Showing posts with label Tiada Mood :(. Show all posts
Showing posts with label Tiada Mood :(. Show all posts

tata home

Selama seminggu start esok, saya dan family akan bercuti. Deastinasinya ialah Cameroon Highland, KL dan Genting Highland. Selamat Tinggal sementara rumahku..sob2x..tiada mood nak menulis blog...serius..huhuhu..okeylah..semoga perjalanan esok dipermudahkan dan dilindungi Allah sentiasa. Assalamualaikum & selamat malam. 

Clinique oh..~~

~Till lepas sebulan lebih pakai clinique...aku still terpikir yang produk ini sesuai ke tak dengan aku sebenarnya..hukhuk..tapi sebab dah melabur duit yang banyak untuk ini..aku pakai ajaer...nanti dah habis nanti kita pikir lain citer...hukhuk...jerawat still ada..aper citer der acne nih..sedih weh..sebab dia duk kat pipi aku.sob223x,,

Lagu di malam hari

Napa malam ini aku duk dengar-dengar lagu dalam henset aja nih..?? Dah lama tak buat gini. Tadi lagu Anang-Separuh Jiwaku Pergi..lagu yang memberi kesan gak pada aku masa awal-awal dengar dulu. Ada kaitan dengan masa silam aku. Apa pun..benda dah lepas, aku tak nak ingat balik.Ingat boleh, untuk jadi pengajaran pada aku supaya lebih berhati-hati. Kerana setiap apa berlaku pasti bawa kesan pada diri kita.

Ni lagu AAC-famous masa tahun 2008. Dekat pejabat kesihatan, hari-hari IK tuh pasang lagu nih. aku n da geng layankan aja..

Tadi lagu Akulah kekasihmu by AXL..best gak..kalau dapat nyanyi lagi best..haha(mmg rock kapak habis lah..)..

wallawehh..aku tak der mood langsung...mmg hancus ah entri aku kalau aku tader mood.lintang pukang kot...kalah pohcong..

Nak beli antivirus...sian dekat mr Lappy yang setia dengan aku nih. Mr Lappy yang banyak simpan kisah hidup aku yang penuh dengan riang duka tawa kecewa bahagia derita dan sebagainya. Mr Lappy, sabarlah sayang yer..nanti i kasik antivirus dekat you cepat-cepat..huhuhu..

p/s: walau aku kata sesuatu yng berlaku tak akan mmberi kesan, aku tetap akan terpikir jugak. aku paling benci orang pijak-pijak dan main-mainkan diri aku. dan orang tak kenal siapa aku. memang kalau aku tak pandang, mmg aku tak akan pandang terus..

Ini Hari

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh ~

Hari ini Sabtu, 8 Januari 2011. Sekejap dan pantasnya 2011 meneruskan layarnya. Begitulah hidup kita seharian. Hari ini dari Kelana Jaya ke Mid Vallley bersama family. tapi pergi Mid sekejap aja, dalam 1 jam 30 min sahaja. Tapi sempat la aku membeli barang yang aku memang dah lama nak beli dekat JJ tu. Hari itu nak beli dekat JJ BT tapi sebab tak ader choice sangat terus tak jadi nak beli. Jadi hari ini dah beli la. Dalam pukul 2.30, my parents dah hantar aku balik hostel (sedih, cannot be described by any other words hor i feel at that time). 

Balik hostel, kemas apa yang patut, rendam apa yang patut, dan cuci muka yang bertempek dengan bahan2 kimia itu. Beginilah hidup. Sentiasa penuh dengan bahan kimia di badan. (satu benda yang patut dielakkan oleh semua perempuan)
Tengah solat zohor, dalam pukul 3 petang. Got something yang melepaskan semuanya. Apa yang berlaku biarkan berlaku. (juga tak boleh diungkapkan dengan apa-apa bahasa apa perasaan aku waktu itu).

Petangnya, pergi isi minyak kereta, pergi kedai dan pergi pasar malam. Dengan roomate. Jarang sekali aku keluar dengan roomate aku rasanya sekarang. Jadi, tadi pergi angkat satu tudung Syria.. Satu cardigan hitam..Brooch..nasib cardigan itu murah aja.RM28.Usha online tak pasti la pulak berapa.. balik rumah melantak 2 nasi lemak yang beli.

Hurm..balik rumah..cari kemeja purple nak padankan dengan tudung syria tuh, lupa plak dah bawak balik baju itu kat rumah..aih..kempunan nak pakai dengan kemeja purple tuh (even ada orang kata kemeja kain linen aku nih ....)

Aku sebenarnya very-very not in mood untuk hari ini. Rasa down sangat-sangat. Banyakla pulak benda yang terjadi. Walau sebenarnya aku dah bersiap sedia mental dan fizikal menghadapi kemungkinan yang berlaku. Argh!! memang aku tak ada mood langsung la. :(

p/s: blog ini dibina dengan penuh rasa kasih, sayang dan cinta.. tapi sekarang ini aku tak ada mood langsung. betul. tak ada mood.tengah layan lagu rock kapak. dah lama tak buat kerja gini..

Jangan Mudah Percaya

Kehidupan mengajar aku untuk jangan mudah mempercayai orang yang baru kita kenali walau pada awalnya dia kelihatan sangat baik. Oh, aku telah tersalah langkah untuk dua minggu lepas. Nak undur balik tak boleh, dah terbuat dah. Aku ingat dia boleh dipercayai kerana kami bercakap benda itu secara berdua. tak ader sesiapa, alih-alih ada ke patut dia pergi bagi tahu orang lain. Kalau kau nak kawin, kau sorang aja la kawin. Napa libatkan aku sama. Ei, aku tak suka kot. Hak siapa ko nak cakap pasal aku. Apa aku bagi tahu tuh antara kita berdua sahaja. Tak perlu nak libatkan orang ketiga. 

Next time, aku tak akan percaya orang lagi Napelah aku terpedaya dengan penampilan dia itu . Adoiii..Aku ingat dia jenis tak kepoh. Tapi hati orang mana la kita tahu kan. So, pengajaran untuk diri aku. Never..ever trust people !! untuk yang baru kenal sahaja. uuuhhh..

no mood lah

aku tada mood lah sehari dua ini..malas nak update tapi gatal jugak tangan nak bukak blog ni..tengah tunggu surat dari company untuk latihan industri actually...huhu...final year project aku entah ke mana..minggu depan memang aku dah kena start buat semua nih...ish2...makin menjadi pulak kemalasan diri ini...huhu

saje-saje

Pakai t-shirt pink..
Berjeans biru gelap..
Bersandal merah hitam..
Beg tangan biasa..
Di Mines..
Penghujung Feb 2010..
Without a make up..
(muka masa tu licin siket, xder serabut sangat).
Terjumpa dengan someone..yang hanya kenal aku hanya pada nama..
Dan tak pernah dia terjumpa aku face to face...
Dan dia nampaknya tak dapat mengenali aku..
Kerana sah2 depan aku dia bercakap tentang aku..
Bila, kawan aku introduce yang aku ni la yang dia sebutkan..
terkejut kot dia tuh..
Aku hanya senyum. 
Takkan nak marah..
Eceeecee..
Dia cover balik kot ayat dia tadi..
Apa pun..thanks la pujian u bagi tu...
Itu pun sebab u tahu sape i..
kalu tak syok lagi duk bercerita tang i yer..aharks..

Selesai Sudah

Exam dah habis sume da...apa yang mampu aku katakan disini ialah...hari ni aku semacam kecewa la..mungkin rasa tak dapat nak jawab sepuas hati kot tadi..huhuhu...Allah itu tak suka pada orang yang berputus asa..dan aku sendiri pun bukan jenis berputus asa.. aku akan terus berdoa semoga semuanya keputusan akan baik2 sahaja...Huhu..semoga aku dapat keputusan yang baik..aku takut sebenarnya..risau pun ada.. tak tahu nak describe macam mana perasaan aku nih...apakah tandanya itu