23 Sudah

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh....30 Mei 2011, genaplah usia saya bernafas di muka bumi ini selama 23 tahun. Bersyukur yang tak terhingga di saat-saat ini di beri sepenuhnya nikmat untuk mengecapi usia ini. Terima kasih untuk dia..memberi satu ucapan hari lahir yang cukup indah.. Dengan panggilan ringkas selama 5 minit, tidak perlu bercakap lama-lama..cukuplah 5 minit. Ajaibnya, saya sebenarnya sudah tertidur, ke'excited' yang melanda zaman-zaman dulu sudah tiada...rasanya tahun ini cukup bermakna setelah 3 tahun ulang tahun kelahiran saya tanpa kehadiran cinta. Namun, biarpun 3 tahun itu tiada cinta dalam diri, tapi mama memberikan sepenuh cinta buat saya, kerana mama mengerti keadaan saya waktu itu...

Mama bagi hadiah yang bermakna..hehe..as usual..memang dah boleh agak apa yang mama akan bagi...dulu2 mama akan bagi hadiah dalam kotak or letak dekat tepi katil, tapi untuk tahun ini tak ader..maybe sebab saya makin besar...uhuuu...(evn dalam hati saya rasa agak terkilan sebab rasa seperti mengecewakan mereka...)

Terima kasih untuk yang wish selamat hari lahir saya..kawan-kawan rapat yang sanggup menunggu untuk wish text message saya, tenkiu...saya da tdo waktu itu...huuu....esoknya baru reply...

Buat dia, tq untuk beria sangat untuk gembirakan hati saya dengan macam-macam cara...menjadi orang pertama dan terakhir yang ucap selamat...

Apa yang saya doakan sempena bertambahnya usia saya ni, semoga hati saya kekal, hati saya teguh, tidak lagi bergundah dan berombak...huhuhu...semoga saya terus terpelihara, iman yang sangat nipis...seperti kulit bawang tak mampu untuk menepis setiap godaan yang mendatang. yang saya inginkan ialah seorang yang dapat membawa saya dekat dengan agama saya..Semoga rezeki saya di murahkan dan impian saya untuk menjadi seorang yang berjaya dimakbulkan Allah. Impian untuk sambung master dan mencari kekayaan sebanyaknya akan dipermudahkan...dan yang pasti niat untuk membina masjid akan dipermudahkan juga..Amiin...

***thanks untuk seorang sahabat yang ucap selamat hari lahir...dan thanks juga untuk dia kerana memahami akan ucapan sahabat ini..trust each other..****

0 comments: