Showing posts with label Ceria Selalu. Show all posts
Showing posts with label Ceria Selalu. Show all posts

telekung solat

Masa terawih semalam, ma tegur kain telekung da tercabut benangnya. Ma suruh jahit...ikutkan hati taknak jahit lagi sebab dah dua kali jahit, terputus balik benangnya...biasalah beli telekung indon yang murah mana nak tahan, lagi-lagi saya jenis ganas jugak memakainya...=)

Dalam pukul 7.45 pagi tadi jahitlah sikit...jahit jelujur sikit...bukan sikit, banyak jugak la..Rasanya telekung ni beli masa bulan April2010, masa ada jualan dekat Padang Kawad Uitm PA. Masa itu, seorang kawan sponsor, tak mahal pun. Tapi sebab itu telekung pertama yang ada getah dekat pinggang, suka la pakai..asyik pakai aja =)

Sebab itu sekarang dah buruk dah..hehe...Tak apa, nanti beli yang lain pulak.

~Bersyukur Sentiasa atas Nikmat Kehidupan~

Thank You

It is a time for me to say thanks to someone who has always with me in all my condition i have. Aku nak ucap thanks banyak-banyak dekat dia. Aku tak pasti sama ada dia baca ke tak blog aku ini. Kalau dia baca, rasanya dia boleh agak pada siapa aku tujukan ucapan ini.

Buat masa ini tiada kata yang dapat aku ungkapkan tentang apa yang ada di hati saat ini. Biarlah waktu yang menentukan. Biarlah ianya menjadi rahsia peribadi dahulu. 

Cuma, untuk dia, aku ucapkan berbanyak terima kasih sebab banyak membantu aku, menahan segala karenah aku yang memang sedia panas baran nih, dan sudi berkawan dengan aku. Dan juga sudi menyayangi aku seadanya. 

Tak boleh cakap banyak di sini kerana ianya terlalu peribadi. Thanks  a lot.

~Keep us close to You.Until the end of time..Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fee khair~

Merpati 2 Sepadan


Aku suka dengan gambar Kate Middleton dan Prince William. Teruja aku William dah nak kahwin. Dulu, masa aku kecil2, dalam darjah 4, aku suka collect gambar mendiang Lady D. Sebab masa tu cerita Lady D memang hangat la kan lantaran kisah menyayat hati dia kemalangan ngeri denga kekasih dia dekat France tu. So, dari situlah aku sangat teruja dengan kecantikan Lady D ni, masa itu jugak aku kenal dengan 2 orang anak Lady D, William dengan Harry. Memang minat sakan la dekat keluarga diraja ni sampai ada apa-apa news mesti aku akan beli. Tapi bila dah masuk sekolah menengah, sesi mengemas barang-barang lama dilakukan, aku main buang aja gambar Lady D yang beria aku simpan satu masa dulu. Heeee...banyak sangat da barang tak sempat nak menyimpan.

Tak sabar nak tengok majlis kahwin Kate dengan William.Heee..HEee..Dulu berangan nak pergi England nak ambil gambar depan Istana Buckingham England. Tapi sampai sekarang tak tercapai. Tak apa, semoga aku murah rezeki dan dapat pergi sana juga satu masa nanti. :)

~Keep us close to You.Until the end of time..Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fee khair~

Nandos : Delicious


Ada ke letak pinggan yang dah habis..hehe..

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, rasanya macam dah lama tak update blog ini. Mood nak update tu tak ada nak buat macam mana. Nak update tapi skill nak buat ayat langsung tak datang. Tapi malam ini tiba-tiba datang nak bercerita kisah Nandos.. 

Isnin tengah hari berkesempatan makan Nandos di One Utama setelah sesat agak lama dan fed-up tak jumpa cari jalan, dengan pergi Maybank yang kena menunggu hampir 100 orang, akhirnya aku kecewa dan tak jadi nak berurusan. Lembap betul la bank nih.Bikin hati 'gue' panas betul la..nasib baik hari hujan..hehe..kalau tak memang lagi berasap la kan. Tapi aku masih mampu tersenyum kerana mendapat imbuhan dari saving..ngeh-ngeh..xpe..topup untuk apa yang telah aku belanjakan masa dulu-dulu(even lebih banyak lagi yang digunakan) yang kalau nak kira memang makan ribu (hanya kerana cinta,huhu).

Balik kepada nandos, satu jer nak cakap. Lagi sedap dari KR dia punya ayam. Say thanks to my friend sebab belanja i makan Nandos. Ala, napa u tak cakap cara nak order. Lain kali cakap la, tak ader la i malu heee..(gara-gara aku dah pening tengok menu dia) ingatkan macam KR punya..hehe..

