Showing posts with label Shopping Lagi. Show all posts
Showing posts with label Shopping Lagi. Show all posts

Terbang Duit !



Hari itu kan masa sebelum puasa, ada pergi KL, macam biasa la, pergi Sogo Sale..Waaahh...macam orang berperang gayanya..bersesak-sesak..kalau letak kereta kat parking bawah, konfirm bila nak kuarkan keta akan anek masa lebe kurang sejam baru boleh kuar..Penangan shopping sale rakyat Malaysia..

Saya macam biasalah, masa inilah amik peluang untuk membeli keperluan dua kali setahun..aharks. takder la. Apa lagi Clinique la..I love Clinique. Harga masa itu macam biasa cuma dapat Rebate n Cosmetic coupon..Lagi satu beria nak beli sbb teruja dengan free gift dia bagi dengan beg pink putih tu..Whoa..terbang duit saya mcam layang2 putus tali..(^_^)

Apapun, jom pakai Clinique. Produk yang takder lah mahal sangat banding dengan skincare SK-ii..Dulu nak pakai SK-ii sebab teruja tengok Nurul Syuhada jadi duta iklan (masa sekolah katakan)..hehe,,

Okeylah...apa pun Selamat meneruskan ibadah berpuasa.


Cantiknya Baju-Baju Itu

Kali ini kita melayan sahaja gambar-gambar baju ini. Yang pasti baju-baju ini sangat memukau pemandangan aku..hehe..

 Warna putih ini agak cantik. Dia macam ala-ala kebaya jugak la. Teringin nak buat simpanan satu..hehe
 Ini pula baju ala-ala Jawa dan Indonesia. Nampak cantik jugak. Seperti moden dan kontemporari. Kalau ada duit memang nak simpan dalam almari satu. Pakai dinner dengan husband pun okey jugak ni (candle light dinner dekat rumah)heee...
 Baju dua ni memang sesuai untuk resepsi dekat rumah la kan. Aku lagi suka warna grey dan putih tu..sebab dia tutup leher sikit. Kalau peach, agak luas bukaan leher dia..(hehe)
 Yang ni labuhnya ala-ala gaun..tak berapa berminat sangat..

Yang ni aku suka..yang warna purple itu memang cun  habis lah..Warna putih boleh buat akad nikah. Tapi perlu outer siket bagi tutup aurat..hehehe

Fikiran Mau Shopping

Assalamualaikum dan Selamat Tengah Hari buat semuanya. Heee... lunch hour. Kirim dekat akak tu nasi goreng kampung dengan telur mata, so, tak pergi lah kafe nak makannya.tunggu makanan dari kedai akak itu aja la..Loan dg elaun dah masuk. Jadi apa cerita dan kisah selepas itu??Ngeee~~dalam kepala aku ni ada beberapa plan yang dipasang. Nak beli barang apa yang desires nak before nih. Setakat ini, aku dah ada senarai barang yang aku nak beli based kepada bajet terkini..heee

1)Kemeja@Blouse@t-shirt 
2)Jeans 
3)Skirt (macam tak percaya aja aku nak pakai skirt)
4)Dress labuh (ni dalam perancangan sebab tatau nak pakai bila)
5)Tukar handphone baru (kena pikir 2x..sebab bajet tinggi)
6) Hair treatment (nak rambut yang cun dr skrg...haha)
7)Produk yang diingini
8)Lancome for my mama


Ni la dress yang aku nak..ala-ala gini..tapi tatau nak pakai bila..dalam fikiran mau shopping aja..ada lagi certain barang yang nak beli tapi tak perlu la nak list out dalam senarai..hehe..Tapi, shopping2 jugak. Perancangan rapi kewangan tetap kena jaga kot. Kena spare duit kalau-kalau ada emergency dekat kereta. Sebab sekarang air-cond kereta tengah main-main auw-chak dengan tuan dia. Hari itu mogok dua hari..sekarang ok la pulak. So, macam tak berapa jadi nak g repair air-cond..tapi rasa nak gak pergi cek aircond lagi sekali dekat kedai. Lagi satu kena spare untuk minyak kereta dan tol, sebab pergi kerja pakai kereta, pergi jenjalan pakai kereta. So, kena ada saving untuk itu la per month berapa kena 'spare' untuk benda nih. Dan lagi satu cik BB tercinta nih kena spend duit jugak. Setiap bulan dalam rm50..so, setahun sebanyak rm600..okes..kira la yer. How much money i must spend for every month. 

Tak masuk lagi bab nak makan-makan mengeyangkan diri kan. Huhu. Banyak la jugaknya kena spend. Nak buat sumtims for those in my heart sekali..ngee~~perfume lancome for my mum tu la..

i love shoes

Kasut dibeli Julai 2008
KAsut pada Disember 2009, Putrajaya Alamanda 
Sogo, Julai 2008 (dah tak ader da)
2008 (awal tahun kalau tak silap)-Midvalley-kedai Viss

CR punya.beli dekat the store..2008 raya
Ini ialah koleksi kasut aku yang lama. Sekarang aku dah berhenti daripada membeli kasut. Bukan apa, kasut dah banyak sangat. Buktinya bonet kereta aku penuh dengan kasut. Ish..ish..ish..Sampai kan tak tahu nak letak mana dah. Lagi-lagi sekarang kan bekerja kena pakai safety shoes, sebab dalam kilang, jadi 3pasang sandals aku yang tinggi2 terpaksa dilupakan buat sementara. Dan kasut-kasut aku yang tinggi terpaksa di'dua'kan juga. Hehe. Tak apa, nanti, aku memang akan kembali dengan hobi suka membeli kasut, Sampaikan satu ketika dulu, someone pernah cakap dekat aku...

