesiapa yang baca entri ini. Kenapa perlu kita 'caring'? 

Jawapan aku ialah sebab kita 'loving' dia. Tak ada orang yang caring, tapi benci dekat orang la. Kalau caring mesti sebab sayang dekat orang itu. Contohnya, kita caring dekat kawan-kawan, apa maknyanya? Mesti kita sayang mereka kan.Tak adanya nak caring kalau tak loving. 

Sempena nak masuk tahun baru ini, sempena nak habis belajar ni, aku nak memberi sehabis caring buat insan-insan yang aku sayang (macam tak boleh percaya aja, pandai ke aku nak caring orang? Mestilah pandai..hehe). Mungkin ada beberapa kejutan yang akan aku bagi buat hati-hati yang sentiasa hidup dalam diri aku. Hati-hati yang sentiasa memberi sinar dan memberi bunga-bunga dorongan saat aku dalam kesedihan dan dilanda pelbagai cabaran dalam hidup. Ketahuilah wahai hati-hati yang aku sayang, yang aku sangat memerlukan kalian semua dalam hidup aku.

Hidup kita di dunia ini, apa yang kita ada dan dapat, apa yang kita miliki, kejayaan yang kita dapat, tak akan terhasil tanpa adanya hati-hati yang sentiasa mendokong pergerakan hidup kita sehari-hari. Aku ingin mengucapkan terima kasih buat hati-hati yang aku cinta dan sayang. Aku caring pada kalian semua. Mungkin aku tak mampu menuturkan betapa aku sayang dan cinta kalian, tapi, perbuatan aku melafazkannya.

p/s: sayang,cinta,kasih..semua itu mempunyai makna dan maksud yang berbeza..


~Keep us close to You.Until the end of time..Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fee khair~

Terima Seadanya

Assalamualaikum dan Selamat Malam.
Entri kali ini bertajuk 'Terima Seadanya'..
Kenapa tajuk ini yang dipilih...

Sebab aku nak mengomel sedikit berkaitan benda ini.Ungkapan terima seadanya memang sangatlah senang untuk dibicarakan dan dituturkan oleh semua orang. Tapi nak praktikkannya, bagaimana pula? Adakah ianya sesenang menuturkannya? Siapa bilang senang, memang aku tabik dekat dia. Bagi aku, perkara ini bukan sesenang yang dituturkan. Benda ini sangat susah. Cakap senang, bila terkena pada diri sendiri, barulah tahu, susah nak praktik.Itulah hakikatnya kehidupan kita sebagai khalifah Allah di muka bumi.

Nak cari 'kesempurnaan' sangat susah. Kerana dalam dunia ini tidak ada yang sempurna melainkan Allah Azzawajala..Diri kita pun tak sempurna. Sehebat manapun manusia di persada dunia ini, pasti ada kecacatan dan kelemahannya juga. Kita inginkan orang yang 'perfect', hakikatnya diri kita tak perfect..Kita tak boleh nak ubah orang itu sebagaimana ikut acuan kita. Melainkan kalau bayi yang masih kecil, di mana kita boleh mencorakkan dia mengikut acuan kita.

Mencari kesempurnaan amat susah. Apa kata kita belajar menerima seadanya. Dan juga belajar untuk terima pandangan dari orang lain. Mana yang baik kita ambil jadikan panduan, mana yang buruk, jangan jadikan ikutan.Dan belajar juga untuk lebih berhati-hati dalam hidup ini kerana tak semua orang sama dengan kita.

Kenapa aku cakap begitu? Sebabnya setiap insan itu berbeza, latar belakang keluarga yang berbeza, didikan dan asuhan yang berbeza dan persekitaran membesar dan hidup yang berbeza. Aku tak nafikan ini semua ialah faktor kepada pembentukan karektor seseorang individu itu. 

Sebagai contohnya diri aku sendiri, dibesarkan dalam keluarga yang tegas. Secara automatik aku menjadi tegas. Tapi aku masih ada budi bicara dalam ketegasan aku. Bukan bererti setiap kata aku harus dipenuhi. Bukan begitu. 