Thanks again to my friend.:)
Makanan kat Nandos memang memuaskan..ayam dia sedap dr KR. di KR aku habis dekat rm70 for 2 persons. standard harga KR la tuh

p/s : tiba-tiba nak ulas tentang sesetengah pemikiran orang yang rugi kalau mengerjakan umrah masa uzur sebab tak dapat buat ibadah. Aku pernah cakap macam ini dulu. Tapi bila dengar ceramah agama, ustaz katakan tiada yang rugi kerana setiap amalan kita di sana ratusan lipat kali gandanya. Setiap zikir yang kita ucapkan pun berlipat kali ganda dan setiap doa kita di sana dimakbulkan Allah. JAdi kepada kawan-kawan yang berfikiran rugi kalau pergi sana dalam waktu uzur, anda salah. Insyaallah, Allah bagi kesempatan pada kita untuk melakukan umrah. Kerana biasa kita pergi 2 minggu. Sempat la untuk suci. Aku agak terkilan bila seorang kawan bagi tau, rugi duit aja pergi sana tapi uzur. Please, fikir dulu sebelum cakap. Dalam ibadah, tiada yang rugi. Kerana ibadah itu tiada batasan. Islam itu fleksibel dan mudah. Semuanya terletak pada kita. Kalau anda tak puas hati dengan pendapat aku..silakan, aku tak marah jika anda tak puas hati. Cuma ini ialah pendirian aku (sebab itu aku tak nak tunjuk privasi aku pada kawan-kawan, aku bukan taknak terima kritikan, tetapi aku masih banyak kekurangan)

Kerana Hidup Itu Indah

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Post baru lepas makan dan keluar bersama aunty chu tersayang di bandar Rawang. Hujung minggu yang sangat panjang kerana ada 4 hari cuti. Macam-macam bermain di benak fikiran. Almaklumlah, loan dan elaun dah masuk. Memang happy la sakan kan. Hehe.

Hidup ini amat indah. Kerana indahnya hiduplah menyebabkan kita tak sedar berlalunya usia dengan begitu pantas sekali. Esok bakal masuk tahun baru 2011. Dan usia kita bakal bertambah satu tahun lalu. Bak kata orang, rumah kata pergi, kubur kata mari. 

Kalau boleh, tadi masa duk sembang dengan aunty, kalau boleh saya tak nak jadi dewasa sebab dewasa ini lebih banyak cabaran dari alam remaja cintan cintun ini. Menginjak dewasa inilah kena berfikir apa yang perlu kita buat dan lakukan dalam hidup. Nak tak nak kita kena fikir tentang masa depan. Itu ialah penting untuk difikirkan. 

Masa depan inilah yang amat susah untuk dicorakkan. Mana taknya, bermacam cabaran dan dugaan yang melanda. Tapi, itulah namanya hidup, kita kena follow sahaja hidup ini kan. :)

Buat adik saya..ehem2..rupanya dalam diam ada ubi. tak bagi tau pun pada saya anda 'dirisik' hehehe..Itulah, sedap cakap kat orang, kan dah kena.It's your turn.What the miracles for both of us my dear sis..What ever happen, i always beside you, support you my dear.

~Keep us close to You.Until the end of time..Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fee khair~

Caring is Loving

Caring is Loving ..
Boleh pakai ke frasa ni agak-agaknya. Setiap orang lain pendapatnya. Dan aku juga ada pendapat dengan frasa ini. Bila sebut, bunyinya macam sedap sahaja kan. Very nice phrase..:) Satu sahaja soalan aku pada sesiapa yang baca entri ini. Kenapa perlu kita 'caring'? 

Jawapan aku ialah sebab kita 'loving' dia. Tak ada orang yang caring, tapi benci dekat orang la. Kalau caring mesti sebab sayang dekat orang itu. Contohnya, kita caring dekat kawan-kawan, apa maknyanya? Mesti kita sayang mereka kan.Tak adanya nak caring kalau tak loving. 

Sempena nak masuk tahun baru ini, sempena nak habis belajar ni, aku nak memberi sehabis caring buat insan-insan yang aku sayang (macam tak boleh percaya aja, pandai ke aku nak caring orang? Mestilah pandai..hehe). Mungkin ada beberapa kejutan yang akan aku bagi buat hati-hati yang sentiasa hidup dalam diri aku. Hati-hati yang sentiasa memberi sinar dan memberi bunga-bunga dorongan saat aku dalam kesedihan dan dilanda pelbagai cabaran dalam hidup. Ketahuilah wahai hati-hati yang aku sayang, yang aku sangat memerlukan kalian semua dalam hidup aku.

Hidup kita di dunia ini, apa yang kita ada dan dapat, apa yang kita miliki, kejayaan yang kita dapat, tak akan terhasil tanpa adanya hati-hati yang sentiasa mendokong pergerakan hidup kita sehari-hari. Aku ingin mengucapkan terima kasih buat hati-hati yang aku cinta dan sayang. Aku caring pada kalian semua. Mungkin aku tak mampu menuturkan betapa aku sayang dan cinta kalian, tapi, perbuatan aku melafazkannya.

p/s: sayang,cinta,kasih..semua itu mempunyai makna dan maksud yang berbeza..


