Showing posts with label Sakit. Show all posts
Showing posts with label Sakit. Show all posts

Senggugut

Sakit ketika datang haid atau senggugut adalah satu masalah yang biasa dialami oleh banyak wanita dan lazimnya dialami oleh gadis yang baru meningkat remaja. Untuk anak remaja keadaan ini digelar ‘ primary spasmodic dysmenorrhea’ dan tidak semestinya menandakan sesuatu penyakit. Di dalam beberapa tahun pertama selepas akil baliq, pusingan haid seseorang gadis masih belum teratur lagi. Haid mungkin akan datang tiga atau empat bulan sekali. Senggugut biasanya mula dirasai 2-3 tahun kemudian.

Rasa sakit sewaktu datang haid ini adalah disebabkan oleh kuncupan rahim yang begitu kuat sekali untuk mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur sedikit tisu daripada selaput endometrium . Darah haid ini perlu keluar menerusi saluran pangkal rahim yang biasanya masih sempit di kalangan gadis remaja.Kuncupan rahim yang kuat ini adalah disebabkan oleh sejenis hormon yang digelar dengan nama “Prostaglandin”. Kesakitan ini berbeza di antara seorang wanita dengan yang lain. Ada yang mungkin rasa sakitnya ringan sementara yang lainnya akan mengalami sakit yang teruk. Jangka waktu sakit juga berbeza, ada yang mengalami sehari, ada pula yang mengalaminya setiap kali datang haid.
Ramai di kalangan wanita yang risau samada senggugut boleh menyebabkan kemandulan. Ini tidak benar dan senggugut biasanya akan hilang setelah gadis berumahtangga dan mendapat anak. Kehamilan dan kelahiran dapat mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi punca pada senggugut. Walau demikian sebahagian kecil dari mereka akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan jika senggugut itu berterusan selepas kahwin. Mereka ini mungkin mengidap penyakit ‘endometriosis’.Ini menyebabkan sakit seperti sengugut tetapi apa yang menyebabkan ia terjadi tidaklah sama seperti sebab sakit senggugut yang biasa.
Gadis-gadis yang mengalami senggugut boleh mengambil ubat penawar sakit/analgesic seperti Panadol, Aspirin, Ponstan, Synflex dan lain lain. Tetapi dalam kes-kes yang lebih teruk, doktor akan memberi ubat penawar sakit yang mengandungi hormon ‘ 'Norethisterone’.
Senggugut jenis kedua ialah ‘congestive dysmenorrhea’ yang biasa dialami oleh wanita yang sudah berkahwin dan melahirkan anak. Lazimya senggugut yang dialami itu lebih teruk dan lebih panjang waktunya. Senggugut ini disebabkan oleh penyakit dan ketumbuhan dalam alat peranakan. Diantara penyakit ini termasuklah ketumbuhan dalam rahim seperti ‘endometriosis’, ‘adenomyosis’, ‘fibroids’ dan jangkitan kuman pada perkakas peranakan. Wanita yang mengalami masalah ini perlu bertemu doktor Pakar Sakitpuan. Kebanyakan daripada mereka menghadapi masalah kurang subur, mudah keguguran, pendarahan yang berlebihan dan berpanjangan atau senggugut yang sangat teruk.

p/s: Dari nukilan Dr. Hamid Arshat

Ponstan vs Period Pain

Assalamualaikum..Nampaknya period pain yang saya alami tidak juga berkurang walau umur sekarang dah hampir 23 tahun. Rasanya period pain ini start teruk semasa form 3, rasa tak tertahan sangat-sangat kalau kena PP ni. Semalam dah ambil satu biji Ponstan, hari ini tetap tak tahan, saya ambil lagi 1 biji. Sungguh. Sakit sangat-sangat. 


Gejala PP yang paling utama ialah hilang selera makan, tiada mood langsung, rasa nak baring dan sangat-sangat keletihan. Saya sangat-sangat keletihan sekarang ini. Langsung tiada mood. Huhu..


Walau pun begitu, saya tetap merajinkan diri untuk sapu halaman rumah dan kemaskan dapur yang rasanya dah bersepah. Ingat nak kemas satu rumah, tapi serius sangat-sangat lemah rasa lapisan endo ini sangat sakit. huhu


Harapnya gejala PP ini akan berkurangan selepas ini, atau saya rasa saya perlukan khidmat homoepati pula..sudah puas berubat moden..huhu..

Pred oh Pred

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...napa la aku pilih tajuk Pred oh Pred? tahu tak apa itu pred? PRED ialah PREDNISOLONE...sejenis drug(ubat) untuk pesakit allergic macam aku nih..alahai PRED ini memang melemaukan anak tekak aku. Kalau makan Pred memang kena telan air banyak-banyak la kan. Masa duk search pasal ubat ini, teringin nak tahu pasal ubat yang aku makan nih, Prednisolone ialah drugs jenis steroid. Bahaya nih. steroid tak boleh diambil untuk jangka masa lama kerana membahayakan kesihatan.Pred ni boleh mengelakkan pengeluaran bahan di dalam tubuh kita yang menyebabkan inflammation (keradangan). Rupanya, pengambilan steroid ini boleh melemahkan sistem imune badan, sebab itu tak digalakkan untuk sesiapa yang baru lepas pembedahan.

Sekarang ini aku kena habiskan beberapa jenis ubat gara-gara allergic reaction dalam badan ni. tak tahan kot habis merah-merah satu badan. Gatal sangat-sangat badan aku nih. Tiba-tiba pula itu..huhuhu...
Taknak parut-parut kat badan, nanti habis tak comel...(sedih)


Kanser Serviks : Pembunuh Nombor 2 Wanita

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..Walau pun badan aku nih sangat la penat sebab seharian suntuk berada di luar rumah..aku terpanggil untuk berkongsi sama-sama di blog aku nih pasal pembunuh nombor dua wanita di Malaysia nih. Sebab apa tiba-tiba ja aku jadi gini..sebabnya, tadi aku baru dengar cerita pasal seorang wanita meninggal selepas setahun di diagnos kanser serviks. Oh, Ya Allah, aku terdiam tak boleh nak cakap apa sebab seriously aku takut dengar benda nih..Dalam kepala duk fikir macam-macam pasal sistem diri aku nih ada ke yang tak betul. 

Jom sama-sama tahu apa itu kanser serviks !!!

Sekarang ini kalau anda semua notis, stesen tV duk sibuk siarkan iklan suntikan HPV untuk gadis sekolah berusia 13 tahun ke atas. HPV itu apa? HPV is HUMAN PAPILLOMA VIRUS khususnya jenis 16 dan 18 !!! Inilah virus yang menyumbang kepada 70% kanser serviks.


Secara umumnya, walaupun kebanyakan jangkitan HPV ini akan sembuh sendiri tetapi jika ianya berulang dan berterusan ia boleh menyebabkan berlakunya perubahan kepada tisu di pangkal rahim dan sebahagian boleh menyebabkan tisu tersebut bertukar menjadi kanser.

Bagaimana WANITA dijangkiti virus ni??


Menurut kajian yang dijalankan, jangkitan HPV merupakan penyakit jangkitan kelamin yang paling kerap berlaku. Ia boleh menjangkiti lelaki dan wanita dan lazimnya ia disebarkan melalui hubungan seks. Kajian yang dijalankan di kalangan wanita di Amerika Syarikat mendapati sebanyak hampir 70 peratus wanita yang aktif seks menjadi pembawa kepada virus tersebut dalam seumur hidup mereka.

Walaubagaimanapun kebanyakan mereka yang dihinggapi virus HPV in tidak mempunyai apa-apa tanda. Namun sebahagiannya boleh menyebabkan ketuat pada kemaluan lelaki dan kanser penis tetapi kejadian tersebut amat jarang berlaku. Kesan yang lebih ketara ialah apabila jangkitan tersebut berlaku pada wanita secara berterusan dan berkekalan dimana sebanyak 10% daripada kalangan wanita yang dijangkiti akan mengalami perubahan pada tisu pangkal rahim dan seterusnya boleh berubah kepada kanser. Disebabkan jangkitan tidak mempunyai apa-apa tanda dan tiada ujian yang berkesan dapat dijalankan untuk mengesan virus HPV tersebut maka ujian pap smear secara berkala sahaja merupakan satu-satunya cara yang dapat mengesan masalah ini pada peringkat awal.

Kajian yang dijalankan ke atas lelaki pula, mendapati kebanyakannya tidak mengetahui bahawa mereka sebenarnya turut memainkan peranan penting dalam kejadian kanser pangkal rahim di kalangan wanita. Kebanyakan lelaki tidak mengetahui bahawa sebagai pembawa kuman HPV mereka boleh memindahkan kuman tersebut kepada pasangannya dan akhirnya meningkatkan risiko pasangannya untuk mendapat kanser pangkal rahim.