Kesimpulannya, hidup kita ini banyak bergantung kepada orang sekeliling kita. Kita tak boleh nak menyombong diri kerana adanya kita seperti sekarang adalah dorongan dari orang-orang rapat dengan kita. 

Di sini aku nak say thanks kepada keluarga aku, teman-teman yang sentiasa bersama aku dan insan-insan yang sentiasa di hati aku dan sentiasa aku sayang. Terima kasih kerana sudi menerima aku dalam hidup anda semua..


~Keep us close to You.Until the end of time..Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fee khair~

Ujian Pada Diri

Hidup ini penuh dengan ujian. Dan Allah tak akan menguji seorang hambanya di luar kemampuan hambanya. Aku sedang diuji..walau sekuat mana hati aku, walau setabah mana aku sekarang, aku tetap punya hati dan perasaan. Walau aku cuba mengeraskan hati aku, aku tetap manusia, khalifah di muka bumi ini. 

Keadaan yang terjadi menyebabkan aku berfikir banyak kali. Saat aku mula menerima, kenapa saat itu dia semakin menjauh dari hidup aku..Bukan aku tak sedar perkara itu..LAtar belakang keluarga yang berbeza, pelajaran yang berbeza, persekitaran yang berbeza, terimalah aku seadanya. Kerana aku manusia biasa, tak lari dari buat silap. Dan ikatan pernikahan itu adalah ikatan yang menyatukan dua hati. Ikatan yang menghubungkan dua jiwa.. Bermulanya hidup yang baru selepas itu. Tanggungjawab bertambah. 

Diri aku, hanya aku yang tahu. Post yang agak pelik kali ini. Aku pohon maaf andai keputusan muktamad yang bakal aku buat tidak memuaskan hati ramai pihak. Kerana aku punya hidup aku. Aku banyak buat salah. Aku tak mungkin dapat membina satu manusia yang soleh/solehah andai diri aku masih tidak sempurna. Aku masih dalam proses mempelajari balik ilmu itu..yang telah lama aku hanyut dalam dunia yang indah ini.

Seorang kawan selalu menasihati aku "Sejarah lama jangan di ingat" 
Tapi bagi aku berbeza, "sejarah lama itu yang kena ingat, kerana itulah yang membuat kita lebih berhati-hati dalam hidup, yang guide perjalanan hidup kita masa depan supaya kita dapat mencorak hidup baru" Ini ialah pendapat aku.

Moganya aku ini tabah dan dapat berfikir berlandaskan ilmu yang benar. Wallahualam.

~Keep us close to You.Until the end of time..Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fee khair~

Buatmu yang ku Ingin

Buatmu...
Yang dekat dihatiku..
Buatmu ...
Yang sentiasa aku kejar dan cari..
Buatmu..
Yang sentiasa aku dambakan dalam hidup..
Buatmu..
Yang sentiasa aku ingin kau melengkapi hidupmu..
Buatmu..
Bersamalah bersamaku mencapai matlamat nan satu..
Buatmu..
Wahai k.e.j.a.y.a.a.n.
Bersamalah denganku sentiasa..
Kerana aku terlalu obses denganmu..

Kerna Aku Insan Biasa : L & G


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan Selamat Tengah hari buat semua..aku pilih tajuk entri aku kali ini, Lost and Gain ~~Wheee...

Apa kaitan dan relation L & G in my life..Banyak kaitan dia kot..hehe..banyak kaitan yang tak terkata. Seperti mana kita semua dah sedar, buat mana-mana yang sedar la kan..tahun 2010 dah nak habis..x sampai 2 minggu lagi akan menjelma tahun baru dengan membawa harapan dan kisah hidup baru..hehe..buat siapa-siapa yang tak sedar itu, tak mengapalah..teruskan lah tidur dlam 2010 ini..ngeh3x..

Saja aku nak berkongsi tentang L & G..untuk hidup kita ini kan, bukan semua benda yang kita nak kita dapat..bukan semua yang kita tak nak akan kita tak dapat. Kadang-kadang kita di uji dengan kehilangan sesuatu yang benar-benar kita nak dan sayang...Puas kita terfikir, mengapa susah sangat kita ni nak bahagia dengan perkara itu...Ada juga situasi di mana contohnya kita nak sangat berjaya dalam pelajaran..kita nak sangat capai target yang kita idamkan..dari start awal masuk universiti sampailah nak keluar uni kita duk bermimpi tentang target kita tuh..alih-alih bila last sem, kita dapat apa yang kita nak..Allah tak bagi apa yang kita nak awal-awal.. Allah bagi bila kita nak habis dah..