~Keep us close to You.Until the end of time..Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fee khair~

i love shoes

Kasut dibeli Julai 2008
KAsut pada Disember 2009, Putrajaya Alamanda 
Sogo, Julai 2008 (dah tak ader da)
2008 (awal tahun kalau tak silap)-Midvalley-kedai Viss

CR punya.beli dekat the store..2008 raya
Ini ialah koleksi kasut aku yang lama. Sekarang aku dah berhenti daripada membeli kasut. Bukan apa, kasut dah banyak sangat. Buktinya bonet kereta aku penuh dengan kasut. Ish..ish..ish..Sampai kan tak tahu nak letak mana dah. Lagi-lagi sekarang kan bekerja kena pakai safety shoes, sebab dalam kilang, jadi 3pasang sandals aku yang tinggi2 terpaksa dilupakan buat sementara. Dan kasut-kasut aku yang tinggi terpaksa di'dua'kan juga. Hehe. Tak apa, nanti, aku memang akan kembali dengan hobi suka membeli kasut, Sampaikan satu ketika dulu, someone pernah cakap dekat aku...

"asal shopping je, kalau tanya memang awak akan beli kasut kan..macam la tak ada benda lain dekat mall yang awak nak beli..kasut..kasut..hehe"

Dan aku mesti akan jawab " Eh, dah memang hobi saya suka beli kasut, tapi saya hanya beli, pakainya tak pun. Sandal yang selesa brabd crocodile itulah yang saya bawa ke hulu ke hilir..hehe"

Kawan-kawan baik aku pun memang dah arif dengan perangai aku. Asal kuar shopping aja, mesti aku akan memutar-mutar dekat part kasut agak lama kalau memang niat aku nak beli kasut.Heeee...

Tapi, buat masa ni, hobi terpaksa diberhentikan buat sementara waktu. Kerana aku tak bisa mencintai semua kasut-kasutku..aku tak guna pun korang sume..hehe 

Hujung Minggu

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..Baru balik dari Saujana Utama. Menghabiskan masa 2 malam bersama keluarga tercinta memeriahkan suasana kehidupan ini. Segala masalah dibiarkan buat seketika. Kerja pejabat langsung tak sentuh. Hari itu habis jer kerja dalam pukul 7 gerak ke SU. Pkul 8.15 sampailah sudah di sana..malam menghabiskan masa di Labu Labi restoran dan balik dalam pukul 10 lebih..waa...lambatnya..Esok paginya ke Bandar Kinrara Puchong kerana ada kenduri. Wallamak..memang exclusive punya wedding la katakan. Aku memang terpegun  habislah kan. Memang gaya resepsi is very gorgeous..i'm impressed. Rasanya habis +- 100K tengok gaya wedding. Dia buat dekat rumah aja, tapi layanan memang sangat bagus. Makanan sangat banyak. Aku punya wedding pun tak mampu nak wat gitu unless aku kawen dengan OK. hehe..

Masuk je ke dalam rumah, mak !! cantik bangat rumah dia..rumah semi -D ..tangga nak naik ke bilik pengantin pun sangat2 exclusive tau. Memang sangat2 cantik la katakan. Aku memang terpegun la kan. Dengan ada hiasan bunga-bunga hidup lagi menyegarkan suasana hari bahagia itu. Deejay tak yah cakap la, dengan ada orang karoeke sekali. 

Tapi sayangnya, aku tertinggal kamera dekat kereta aku.ish...kalau tak memang snap habis la kat umah itu. Sebab serius cantik. Lupa nak bagi tau, ini perkahwinan dua pupu aku..Dia kerja dekat Petronas. Memang grand wedding la..

Lepas pergi kenduri, pergi rumah sorang nenek sepupu pangkatnya kot. Dekat Subang Jaya. Tapi jalan nya..tuhan punya tahu macam mana sibuknya..Lepas itu pergi kenduri tahlil dekat Mydin Subang itu jugak. Waaa...memang penat. Malamnya, plan ke i-city terpaksa di 'cancel' sebab semuanya penat. Aku plak pukul 11 lebih sudah ketiduran. Serius penat weh..

Hari ini pula, bangun2, beratur nak mandi (bajet je) lama sangat kena tunggu pergi turun bawah. Bajet nak kemas kereta sebab kereta memang tak pernah berkemas dah beberapa bulan (teruknya tuan punya kereta nih,hukhuk). Memang buangkan semua n jemur sekejap karpet kereta tu kan. Penat betul. Lepas itu, bila dah jam 9 pagi my family dah nak balik kelate dah.huhuhu. Sedih sekejap den. After dia orang balik, aku pun cepat g mandi dan bersiap..almaklumlah esok kan kerja, nak balik cepat2 ke Bukit Sentosa..Dalam pukul 12 lebih dah sampai B. Sentosa..huhuhu...


~Keep us close to You.Until the end of time..Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fee khair~

Buatmu yang ku Ingin

Buatmu...
Yang dekat dihatiku..
Buatmu ...
Yang sentiasa aku kejar dan cari..
Buatmu..
Yang sentiasa aku dambakan dalam hidup..
Buatmu..
Yang sentiasa aku ingin kau melengkapi hidupmu..
Buatmu..
Bersamalah bersamaku mencapai matlamat nan satu..
Buatmu..
Wahai k.e.j.a.y.a.a.n.
Bersamalah denganku sentiasa..
Kerana aku terlalu obses denganmu..