Penggunaan VAKSIN hanya berkesan bagi mereka yang belum dijangkiti virus ini. penggunaan hanya dicadangkan kepada mereka yang belum melakukan hubungan seks iaitu perempuan di dalam lingkungan umur 9-26 tahun atau mereka yang masih tidak terdedah kepada hubungan seks lagi atau masih belum mempunyai perubahan tisu pangkal rahim yang disebabkan oleh virus HPV tersebut. Sebanyak 3 dos vaksin harus diberikan dalam tempoh masa 6 bulan bagi memberikan perlindungan selama 4 tahun. Kajian mendapti vaksin tersebut sangat berkesan bagi menghalang jangkitan virus HPV 16, 18,6 dan 11 dan ini secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko mendapat `kanser serviks.

Ujian pap smear ini harus dilakukan oleh semua wanita yang pernah melakukan hubungan seks samada masih aktif ataupun sudah tidak melakukanya lagi. Ini termasuklah mereka yang sudah berpisah dengan pasangannya atau pun pasangannya telah meninggal dunia, kerana perubahan tisu yang disebabkan oleh virus HPV kadang kala mengambil masa yang lama untuk bertukar menjadi kanser.

TANDA & GEJALA
*pendarahan semasa bersama
*pendarahan di pertengahan bulan
*pendarahan selepas menopous
*keluar lendir berdarah dan berbau busuk dari faraj
*sakit semasa seks

p/s : Seriously aku sebagai perempuan merasa sangat takut dengan penyakit ini..

Not Well

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera..

Setelah 3 hari pulih dari keadaan yang memenatkan iaitu muntah-muntah yang teruk, baru semangat sikit nak update blog ni. Kali ni nak berkongsi sikit pasal kes muntah-muntah hari itu la. Ayo, teruk ma..ianya bermula begini, petang khamis hari itu, selesai balik dari beli tiket dekat Klang Central, pergi la beli nasi dekat depan kedai Pura Cendana tu, balik terus makan sambil tengok episod last Chinta kan. So, malam tu, kawan-kawan ajak la kuar memandangkan ni dah last kan b4 kita semua g latihan industri. So, pergi jela kuar...masa itu memang sihat lagi la kan. Biasalah, food poisoning akan memberi kesan dalam 5-6 jam slepas makanan di ambil. Bergantung kepada jenis bakteria yang terkandung di dalam makanan. Bila tengah lepak dekat kedai makan dekat Meru tu, aku dah rasa tak sedap tekak dah dan perut sekali la.. Cakap dekat budak2 ni, aku rasa nak muntah la.. Pastu dua orang teman aku pergi tandas...separuh jalan jer..aku macam pusing sikit, x nampak sangat jalan...aku duduk sekejap..weh...siyus la aku tak nampak..(masa tu aku dah pikir macam citer Jodi Reyes tuh...haha) sempat lagi tu.. then, chap n pija angkat tangan aku bawak aku jalan depan lagi, elok2 jer jalan depan tu, ada pokok bunga..terus aku muntah kat situ...banyak weh...habis sume yang aku makan petang tadi..ingat nak g toilet..aih...otw tu lagi sekali muntah..aiyo...teruk benar nih..naik lembik tubuh aku weh...perut tak yah cakap la sakit camana gara2 sesi penolakan makanan dalam perut. 

Lpas itu, aku dah tak ada mood dengan sakit kepalanya .. then, aku ajak pijah balik..aku cakap da tak tahan. Ingat kan dekat rumah boleh tidur, nampaknya tak boleh..aku baru je makan ubat Magnesium yang gastrik tu...alih2 pergi muntah lagi dekat toilet..ada la malam tu 5x aku muntah..sampai badan aku memang lembik tahap terakhir da..dan memang aku tak boleh tidur gara-gara perut rasa tersangat sakit..mana taknya 5x sesi memuntahkan isi perut berlaku, aku pusing kiri x leh tidur, kanan tak leh tidur..semua posisi tak leh tidur..waktu tu gak aku rasa macam nyawa dihujung da..sebab rasa sakit yang amat sangat. Aku jarang muntah, jadi bila kadang-kadang muntah rasa semacam jer. Ni aku rasa macam orang keguguran pun ada kot. Sebab dia sakit bahagian rahim tau. Sampai aku rasa macam...adoiii...sakit hanya Allah jer yang tahu..

Esok itu, pergi Klinik 1 Malaysia malas nak masuk UiTM pergi Pk. Then, ala m.a ni banyak betul la tanya...last period bila la..bla..bla..bla....adoi..bukan nak cek pun duk tanya jer..orang tengah sakit mana la nak ingt exact date dia..haiishh..(aku tak kawen lagi kot)..then..dia  xcek pape pun bagi ubat jer. apa senang punya keje..aku macam nak mati semalam dia boleh just bagi ubat..sampai hari ni aku still sakit perut kat part situ ..

~Keep us close to You.Until the end of time..Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fee khair~