Aku menulis ini ada kaitan dengan diri dan kehidupan aku sendiri..Di sebalik aku kehilangan banyak perkara yang aku inginkan dalam hidup, Allah bagi aku anugerah yang tak ternilai untuk aku. Sekarang ini aku hampir menamatkan pengajian aku..semester terakhir aku di universiti..Tahun ini, bukan tahun ini sahaja lah, sepanjang aku dekat universiti nih, 3 tahun setengah dah kan..Masa awal-awal dekat uni, eku impikan untuk Aim sebagus dan sebaik keputusan dalam exam..lagi-lagi bila orang yang dekat di hati aku waktu itu setiap sem dapat naik pentas untuk anugerah Dekan..aku rasa nak jugak merasai pengalaman bagaimana menjadi pelajar yang dapat AD..maklumlah, waktu itu, dia menjadi pencetus semangat aku untuk terus mengorak langkah dengan berjayanya. Tapi, langit itu tak selalunya cerah, kadang-kadang ianya mendung dan hujan lebat dengan tiba-tiba. Dari sem 1 hingga sem 3, result aku memang ngam-ngam makan aja. Waktu titik perubahan aku berlaku, result aku masa sem 4, naik dan waktu itu aku memang sangat-sangat bersyukur. Bila sem 5, aku jatuh sikit, bila sem 6 aku naik balik dan sem 7 adalah anugerah Allah kepada diri aku..aku memang sangat-sangat tak menjangka. dari dulu lagi aku nak benda ini, tapi Allah bagi bila aku dah di semester terakhir. Aku dapat DL juga..alhamdulillah.

Segala syukur aku panjatkan ke atas Allah yang Esa atas pemberian kepadaku ini. Dengan CGPA yang mencapai target. Namun, aku perlu masih berusaha sekuat tenaga di Semester 8 ini untuk buat yang terbaik dalam praktikal dan projek aku.Yakin dengan adanya Allah disisi membuat aku sentiasa bersemangat. Nak dikatakan hidup pada tahun ini tiada cubaan dan dugaan, sama sekali tidak tepat kerana hidup aku penuh dengan cubaan dan dugaan. Itu ialah asam dan garam dalam kehidupan aku. Bukan semua yang kita nak dalam hidup kita akan dapat terus, mungkin ianya memakan masa. Allah itu maha Pendengar, Allah itu Maha Pengasih, Allah itu Maha Penyayang. Dia akan makbulkan semua doa hambanya yang tulus dan ikhlas berdoa kepadanya. Aku sedar perkara ini lama sudah, dan dengan apa yang aku dapat, lebih menguatkan keyakinan dan rasa kehambaan aku kepada Allah. Iyelah, di saat ini, aku banyak kehilangan perkara dalam hidup. Aku kehilangan benda bernilai dalam diri aku, kalau nak diputarkan waktu pun dah tak boleh. bak kata peribahasa melayu "terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan buruk padahnya"..betul ke ayat aku nih..aiseh!! tengok gaya ayat, bukan macam dapat A1 masa SPm dulu ( dah hilang skill buat esei sejak tinggalkan zaman sekolah).

Disebalik kita kehilangan, kita juga mendapat sesuatu, aku anggap ini ialah anugerah Allah kepada aku, disaat diri aku hampir terhanyut kembali, Allah sedarkan aku balik, Dia paut aku balik ke pangkuan. Semuanya di bawah kekuasaannya. Cuma sebagai insan biasa, kita juga ada harapan, dan aku sandarkan harapan itu kepada Allah. Biarlah Dia yang menentukan. Selagi aku terus bernafas..selagi itulah aku tetap berharap pada Allah. Tidak guna berharap pada manusia yang akhirnya kita sendiri tak pasti. Janji manusia itu tak pasti, tapi janji Allah itu PASTI. Manusia sungguh indah berjanji, bagai kata-kata yang ditanam didasar lautan nan indah..pepasir pantai menjadi saksi janji itu, namun..sekelip mata boleh mungkir. Daripada Allah kita datang dan kepadaNYA kita kembali. Wallahualam. Semoga kebahagiaan terus mengiringi hidup kita semua..Ameen..:)