Have a Lunch

Salam Alaik. Have a lunch at kafe..tapau aja. Sekarang ni cepat betul rasa lapar dan cepat rasa kenyang. Kalau makan tak boleh banyak-banyak kena makan sikit-sikit sahaja.Kalau tak memang rasa sengat penuh perut nih..tiba-tiba perut jadi mengecil la pulak..hehe

Sejak berpindah di Rawang nih, dah 3 kedai mamak aku terjah. Semalam aku pergi kedai yang paling ramai orang. Dan aku rasa makanan kat situ sangatlah best..Harga pun boleh tahan dan agak mahal sikit berbanding harga kat kedai lain kan. Makan roti canai pisang dengan teh tarik memang kaw sangat la kan. Malam itu pulak memang tak dapat tidur sebab teringat dekat roti canai itu..

Lunch ni makan simple-simple aja..main ambik aja lauk tak boleh pilih sangat sebab orangnya punyalah ramai yang menunggu turn beratur dekat belakang itu..aiseh..~

Kejap lagi nak ke shop lagi satu nak cek chemical based kepada CPL Regulation 1997..nanti aku update balik tentang ini..okes..Have a good dinner all.

~Keep us close to You.Until the end of time..Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fee khair~

Kerna Aku Insan Biasa : L & G


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan Selamat Tengah hari buat semua..aku pilih tajuk entri aku kali ini, Lost and Gain ~~Wheee...

Apa kaitan dan relation L & G in my life..Banyak kaitan dia kot..hehe..banyak kaitan yang tak terkata. Seperti mana kita semua dah sedar, buat mana-mana yang sedar la kan..tahun 2010 dah nak habis..x sampai 2 minggu lagi akan menjelma tahun baru dengan membawa harapan dan kisah hidup baru..hehe..buat siapa-siapa yang tak sedar itu, tak mengapalah..teruskan lah tidur dlam 2010 ini..ngeh3x..

Saja aku nak berkongsi tentang L & G..untuk hidup kita ini kan, bukan semua benda yang kita nak kita dapat..bukan semua yang kita tak nak akan kita tak dapat. Kadang-kadang kita di uji dengan kehilangan sesuatu yang benar-benar kita nak dan sayang...Puas kita terfikir, mengapa susah sangat kita ni nak bahagia dengan perkara itu...Ada juga situasi di mana contohnya kita nak sangat berjaya dalam pelajaran..kita nak sangat capai target yang kita idamkan..dari start awal masuk universiti sampailah nak keluar uni kita duk bermimpi tentang target kita tuh..alih-alih bila last sem, kita dapat apa yang kita nak..Allah tak bagi apa yang kita nak awal-awal.. Allah bagi bila kita nak habis dah..

Aku menulis ini ada kaitan dengan diri dan kehidupan aku sendiri..Di sebalik aku kehilangan banyak perkara yang aku inginkan dalam hidup, Allah bagi aku anugerah yang tak ternilai untuk aku. Sekarang ini aku hampir menamatkan pengajian aku..semester terakhir aku di universiti..Tahun ini, bukan tahun ini sahaja lah, sepanjang aku dekat universiti nih, 3 tahun setengah dah kan..Masa awal-awal dekat uni, eku impikan untuk Aim sebagus dan sebaik keputusan dalam exam..lagi-lagi bila orang yang dekat di hati aku waktu itu setiap sem dapat naik pentas untuk anugerah Dekan..aku rasa nak jugak merasai pengalaman bagaimana menjadi pelajar yang dapat AD..maklumlah, waktu itu, dia menjadi pencetus semangat aku untuk terus mengorak langkah dengan berjayanya. Tapi, langit itu tak selalunya cerah, kadang-kadang ianya mendung dan hujan lebat dengan tiba-tiba. Dari sem 1 hingga sem 3, result aku memang ngam-ngam makan aja. Waktu titik perubahan aku berlaku, result aku masa sem 4, naik dan waktu itu aku memang sangat-sangat bersyukur. Bila sem 5, aku jatuh sikit, bila sem 6 aku naik balik dan sem 7 adalah anugerah Allah kepada diri aku..aku memang sangat-sangat tak menjangka. dari dulu lagi aku nak benda ini, tapi Allah bagi bila aku dah di semester terakhir. Aku dapat DL juga..alhamdulillah.

Segala syukur aku panjatkan ke atas Allah yang Esa atas pemberian kepadaku ini. Dengan CGPA yang mencapai target. Namun, aku perlu masih berusaha sekuat tenaga di Semester 8 ini untuk buat yang terbaik dalam praktikal dan projek aku.Yakin dengan adanya Allah disisi membuat aku sentiasa bersemangat. Nak dikatakan hidup pada tahun ini tiada cubaan dan dugaan, sama sekali tidak tepat kerana hidup aku penuh dengan cubaan dan dugaan. Itu ialah asam dan garam dalam kehidupan aku. Bukan semua yang kita nak dalam hidup kita akan dapat terus, mungkin ianya memakan masa. Allah itu maha Pendengar, Allah itu Maha Pengasih, Allah itu Maha Penyayang. Dia akan makbulkan semua doa hambanya yang tulus dan ikhlas berdoa kepadanya. Aku sedar perkara ini lama sudah, dan dengan apa yang aku dapat, lebih menguatkan keyakinan dan rasa kehambaan aku kepada Allah. Iyelah, di saat ini, aku banyak kehilangan perkara dalam hidup. Aku kehilangan benda bernilai dalam diri aku, kalau nak diputarkan waktu pun dah tak boleh. bak kata peribahasa melayu "terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan buruk padahnya"..betul ke ayat aku nih..aiseh!! tengok gaya ayat, bukan macam dapat A1 masa SPm dulu ( dah hilang skill buat esei sejak tinggalkan zaman sekolah).

