Showing posts with label Friendship. Show all posts
Showing posts with label Friendship. Show all posts

trimas frenz

Saya ialah aku. Dan aku ialah saya=sheaza. Buat kawan-kawan yang sudi berkawan dengan aku, jutaan terima kasih aku ucapkan. Kalian semua banyak mengajar aku erti persahabatan. Bersama kalian aku belajar siapa yang harus dipercayai dan sesuai dijadikan teman yang baik. Apa itu duri dan ranjau dalam persahabatan. Teman itu sangatlah ramai, tapi sahabat hanya boleh dibilang dengan jari. Teman-teman di UitM, selama hampir 4 tahun berteman, sudah kita kenali hati budi masing-masing. Sudah tahu karektor masing-masing. Kepada geng-geng aku, aku tahu korang semua tak akan baca belog aku nih. Tapi hakikatnya aku sangat berterima kasih sebab korang sentiasa bersama aku tak kira susah mahupun senang. Saat aku dirundung pilu, korang sentiasa membantu menyelesaikan masalah aku.Korang banyak menyelamatkan aku sewaktu aku skip class (perangai sangat tak baik, hehe) dan sewaktu pelbagai masalah melanda. 

Kadang-kadang, berteman juga ada konfliknya. Itu normal. Maafkan aku jika aku terlalu berterus terang pada kalian apa yang aku tak puas hati, tapi biasanya aku tak buat gitu kecuali dengan sorang itu aja. hehe..tapi syukur...masalah satu geng kita dah selesai. Dan kerana aku berterus terang jugalah merupakan satu penyelesaian kepada semua ini. Kalau tak mesti satu geng akan jadi terus jauh. 

Mengenali kalian semua adalah perkara yang terindah dalam hidup..banyak benda kita buat bersama. Namun, sekarang ini masing-masing sibuk dengan kehidupan masing-masing, Dalam geng kita hanya 2 orang sahaja masih single..hehe(termasuk la aku,,,percaya ke tak).jadi, aku sentiasa kena tinggal di Villa kita dekat PA tuh. Sedih gak la..sebab aku terpaksa jadi Mem Besar kat situ..hehe..

Tapi tak apa, bila lagi aku nak jadi mem besar...nak praktis..uweeehhh..

For all my best friends..thanks for alwoz beside me for almost 4 years. Hopefully, our relationship will remain forever and ever..Keep in touch always. :)

Selamat Malam

Post mengantuk..
Selamat malam semua..
Esok aku nak bangun awal..
Nak buat sumtims...
Yang dah lama aku tunggu...
Rasa seperti berlari-lari berkejaran dalam diri sendiri..
Banyak sangat yang aku fikirkan...
Hari ni pulak aku dengar dua cerita penyakit..
HIV dan KANSER SERVIKS...
terfikir pasal itu...
aku ingin menghadap tuhanku...
Selamat malam semua...
Selamat malam untuk jiwa-jiwa yang aku cinta dan sayang..
Ketahuilah...setiap yang aku buat..kerana aku sangat sayangkan jiwa-jiwaku sekalian...


p/s: aku sayang semua...aku 'care' kamu..

~Keep us close to You.Until the end of time..Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fee khair~

Kisah Semalam:::Hantaran Kahwin


Assalamualaikum dan Selamat Pagi.Dah pukul 10.20 am rupanya. :)

Ini mood aku nak ber'story' pasal apa yang terjadi semalam. SEmalam tader pape pun yang happened. Cuma seorang kawan aku nih, call..malam sebelumnya dah call dalam 30 minit, malam semalam lagi lama satu jam..adoii...panas telinga aku weh..dah la aku nih jarang cakap lama-lama..ayoo..Apa topik yang dibualkan..whoaa macam-macam la..aku rasa macam dia nih sengaja nak tahu apa aku jawab kot..siap nak gaduh-gaduh dengan aku apa pasal..(geram+meluat gak)

Topik 1 ialah tentang mas kahwin@hantaran dan wang yang harus dihabiskan sepanjang nak buat majlis kahwin. Ewah-ewah...ada ke cakap bagi 3ribu je kat perempuan..hello..setakat nih yang aku dengar pun rm5000 ini jiran nenek aku graduete Test dari NZ tau..Aku sebagai perempuan pun bukanlah nak letak mahal-mahal dekat hantaran tuh..kita tengoklah kewangan lelaki tu macam mana kan. Kalau lelaki itu mampu dan terlebih mampu apa salahnya dia nak beri yang terbaik untuk isterinya..bukan niat nak menunjuk-nunjuk..

Tapi kalaulah bakal suami itu baru habis belajar, baru grad sama macam kita, fikir-fikirlah, kerja dalam setahun nak kahwin..mana nak cekau 10ribu untuk hantaran.Kalau dapat simpan duit RM5000 itu pun dah kira okey tau dalam tempoh setahun bekerja. Kita semua tahu kan kalau fresh graduate berapa sangat gaji masa mula-mula kerja nih. Standard semua gaji dalam 2000++ la kan. Tolak bayar kereta, bayar rumah,makan-makan,minyak lagi, bagi kat mak ayah lagi..kalau dapat buat saving 500 sebulan itu dah kira okey tau..Bukan senang nak buat saving tau..nak boroskan duit senang lah..tak kira laki ke perempuan ke sama aja. Kalau dah kaki boros..hehe (bercakap untuk diri sendiri jugak nih)

Berbalik kepada hantaran yang mahal-mahal mencecah 5 angka nih. Kalau dia baru bekerja, sah-sah lah kena buat pinjaman paling kurang 20 ribu tau..uishh..bayangkan kalau pinjam 20ribu dengan bank, nak kena bayar bulan-bulan berapa..10 tahun kahwin baru habis pinjaman..aishh..cuba kira kalau dia dah ada saving dalam bank kan..mungkin amaun pinjaman yang dibuat berkurang kepada 10ribu..takder lah lama dan banyak sangat kena bayar bulan-bulan kan. ?? aku rasa apa aku cakap nih betul la jugak..

Bab hantaran pulak, kalau tau si dia tuh baru kerja, tak payahlah nak demand-demand kot..kalau dah lama kerja..dialu-alukan untuk ber'demand' hehe..:)

Ini semua topik yang aku bincangkan dengan kawan aku tuh...kadang-kadang aku geram jugak dengan laki nih. Beragak la weh nak letak hantaran tuh..pikir la air muka perempuan tuh..dan lagi satu, kalau tak cukup ilmu pasal agama..tak payah nak berbahas pasal dari segi hukum hakamnya..naik menyampah aku tau tak..aku bukan nak menyerah kalah gitu aja masa ditanya. tapi sebab aku nih tak pasti sama ada jawapan aku bagi nanti betul ke tak di sisi agama. sebab tu lah aku malas nak bertekak lama-lama. Tapi ingat macam ni jer lah...Islam itu fleksibel, kita boleh tengok dari banyak sudut tau. Tak semestinya we are in one box only. Cuba tengok ikut perspektif lain..

Banyak lagi yang aku berbahas dengan dia..tapi aku malas nak taip lah..okes..Pergi dulu..Tata..Wassalam

~Keep us close to You.Until the end of time..Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fee khair~