~Keep us close to You.Until the end of time..Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fee khair~

Picture Talks

Dubai...from Emirates

Sepang at night from AirAsia

Pengkalan Chepa from Firefly

LEts the picture talk itself okey !! Okey, ini semua gambar atas pesawat actually..hehe..gambar ini semua di ambil dari 3 pesawat yang berbeza, tarikh yang berbeza dan destinasi yang berbeza..inilah kerja orang yang suka snap gambar macam aku nih..hehe..


Salam Maal Hijrah 1432H

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan Selamat Sejahtera..Hari ini ialah 1 Muharram 1432 Hijriah..Sudah masuk tahun baru dalam islam. Cepatnya waktu berlalu sampai aku tak menyedari betapa waktu berlalu dengan cepatnya. Semalam keluar dari kerja dekat pukul 6 petang, terus bergegas untuk pulang. Aku tak nak lepaskan peluang membaca doa akhir tahun dan awal tahun. Sampai saja kat rumah, terus salin baju, pergi ambil wudhu dan pakai telekung...tengok jam dah lambat dah nih...cepat2 baca doa akhir tahun. Sementara nak tunggu azan maghrib, aku ambil buku biru yang aku beli tahun 2008 (waktu jiwa kacau)..serasa sudah lama tidak membelek buku ini, terus halamat Fadhilat Muharam aku jengah..melihat-lihat apa yang penting dan perlu..Hati aku dah terusik dah di kala membaca doa akhir tahun tadi..teringat akan apa yang aku buat sepanjang awal tahun ini..teringat apa yang aku janji pada diri sendiri..semuanya bagai filem yang berputar dalam kepala aku. Tahu perkara itu salah, tapi hati masih menidakkan. Maka terjadilah perkara-perkara yang berlanggar dengan syariat. Air mata hanya mampu menitis satu per satu. Aku ingin hidup yang penuh barakah, bukan hidup yang penuh dengan perkara yang tak sepatutnya. Tapi macam biasa, benda yang baik itu susah untuk kita teruskan, yang tak baik itulah yang terus menyesakkan hidup kita. Aku ambil jalan untuk jauhkan diri dari benda itu. Hanya itu satu jalan yang terbaik. Walau hati aku sangat menginginkannya. Hati itu bukan senang untuk dipaksa..hati aku nih bagaikan kaca + batu dah. Semoga kedatangan awal tahun baru ini akan dimurahkan lagi rezekiku, dipermudahkan segala urusan hidupku, dikurniakan lebih banyak kejayaan dalam hidup, diampunkan dosa-dosa kami yang lalu, dipertemukan segala jawapan bagi kekusutan yang melanda, menjadikan aku lebih tabah, ikhlas dan sabar, dikurniakan ikatan ukhuwah yang kuat dengan insan2 yang aku sayang dan cinta, dipertemukan jodoh dengan seorang yang sesuai denganku..seorang yang baik, dan dikurniakan kesihatan yang baik..Amiin..

~Keep us close to You.Until the end of time..Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fee khair~

Selamat Malam

Post mengantuk..
Selamat malam semua..
Esok aku nak bangun awal..
Nak buat sumtims...
Yang dah lama aku tunggu...
Rasa seperti berlari-lari berkejaran dalam diri sendiri..
Banyak sangat yang aku fikirkan...
Hari ni pulak aku dengar dua cerita penyakit..
HIV dan KANSER SERVIKS...
terfikir pasal itu...
aku ingin menghadap tuhanku...
Selamat malam semua...
Selamat malam untuk jiwa-jiwa yang aku cinta dan sayang..
Ketahuilah...setiap yang aku buat..kerana aku sangat sayangkan jiwa-jiwaku sekalian...


p/s: aku sayang semua...aku 'care' kamu..

~Keep us close to You.Until the end of time..Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fee khair~

Kisah Semalam:::Hantaran Kahwin


Assalamualaikum dan Selamat Pagi.Dah pukul 10.20 am rupanya. :)

Ini mood aku nak ber'story' pasal apa yang terjadi semalam. SEmalam tader pape pun yang happened. Cuma seorang kawan aku nih, call..malam sebelumnya dah call dalam 30 minit, malam semalam lagi lama satu jam..adoii...panas telinga aku weh..dah la aku nih jarang cakap lama-lama..ayoo..Apa topik yang dibualkan..whoaa macam-macam la..aku rasa macam dia nih sengaja nak tahu apa aku jawab kot..siap nak gaduh-gaduh dengan aku apa pasal..(geram+meluat gak)

Topik 1 ialah tentang mas kahwin@hantaran dan wang yang harus dihabiskan sepanjang nak buat majlis kahwin. Ewah-ewah...ada ke cakap bagi 3ribu je kat perempuan..hello..setakat nih yang aku dengar pun rm5000 ini jiran nenek aku graduete Test dari NZ tau..Aku sebagai perempuan pun bukanlah nak letak mahal-mahal dekat hantaran tuh..kita tengoklah kewangan lelaki tu macam mana kan. Kalau lelaki itu mampu dan terlebih mampu apa salahnya dia nak beri yang terbaik untuk isterinya..bukan niat nak menunjuk-nunjuk..

Tapi kalaulah bakal suami itu baru habis belajar, baru grad sama macam kita, fikir-fikirlah, kerja dalam setahun nak kahwin..mana nak cekau 10ribu untuk hantaran.Kalau dapat simpan duit RM5000 itu pun dah kira okey tau dalam tempoh setahun bekerja. Kita semua tahu kan kalau fresh graduate berapa sangat gaji masa mula-mula kerja nih. Standard semua gaji dalam 2000++ la kan. Tolak bayar kereta, bayar rumah,makan-makan,minyak lagi, bagi kat mak ayah lagi..kalau dapat buat saving 500 sebulan itu dah kira okey tau..Bukan senang nak buat saving tau..nak boroskan duit senang lah..tak kira laki ke perempuan ke sama aja. Kalau dah kaki boros..hehe (bercakap untuk diri sendiri jugak nih)

Berbalik kepada hantaran yang mahal-mahal mencecah 5 angka nih. Kalau dia baru bekerja, sah-sah lah kena buat pinjaman paling kurang 20 ribu tau..uishh..bayangkan kalau pinjam 20ribu dengan bank, nak kena bayar bulan-bulan berapa..10 tahun kahwin baru habis pinjaman..aishh..cuba kira kalau dia dah ada saving dalam bank kan..mungkin amaun pinjaman yang dibuat berkurang kepada 10ribu..takder lah lama dan banyak sangat kena bayar bulan-bulan kan. ?? aku rasa apa aku cakap nih betul la jugak..

Bab hantaran pulak, kalau tau si dia tuh baru kerja, tak payahlah nak demand-demand kot..kalau dah lama kerja..dialu-alukan untuk ber'demand' hehe..:)

Ini semua topik yang aku bincangkan dengan kawan aku tuh...kadang-kadang aku geram jugak dengan laki nih. Beragak la weh nak letak hantaran tuh..pikir la air muka perempuan tuh..dan lagi satu, kalau tak cukup ilmu pasal agama..tak payah nak berbahas pasal dari segi hukum hakamnya..naik menyampah aku tau tak..aku bukan nak menyerah kalah gitu aja masa ditanya. tapi sebab aku nih tak pasti sama ada jawapan aku bagi nanti betul ke tak di sisi agama. sebab tu lah aku malas nak bertekak lama-lama. Tapi ingat macam ni jer lah...Islam itu fleksibel, kita boleh tengok dari banyak sudut tau. Tak semestinya we are in one box only. Cuba tengok ikut perspektif lain..

Banyak lagi yang aku berbahas dengan dia..tapi aku malas nak taip lah..okes..Pergi dulu..Tata..Wassalam

~Keep us close to You.Until the end of time..Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fee khair~