Disebalik kita kehilangan, kita juga mendapat sesuatu, aku anggap ini ialah anugerah Allah kepada aku, disaat diri aku hampir terhanyut kembali, Allah sedarkan aku balik, Dia paut aku balik ke pangkuan. Semuanya di bawah kekuasaannya. Cuma sebagai insan biasa, kita juga ada harapan, dan aku sandarkan harapan itu kepada Allah. Biarlah Dia yang menentukan. Selagi aku terus bernafas..selagi itulah aku tetap berharap pada Allah. Tidak guna berharap pada manusia yang akhirnya kita sendiri tak pasti. Janji manusia itu tak pasti, tapi janji Allah itu PASTI. Manusia sungguh indah berjanji, bagai kata-kata yang ditanam didasar lautan nan indah..pepasir pantai menjadi saksi janji itu, namun..sekelip mata boleh mungkir. Daripada Allah kita datang dan kepadaNYA kita kembali. Wallahualam. Semoga kebahagiaan terus mengiringi hidup kita semua..Ameen..:)

~Keep us close to You.Until the end of time..Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fee khair~

Point of cHanges

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..
Masa orang solat jumaat ni, pejabat ini lengang tahap tak boleh nak cakap la kan..tapi sesetengah line mcam body shop still ada orang bekerja..kalau tak rugi la company...

Point of Changes..apa kaitannya iya..kadang-kadang hidup ini perlukan perubahan. Gambar kat bawah ialah gambar awal 2009, titik permulaan drastik dalam hidup aku. Perubahan yang paling ketara ialah, aku pakai contact lens 100% untuk ke kelas dan sebagainya. Kalau dulunya aku pakai spec di selang seli dengan lens, tapi 2009 aku mengambil langkah memakai lens sepenuhnya. Bila dah 2 tahun memakainya, aku lebih selesa pakai lens dari spec. Sebab dia macam mata kita sendiri jer rasanya.. aku start pakai speck masa umur 13 tahun. Form 1. gara-gara terlalu banyak menonton tV dan bermain game komputer masa lepas darjah 6..hehe..

Apa lagi perubahannya? Waktu ini juga aku start berjinak dalam bidang-bidang universiti nih..sibuk la jugak jadual hidup aku waktu ini. sebab itu aku tak pikir sangat pasal 'sunyi' yang melanda hidup. tapi sibuk itulah yang lebih mematangkan dan mengajar aku tentang hidup. Waktu nih, umur aku 20 tahun nak masuk 21 tahun. Waktu inilah aku berpengalam tak tidur malam kerana banyak sangat meeting..dengan esok test lagi, urm, aku stay up sorang diri tepi balkoni kolej, sebab meja aku tepi sliding door kan..apa lagi yer, pengalaman jumpa ramai kawan pun masa ni jugak..

Waktu ini jugak boleh dikatakan zaman kebangkitan aku setelah aku rebah banyak kali. Ayat memang tak boleh belaaa..abaikan ayat nih..muahee..masa nih jugak result exam aku naik dengan agak banyak tapi masa ni jugak aku failed satu paper..aku kira kalau aku tak failed paper itu confirm result aku dah lagi gempak. Tapi aku tetap bersyukur dengan apa yang aku dapat.. 

Walaupun aku namakan ini merupakan point of changes dalam hidup aku, namun sebagai manusia biasa, lagi-lagi perempuan memang tak boleh lari daripada kelemahan yang nyata dalam hidup dia. tahun ini juga aku mengalami kemurungan juga lah dek kerana 1 perkara (dirahsiakan dahulu, hehe), tapi kemurungan aku tak lama, sebab aku dah immune agaknya..dalam seminggu aku dah pulih balik sepenuhnya..syukur jugak-jugak..

Kadang-kadang aku geram juga dengan apa yang aku tak boleh nak elakkan..masalah hati terlalu rapuh macam biskut..tapi itu sewaktu dulu-dulu..rapuh pun bertempat gak.setengah tempat jadi liat macam tanah liat..hohoho..okeylah..nak pergi mencari makanan nak isi dalam perut..:)
IOI Mall, Puchong Januari 2009 dan Pangkor Mei 2009

~Keep us close to You.Until the end of time..Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fee khair~

Jom Jalan-Jalan 3 Pulau Pangkor

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan Salam sejahtera..Bangun pagi tadi, uwaa..hujan lebat sangat-sangat...aku lepas Subuh tarik balik comforter, tutp muka..nak tido sekejap lagi..(x puas)..haha..tapi dekat pukul 8 pagi aku bangun balik..bukan apa..nak siapkan barang2 nak ke KL balik..nak start latihan industri..oyeeehh..( tak seronok sangat..saja buat oyeeehh)

Kali ni, aku nak ajak korang semua berjalan di PULAU PANGKOR !!! GagAgA...hehe..Aku baru aja pergi sekali..almaklumlah...pergi dulu pun dengan Trip AJK kolej UiTM..kalau tak tak pernah aku jejak sini kot..hehe..aku cadangkan kepada sesiapa yang suka aktiviti outdoor..bolehlah pilih pulau ini sebagai destinasi..

Naik feri dekat lumut ye..Harga feri murah aja..dalam belas-belas ringgit..tak ingat dah sebab perginya bulan May 2009..so, dah luput dalam ingatan..cuma kenangan sahaja yang ada...hehe..(kalau lah hidup lama-lama boleh luput jugak kan bagus..)..

Apa yang menarik kat sini bagi aku ialah...SNORKELING...aku 2 jam snorkeling..habis suntan muka aku waktu tuh..masa ni jugak lah aku mencuba memakai contact lens di dalam air..uwaa...air masin tuh..tapi kan pakai google..hehe..inilah 1st time aku snorkeling...dapat tengok ikan-ikan yang berwarna warni..serius...Cantik sangat..(NAK LAGI)

Selain itu..boleh pergi ke KUBU BELANDA...setakat amek gambar boleh la sebab dia punya landskap cantik la..orait la..lagi satu boleh lihat pemandangan laut dari atas kubu itu..hehe..

tAman ala-ala Cina pun ada...nama tempat aku dah lupa

Yang best ialah shopping makanan laut..murah-murah gak la..aku borong ikan bilis mata biru...sedap :)

tempat menginap jangan risau...banyak sangat2 kawasan penginapan dia...boleh tekan link ini iye..:) 

Pesanan penaja: Jom bercuti di Malaysia..Malaysia indah Malaysia Sejahtera..hehehe

View from upper..


Can you see them??

After snorkeling..fenatnye

Cantik kan pantai dia...macam cermin gitu..

Kisah Semalam:::Hantaran Kahwin


Assalamualaikum dan Selamat Pagi.Dah pukul 10.20 am rupanya. :)

Ini mood aku nak ber'story' pasal apa yang terjadi semalam. SEmalam tader pape pun yang happened. Cuma seorang kawan aku nih, call..malam sebelumnya dah call dalam 30 minit, malam semalam lagi lama satu jam..adoii...panas telinga aku weh..dah la aku nih jarang cakap lama-lama..ayoo..Apa topik yang dibualkan..whoaa macam-macam la..aku rasa macam dia nih sengaja nak tahu apa aku jawab kot..siap nak gaduh-gaduh dengan aku apa pasal..(geram+meluat gak)

Topik 1 ialah tentang mas kahwin@hantaran dan wang yang harus dihabiskan sepanjang nak buat majlis kahwin. Ewah-ewah...ada ke cakap bagi 3ribu je kat perempuan..hello..setakat nih yang aku dengar pun rm5000 ini jiran nenek aku graduete Test dari NZ tau..Aku sebagai perempuan pun bukanlah nak letak mahal-mahal dekat hantaran tuh..kita tengoklah kewangan lelaki tu macam mana kan. Kalau lelaki itu mampu dan terlebih mampu apa salahnya dia nak beri yang terbaik untuk isterinya..bukan niat nak menunjuk-nunjuk..

Tapi kalaulah bakal suami itu baru habis belajar, baru grad sama macam kita, fikir-fikirlah, kerja dalam setahun nak kahwin..mana nak cekau 10ribu untuk hantaran.Kalau dapat simpan duit RM5000 itu pun dah kira okey tau dalam tempoh setahun bekerja. Kita semua tahu kan kalau fresh graduate berapa sangat gaji masa mula-mula kerja nih. Standard semua gaji dalam 2000++ la kan. Tolak bayar kereta, bayar rumah,makan-makan,minyak lagi, bagi kat mak ayah lagi..kalau dapat buat saving 500 sebulan itu dah kira okey tau..Bukan senang nak buat saving tau..nak boroskan duit senang lah..tak kira laki ke perempuan ke sama aja. Kalau dah kaki boros..hehe (bercakap untuk diri sendiri jugak nih)

Berbalik kepada hantaran yang mahal-mahal mencecah 5 angka nih. Kalau dia baru bekerja, sah-sah lah kena buat pinjaman paling kurang 20 ribu tau..uishh..bayangkan kalau pinjam 20ribu dengan bank, nak kena bayar bulan-bulan berapa..10 tahun kahwin baru habis pinjaman..aishh..cuba kira kalau dia dah ada saving dalam bank kan..mungkin amaun pinjaman yang dibuat berkurang kepada 10ribu..takder lah lama dan banyak sangat kena bayar bulan-bulan kan. ?? aku rasa apa aku cakap nih betul la jugak..

Bab hantaran pulak, kalau tau si dia tuh baru kerja, tak payahlah nak demand-demand kot..kalau dah lama kerja..dialu-alukan untuk ber'demand' hehe..:)

Ini semua topik yang aku bincangkan dengan kawan aku tuh...kadang-kadang aku geram jugak dengan laki nih. Beragak la weh nak letak hantaran tuh..pikir la air muka perempuan tuh..dan lagi satu, kalau tak cukup ilmu pasal agama..tak payah nak berbahas pasal dari segi hukum hakamnya..naik menyampah aku tau tak..aku bukan nak menyerah kalah gitu aja masa ditanya. tapi sebab aku nih tak pasti sama ada jawapan aku bagi nanti betul ke tak di sisi agama. sebab tu lah aku malas nak bertekak lama-lama. Tapi ingat macam ni jer lah...Islam itu fleksibel, kita boleh tengok dari banyak sudut tau. Tak semestinya we are in one box only. Cuba tengok ikut perspektif lain..

Banyak lagi yang aku berbahas dengan dia..tapi aku malas nak taip lah..okes..Pergi dulu..Tata..Wassalam

~Keep us close to You.Until the end of time..Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fee khair~

aku~manusia biasa




Tiada apa yang menarik tentang apa yang ingin aku kongsi..
Cuti kali ini hanya 3 minggu sahaja..
Diri aku belum bersedia untuk memulakan hidup sebagai seorang trainee...
Janji aku pada diri nak improve kan english communication skills entah ke mana..
Aku takut rasanya nak mulakan detik 6/12/2010..
Tarikh keramat aku...
Tarikh apa itu weh..??
Takkan aku nak bertunang or kahwin kot..
Hikhiik..
Itulah detik aku bakal bekerja jam 8 pagi till 5 petang...
Jauuuhh dari kengkawan aku...
Sebenarnya aku nak area Shah Alam..
Tapi selalunya apa yang kita nak selalu tak dapat kan..
Bagus jugak sebenarnya..
Kalau aku dapat kat Shah Alam,..
Banyak benda yang aku tak nak ingat dekat sana..
So, dapat tempat jauh ni, agak merana la sikit...
Merana jiwa raga..
hikhik..
Apa pun routine hidup aku yang solo molo nih...
Tetap berjalan lancar..
No one touching touching...
Or loving..loving anymore...
Sudah lama pencen rasanya..
Cuma kadang-kadang..
Aku yang tersasul..
Aim untuk menjadi yang terbaik ..
Insyaallah....:)

~Keep us close to You.Until the end of time..Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fee khair~

Memberi dan Diberi

 Assalamualaikum wbt..

Apa yang nak di kongsi pasal frasa memberi dan diberi..??..Hurm.. satu frasa melayu yang agak mendalam maksudnya. Kalau omputih katanya ' give and take'. Sememangnya give and take ataupun memberi dan diberi amat mendalam maksudnya dalam kehidupan kita sehari-hari kan. Tak kira la dalam keluarga ke, persahabatan ke atau pun percintaan...ecece...chop!! mengaku awal-awal, aku dah lama tak der pengalaman dalam percintaan, so, tak boleh nak kasik idea n story..tapi kalau keluarga dan persahabatan bolehlah..hikhikhik..Kadang-kadang, aku pelik gak dengan sesetengah orang ni, dia alwez nak orang memberi atau give sumtim kat die..tapi dia tanak give sumtim dekat orang...pe hal beb...kalau nak orang bagi contohla hadiah besdey...kita pun kena bg gak kot.. Aku ada pengalaman tentang ni, aku n dua orang my bFf..setiap kali tahun bezdei kiter2, selalu tukar hadiah, benda ni seingat aku dah berlanjutan selama 5 tahun...sejak kiter2 habis sekolah dulu lagi.. Tak perlu kot hadiah mahal2 tuk kita bagi kat kawan2...tapi keikhlasan tu yang penting. Kita dapat rasa keikhlasan bila dapat sumtim even benda itu sangatlah simple... macam masa zaman remaja dulu, dapat 1 hadiah tabung untuk birthday ke-18, sangatlah gembira rasanya sampaikan aku beria kot bawa tabung doremon yang sangat besar gedabak tu ke matrik melaka...tabung tu saja da muat dalam 1 kotak kertas A4 tuh...aiyooo...beria seh aku bawak gara-gara nak menabung kononnya... Taklah ...aku letak tabung tu kat meja study..kuikuikuikui...
Dua tiga hari lepas, ada la kesnya, aku dan kawan aku nih, aku nampak dia pakai kemeja, then, aku bagi tau sejujurnya (dah memang aku jujur, hakhak)..aku bagi tau la..baju baru ke?? Haaahaa..Apa sebenarnya aku nak cerita nih?? Entahla...abaikan pasal ni la..sajer je pun...hikhikhik..
Kalau kita nak orang bagi perhatian dekat kita, kita pun kena la bagi perhatian dekat orang jugak kan?? tak gitu ke..kikikiki...Tak cukup prihatin lagi ke aku nih?? Adoiii...ni yang susah aku nak jawab nih... dah cukup prihatin dah kot ko tu...hihihi...mana la aku tau weh.... ko rase ko prihatin dekat orang sekeliling ko ke tak.. takpun ko tu ego melangit..sampai segan nak tunjuk keprihatinan ko tu.. (haishh...ape ke hal aku membebel ni...) kadang-kadang, kita tau kawan kita ni sakit...tapi sajer wat2 taktau...hakhak...malas nak melayan ah..
 Tanda ingatan tu tak semestinya mahal kot...tetibe teringin nak pakai cincin yang boleh tulis nama tu..macam cun ajer...tapi aku tulis nama aku ajo la...buat apa tulis nama orang lain..takpun...aku tulis nama bFf aku...okey gak tuh...kasik sempena hadiah besdey...cantik...tak pernah kasik ag nih..kerongsang kupu-kupu...dah lama tak pakai..ada dalam almari kat umah ni hah..kalau pakai..boleh ingatkan pada kenangan lama..sakit nanti..better simpan elok2...bila ntah tak rasa sakit nyer..Moral of the entry..Jom pakat2 kita memberi dan diberi kepada orang2 sekeliling kita ni...kerana ukhuwah itu sangat indah...:)