"asal shopping je, kalau tanya memang awak akan beli kasut kan..macam la tak ada benda lain dekat mall yang awak nak beli..kasut..kasut..hehe"

Dan aku mesti akan jawab " Eh, dah memang hobi saya suka beli kasut, tapi saya hanya beli, pakainya tak pun. Sandal yang selesa brabd crocodile itulah yang saya bawa ke hulu ke hilir..hehe"

Kawan-kawan baik aku pun memang dah arif dengan perangai aku. Asal kuar shopping aja, mesti aku akan memutar-mutar dekat part kasut agak lama kalau memang niat aku nak beli kasut.Heeee...

Tapi, buat masa ni, hobi terpaksa diberhentikan buat sementara waktu. Kerana aku tak bisa mencintai semua kasut-kasutku..aku tak guna pun korang sume..hehe 

Jom Jalan-Jalan 3 Pulau Pangkor

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan Salam sejahtera..Bangun pagi tadi, uwaa..hujan lebat sangat-sangat...aku lepas Subuh tarik balik comforter, tutp muka..nak tido sekejap lagi..(x puas)..haha..tapi dekat pukul 8 pagi aku bangun balik..bukan apa..nak siapkan barang2 nak ke KL balik..nak start latihan industri..oyeeehh..( tak seronok sangat..saja buat oyeeehh)

Kali ni, aku nak ajak korang semua berjalan di PULAU PANGKOR !!! GagAgA...hehe..Aku baru aja pergi sekali..almaklumlah...pergi dulu pun dengan Trip AJK kolej UiTM..kalau tak tak pernah aku jejak sini kot..hehe..aku cadangkan kepada sesiapa yang suka aktiviti outdoor..bolehlah pilih pulau ini sebagai destinasi..

Naik feri dekat lumut ye..Harga feri murah aja..dalam belas-belas ringgit..tak ingat dah sebab perginya bulan May 2009..so, dah luput dalam ingatan..cuma kenangan sahaja yang ada...hehe..(kalau lah hidup lama-lama boleh luput jugak kan bagus..)..

Apa yang menarik kat sini bagi aku ialah...SNORKELING...aku 2 jam snorkeling..habis suntan muka aku waktu tuh..masa ni jugak lah aku mencuba memakai contact lens di dalam air..uwaa...air masin tuh..tapi kan pakai google..hehe..inilah 1st time aku snorkeling...dapat tengok ikan-ikan yang berwarna warni..serius...Cantik sangat..(NAK LAGI)

Selain itu..boleh pergi ke KUBU BELANDA...setakat amek gambar boleh la sebab dia punya landskap cantik la..orait la..lagi satu boleh lihat pemandangan laut dari atas kubu itu..hehe..

tAman ala-ala Cina pun ada...nama tempat aku dah lupa

Yang best ialah shopping makanan laut..murah-murah gak la..aku borong ikan bilis mata biru...sedap :)

tempat menginap jangan risau...banyak sangat2 kawasan penginapan dia...boleh tekan link ini iye..:) 

Pesanan penaja: Jom bercuti di Malaysia..Malaysia indah Malaysia Sejahtera..hehehe

View from upper..


Can you see them??

After snorkeling..fenatnye

Cantik kan pantai dia...macam cermin gitu..

tuDunG bAru :)

Tudung yang baru beli hari ini...kecuali yang biru tuh..biru tuh la tudung termahal aku beli ..huhu

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...hurm..salam sejahtera buat semua. ni aku baru balik dari KT (Kuala Terengganu) menghantar my adik pergi kampus dia, esok dia ada exam. memandangkan hari masih awal, aku, ma n abah pergi ke KT...hampir setengah jam bersesak atas jambatan, apalagi, harung jam lah..kalau tahu jam terus balik rumah...tapi paham2 jer la..no turn back bila dah atas jambatan tuh...nak tak nak teruskan jugalah perjalanan..

Sampai sahaja dekat KT my mama nak pergi kedai Ariani..apa lagi, aku yang sekarang ni memang gila minat dekat Ariani tu, happy lah dalam hati..tapi tak tunjuk kat luar pun..Duit dalam beg rasanya tak aderla banyak pun..dalam 1 rat je pun..tapi beria aja lebih...

Masuk-masuk kat dalam tuh, mak aih..biar betul tudung Ariani nih murah gila offernya...kalau harga macam ni baik beli Ariani daripada beli tudung yang kedai biasa jual tuh..aku dah rambang mata dah weh..maklumlah end year sale...tudung yang harganya rm112 ada less sampai jadi rm35...siapa tak rambang mata weh...aku dah berkira-kira nak beli 2 or 3 helai...hehe..semalam baru aku online tengok tudung kat website...alih2 hari ni aku pergi Ariani Kt..Ma dah pilih2 dah n duk try2 dlm fitting room...aku plak...duk belek2 cari yang mana boleh matching...tapi sayangnya yang mana aku berkenan mesti tak kena dengan saiz muka...ish..

Banyak punyalah aku try, tapi yang aku beli 2 helai sahaja..(baguih gak, jimat sket duit aku, tapi boleh percaya ke sebab misi ke Kb mall belum lagi diteruskan) hehe...mana lagi aku nak ngepau duit nih..

Aku tengok yang jenis tudung aku beli untuk 1st time aku pakai Ariani...masa tu aku beli dekat Shah Alam..harganya dalam rm120, tapi dpat less 10% je...tadi ada less 15%..huhu...(rugi-rugi)...tapi bila aku tengok pattern sama macam aku punya takder...lega siket...hehe..uwaa...itulah tudung termahal aku pernah miliki harga dia rm108 after less...(ini guna duit raya aku kot..ke duit simpanan...confuse..hehe)


~Keep us close to You.Until the end of time..Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fee khair~