Mood sekarang...ceria kot..hehe..sebab nak sambut Aidil Adha kan..lagipun baik ceria sekarang nnti dah start LI kan banyak kerja..serius terasa seperti tak bersedia mentally n physically nih..hehe

~Keep us close to You.Until the end of time..Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fee khair~

Coretan di pagi hari


Mata masa 2009 warna biru Turquise

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...:)

Selamat pagi dunia...Semoga pagi yang begitu segar dan ceria ini memberi kita semua satu perasaan yang membina untuk meneruskan kehidupan. Bangkit dari masa silam yang begitu menggerunkan dan mengerikan..(saja jer buat ayat pagi-pagi ni)

Hari ini dah 1 Zulhijjah rupanya. Sedar tak sedar lagi 9 hari kita semua bakal menyambut Hari Raya Aidil Adha..begitu cepat masa berlalu hingga aku tak menyedarinya waktu yang berlalu dengan begitu pantas sekali. Semalam kawan mengingatkan yang hari ini 1 Zulhijjah, kalau tidak memang diri ini terus tak sedar, dengan kesibukan examnya. 1-9 Zulhijjah, banyak manfaat dan fadilatnya andai kita berpuasa. Tadi baru aku baca buku agama yang dah lama tak ku buka, rasa terkilan dengan kekhilafan diri ini..Kalau dulu, kitab itu hari-hari buka, sekarang, duduk aja kitab tu di tepi bantal tidur, menunggu tuan membuka tapi tak terbuka jugak. Ouh, sekarang ini tengah menyiapkan past year question, kena siap sebelum petang, biasalah proses meng'compile' dengan kawan-kawan bakal berlangsung petang nanti. Tadi, bangun, sahur makan roti coklat dan buah epal dan air mineral. Satu diet yang seimbang untuk wanita/gadis berusia 22 tahun. Tak tahu nak guna wanita/gadis. Gadis kot lagi nampak muda..Hikhik.Lepas subuh, terus berteleku di meja, hurm, sekarang duduk lepak depan laptop nak menulis entry untuk blog peribadi yang dah tak terurus ini. 

Rabu, final exam last paper Health Risk Assessment, whoa, aku akan buat yang terbaik, Insyaallah. Semoga Allah bersama dengan aku. Memang Allah sentiasa bersama dengan hambanya yang sentiasa mengingatinya. Aku kadang-kadang terleka dan terlalai juga dengan keindahan dunia ni. Tapi, setiap kali aku tersasar dari landasan, bagai ada satu kuasa tarik aku balik. Semoga aku dapat mengingati semua nota-nota penting. Iya, aku harus ingat itu semua. 3 paper yang berlalu, rasanya macam takut sahaja..semoga dipermudahkan olehNYA..

Masa pergi ambil air sembahyang tadi, uwaa..airnya sangat sejuk, maklumlah kawasan yang masih hijau, seketika aku teringat keterujaan aku dahulu, yang sanggup bangun awal pagi untuk mandi semata-mata ingin berjumpa satunya orang yang aku sayang dan cinta. Dek kerana cinta itu, segala air yang sejuk tak terasa. Hebatnya penangan cinta, dan cinta itu juga yang memusnahkan diriku. Aku tak menyalahkan dia, tapi aku salahkan diri aku kerana tak istiqamah dalam pendirian. Dan keputusan terbaik yang aku ambil, jauhkan diri dari dia. kerana andai kami bersama, banyak keburukan dari kebaikan.

Banyak betul wang yang habis iya sekarang, sejak pakai kereta ni, duit minyak banyak jugak yang digunakan. 180km duit minyak dalam rm30. padahal pergi class jer tu. Mungkin kawasan fakulti berbukit, tambah aku bawa auto lagi, lambat jalan terus tekan minyak banyak2. Lagipun jarak dekat selalunya makan minyak kan. Kalau jarak jauh barulah save sikit. Jarak fakulti pergi balik dah dekat 17km dari rumah aku la. Jadi RM10 minyak hanya bertahan untuk 3x ulang alik ke fakulti. Terasa jugak itu. Belum campur pergi makan ke pergi mana lagi itu. Itu tak masuk servis kereta lagi. Yang orang tak nampak kosnya. 

Sampai disini sahaja aku nak membebel..sebab nak sambung buat kerja. Google Chrome tak leh upload gambar, ni pakai Flock..memandangkan aku dah tak pakai mozilla sekarang. Okey, Good Luck for myself..Hehe.Rabbuna Yusahhil.:)

~Keep us close to You.Until the end of time..Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fee khair~